Suami dakwa isteri seorang lelaki
BAHROM yang curiga dengan status isteri, Sri Wani bawa kes ke mahkamah syariah.
KUALA LUMPUR - Terkejut dan tertipu! Itulah reaksi seorang bekas dekan sebuah universiti awam selepas menyedari isteri ketiga yang dinikahinya selama setahun di Songkhla, Thailand pada 19 Ogos 2009 rupa-rupanya seorang lelaki yang menyerupai wanita.
Curiga dengan status perkahwinan tersebut, Profesor Dr. Bahrom Sanugi, 61, bekas dekan Fakulti Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Nilai, Negeri Sembilan membuat aduan ke Jabatan Agama Islam Gombak.
Semasa pernikahan ketiga berlangsung, Bahrom masih memegang jawatan dekan USIM.
Lanjutan aduan itu, pejabat agama pada 23 November 2010 mengarahkan Bahrom dan isterinya, Sri Wani Choo Abdullah, 37, seorang pengusaha butik kecantikan supaya berpisah sementara kerana berlaku keraguan mengenai pernikahan tersebut.
Pasangan itu juga difahamkan sempat mendapatkan sijil nikah palsu di Kedah sejurus mereka berkahwin di Songkhla untuk mengesahkan pernikahan tersebut.
Difahamkan, jabatan agama dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) masih menyiasat mengenai status jantina Sri Wani.
Bagi segera menyelesaikan kemelut itu, Bahrom yang diwakili peguam syarie Muhammad Hafiz Ab. Rashid kemudian memfailkan permohonan faraq (memisahkan perkahwinan) di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini terhadap Sri Wani pada 17 Januari 2011.
Susulan itu, Bahrom membuat permohonan pada 18 Januari lalu supaya mahkamah mengeluarkan perintah supaya Sri Wani menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA) untuk menentukan jantina sebenar Sri Wani.
--------------------
Mohon DNA pastikan jantina isteri ketiga
KUALA LUMPUR 5 April - Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini menetapkan 23 April ini keputusan permohonan seorang bekas dekan di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) untuk mendapatkan perintah agar isteri ketiganya menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi memastikan jantina sebenar wanita itu.
Bekas Dekan Penyelidikan & Inovasi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Bahrom Sanugi, 61, membuat permohonan tersebut pada 18 Januari lalu selepas meragui jantina sebenar isterinya, Sri Wani Choo Abdullah yang merupakan seorang pengusaha pusat kecantikan.
Permohonan menjalani ujian DNA itu dibuat mengikut Seksyen 85 Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1998.
Pasangan yang berkahwin di Songkhla, Thailand pada 19 Ogos 2008, kini dalam proses untuk memfaraqkan perkahwinan tersebut.
----------------
Mohon batal nikah ‘isteri’ ketiga lelaki
SRI Wani Choo (kiri) berbincang dengan Muhammad Hafiz di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, semalam.
Bekas dekan kesan jantina selepas setahun berkahwin
KUALA LUMPUR 2012/04/06: Selepas hampir setahun berkahwin dengan ‘isteri’ ketiganya, bekas dekan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Bahrom Sanugi memfailkan permohonan membubarkan pernikahan mereka di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini, apabila mengesyaki pengusaha butik kecantikan itu seorang lelaki. Permohonan itu dikemukakan Bahrom, 61, (plaintif) pada 17 Januari lalu, selepas mendapat arahan daripada Jabatan Agama Islam Daerah Gombak pada 23 November 2010 supaya berpisah sementara dengan Sri Wani Choo Abdullah, 37, (responden).
Peguam Bahrom, Muhammad Hafiz Ab Rashid, berkata anak guamnya membuat aduan ke Pejabat Agama apabila mengesyaki responden bukan seorang wanita sekitar 2010 selepas pasangan itu berkahwin di Songkla, Thailand pada 19 Ogos 2009 dengan mendapatkan sijil nikah palsu di Kedah.
“Anak guam saya mempunyai bukti jelas berhubung jantina Sri Wani itu selepas menemui surat beranak yang menunjukkan beliau seorang lelaki. Malah dua nombor akhir pada kad pengenalannya adalah nombor ganjil sekali gus mengukuhkan bukti responden bukan wanita,” katanya.
Muhammad Hafiz berkata, mahkamah menetapkan 24 April ini untuk memutuskan sama ada responden perlu menjalani ujian DNA bagi mengesahkan jantinanya selepas pihaknya mengemukakan permohonan itu pada 18 Januari 2012 mengikut Seksyen 85 Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah 1998.
Bagaimanapun, Sri Wani berasal dari Bentong, Pahang yang memeluk Islam pada 2001 itu memfailkan bantahan terhadap permohonan terbabit tetapi tidak menyatakan alasan kukuh menerusi afidavit balasan kepada Bahrom sebaliknya beliau hanya mengemukakan jawapan mendakwa dirinya dianiayai.
Terdahulu, dalam prosiding di Mahkamah Jalan Duta di sini semalam, Sri Wani hadir ke mahkamah berseorangan dengan memakai baju kurung dan berselendang ungu untuk memfailkan injunksi sebelah pihak terhadap dua isteri Bahrom kerana mendakwa difitnah.
---------------
BINCANG...Sri Wani ketika hadir ke prosiding mahkamah, semalam.
KUALA LUMPUR: Selepas setahun melayari bahtera perkahwinan, barulah si suami mengesyaki isteri ketiganya, pengusaha butik kecantikan adalah seorang lelaki.
Ini menyebabkan bekas dekan di sebuah institusi pengajian tinggi awam, Dr Bahrom Sanugi, 61, memfailkan faraq (membubarkan perkahwinan) dengan Sri Wani Choo Abdullah, 37.
Peguam Syarie, Muhammad Hafiz Ab Rashid yang mewakili Bahrom memberitahu wartawan di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam, Bahrom selaku plaintif memfailkan permohonan faraq itu pada 17 Januari 2011 di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.
Katanya, anak guamnya juga hanya menyedari dia mengahwini seorang lelaki pada penghujung 2010 iaitu setahun selepas mereka berkahwin di Songkhla, Thailand, 19 Ogos 2009.
Anak guamnya turut mempunyai bukti, termasuk sijil lahir serta nombor kad pengenalan Sri Wani yang menyatakan dia adalah lelaki berdasarkan nombor terakhir iaitu nombor ganjil.
-------------------------
Bekas dekan dakwa isteri lelaki
KUALA LUMPUR 6 April 2012– Bekas dekan institusi pengajian tinggi awam yang mengesyaki isterinya lelaki, memfailkan permohonan membatalkan perkahwinan di Mahkamah Tinggi Syariah, semalam.
Bahrom Sanugi, 61, nekad bertindak demikian selepas setahun mengahwini isteri ketiganya, Sri Wani Choo Abdullah, 37, seorang pengusaha produk kecantikan, yang memeluk Islam pada 2001.
Peguam Bahrom, Muhammad Hafiz Ab Rashid berkata, anak guamnya menikahi Sri Wani pada 19 Ogos 2009 di Songkhla, Thailand dan mendapatkan sijil nikah di Kedah.
--------------------
kemungkinan dia seorang khunsa..so tggu ke[utusan mahkamah je..
BalasPadamtakkan tak tau bezakan lobang dan batang? Kalau pun da buat pmbedahan, pasti ada bezanya 'lobang' tu. setahun nak tunggu? alasan nak cerai jer... nama je Professor skolah tinggi, tpi otak lembu, EQ rendah. huhu.
BalasPadam