Isnin, April 09, 2012

POLIS AKAN SIASAT DAKWAAN PORTAL SABAHKINI WARGA FILIPINA DAPAT TARAF WARGANEGARA MELALUI BANTUAN SEORANG AHLI POLITIK BERGELAR ‘DATUK S’

Polis siasat dakwaan Sabahkini

KOTA KINABALU 8 April - Polis akan menyiasat sebuah portal tempatan yang mendakwa berlaku kegiatan pemberian taraf kewarganegaraan kepada seorang wanita Filipina melalui bantuan seorang ahli politik.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, siasatan yang telus akan dilakukan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan.

"Apa yang saya dapat katakan adalah siasatan sedang dijalankan. Saya tidak dapat mengulas lebih lanjut," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Baru-baru ini, portal Sabahkini melaporkan kononnya seorang ahli politik yang dikenali dengan nama 'Datuk S' ditangkap berkhalwat di Hotel Hyatt, di sini.

Portal berkenaan turut melaporkan kononnya wanita warga Filipina yang ditangkap bersama ahli politik berkenaan berjaya mendapat kad pengenalan Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan