‘Saya tak hina penjual tomyam’
“SAYA kata kerajaan Pas gagal wujud peluang ekonomi kepada rakyat Kelantan, bukan hina penjual tomyam Kelantan...keluar negeri untuk jual tomyam,” kata Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) ketika bertikam lidah dengan Salahuddin Ayub (Pas-Kubang Kerian).
Tajuddin ketika membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat, semalam mendakwa pemimpin pembangkang itu sengaja memutar belit fakta selain menyentuh peribadinya.
“Jangan nak belit-belit. Saya tak hina jual tom yam, tetapi kerajaan pas gagal (sediakan peluang pekerjaan).
“Kita nak menuju kepada pembangunan ekonomi kita. Kita dah buat. Pembangkang kata boleh buat lebih baik. Tapi mana? “Apa kerajaan Kelantan dah buat selepas 22 tahun memerintah. Mana rancangan tanah seperti Felda,” katanya.
Salahuddin kemudian berulang kali meminta Tajuddin menarik balik kenyataan itu dan meminta maaf.
“Jangan hina orang Melayu berniaga tomyam. Harta dia halal. Jangan hina orang Kelantan,” katanya.
Datuk Kamarudin Jaffar (Pas-Tumpat) yang turut bangkit mencelah berkata, kerajaan Kelantan mampu bertahan dan membayar gaji pegawai kerajaan negeri.
Bagaimanapun Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee menggunakan kuasanya dan meminta semua wakil rakyat berkenaan menghormati dewan.
----------
300,000 RAKYAT SABAH LARI KE SEMENANJUNG?
Oleh : CHANG SHAK HUNG
BELIA merupakan peneraju utama negara di masa akan datang. Tidak terkecuali belia Sabah yang bakal menjadi pemimpin pelapis untuk menggantikan tampuk pemerintahan kerajaan negeri Sabah setiap kali adanya pertukaran kepeminpinan di dalam negeri.
Namun apa yang amat mendukacitakan adalah bilangan belia tempatan yang berhijrah ke Semenanjung Malaysia untuk mencari kerja, telah mengusarkan kita tentang aset yang begitu penting untuk masyarakat di negeri Sabah.
Pada pertengahan tahun 2011, Pertubuhan Kebajikan dan Kebudayaan Rakyat Sabah Semalaysia (PRSSM) melalui pengasasnya, Mohd Arshad Abd Mualap memberitahu bahawa kira-kira 300,000 rakyat Sabah bekerja di Semenanjung Malaysia dan kebanyakannya merupakan belia.
Salah satu isu utama penghijrahan ini adalah berkenaan gaji di samping harga makanan yang murah di Semenanjung Malaysia. Perkara ini memang tidak dapat dinafikan lagi dan penghijrahan ini tidak dapat dielakkan lagi memandangkan isu kenaikan harga barangan keperluan langsung tidak dapat dikawal lagi lebih-lebih lagi harga barangan di Semenanjung Malaysia dan Sabah adalah begitu ketara sekali.
Satu lagi, kegagalan kerajaan Barisan Nasional setelah isu penyelarasan harga di seluruh negara, tidak menampakkan apa-apa kesan penurunan harga sejak ia diumumkan kira-kira hampir 4 tahun yang lalu.
Inisiatif kerajaan dalam mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan memang tidak dapat dinafikan dalam mengurangkan masalah pengangguran, terutamanya golongan belia di negeri ini. Gaji yang rendah dan ditambah beban dengan harga barangan yang mahal, langsung tidak menampakkan keistimewaan dari segi keperluan yang dikecapi oleh golongan belia.
Kita telahpun diberikan fakta tentang peluang untuk memiliki rumah melalui Skim Rumah Pertamaku, yang telah mencatatkan kelulusan sifar dalam meluluskan pinjaman perumahan 100% kepada belia yang tidak melepasi umur 35 tahun serta pendapatan kasar RM3,000 dan ke bawah.
Pelancaran telah dilakukan pada Mac 2011 dan belia telahpun diberikan satu ‘angan-angan kosong’ dalam mencapai impian untuk memiliki sebuah rumah sendiri.
Kita telahpun diajar untuk menyanyikan lagu 'Sabah Tanahair Ku' sejak di bangku sekolah lagi. Sehingga ke hari ini, lagu ini masih segar dalam ingatan dan dapat dinyanyikan dengan begitu baik sekali serta dihayati dengan penuh bersemangat.
“Maka itu, adalah tidak wajar sama sekali bahawa setiap kali adanya kritikan dan penambahbaikan yang diutarakan oleh golongan belia, terutamanya daripada pihak parti pembangkang seperti saya, telah dibidas sekeras-kerasnya oleh pemimpin Barisan Nasional di Sandakan khususnya ADUN dan MP, dengan memberi kesimpulan bahawa pihak parti pembangkang hanya pandai menabur fitnah dan tohmahan tanpa pandai berbuat apa-apa”.
Di dalam negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen, kebebasan untuk bersuara seharusnya dipraktikkan secara menyeluruh dan meluas dan pihak kerajaan Barisan Nasional, seharusnya menerima hakikat bahawa kesemua rintihan dan saranan daripada golongan belia, merupakan satu platform untuk memajukan rakyat dan negeri Sabah itu sendiri; di samping tidak terpinggir dari segi arus pembangunan ekonomi, sosial dan politik di negeri yang kita cintai.
Oleh yang demikian, kesemua pemimpin akan memainkan peranannya masing-masing dengan satu tujuan sahaja iaitu ingin melihat golongan belia terus mantap dalam meneruskan tampuk pemerintahan tanpa amalan rasuah serta telus dalam membantu rakyat terutamanya penduduk setempat.
--------------
Association to help 300,000 Sabahans working outside Sabah
KOTA KINABALU June 16, 2011: Pertubuhan Kebajikan dan Kebudayaan Rakyat Sabah Semalaysia (PRSSM) will be joining forces with the Movement for Change Sabah (MOCs) to resolve issues affecting the people, especially those who have migrated from the state to Peninsular Malaysia in search of employment.
Among the issues they are embarking on as their main agenda is the wage disparity between Sabah and the peninsula as it is one of the reasons why Sabahans, especially the youths prefer to work elsewhere.
PRSSM founder and head Mohd Arshad Abd Mualap told a press conference yesterday that studies have shown there are about 300,000 Sabahans working abroad and most of them are youths.
“There must be a reason why they prefer to work outside Sabah and we must get to the root of the problem, he said, adding that as the disparity in wages is one of the reasons, PRSSM and MOCs will be speaking to all the relevant authorities about the matter so that it can be resolved.
PRSSM is also planning to set up complaint centres throughout the country, including Sabah and Labuan by the end of this year.
Though newly registered, PRSSM which is based in Selangor, has helped several Sabahans, including one who was involved in a criminal case, he said.
“Our assistance is not in monetary form but more in the form of helping expedite processes for the needy such as helping single Sabahan mothers in the peninsula to get their assistance from the relevant government authorities, helping those who were cheated by their employers or employment agencies as well as those needing legal service,” Mohd Arshad said.
“We are also going to be the voice of the people so that the government knows what they want and their needs,” he said, adding that PRSSM has 1,000 members now and its target is to sign up 100,000 members by the end of this year.
To this end, PRSSM, together with MOCs, will be conducting roadshows throughout the country to promote the association and create awareness about its agenda as well as objectives.
PRSSM will also be promoting Sabah’s culture by organizing culture related celebrations in the peninsula, he stressed.
People chose to work in Semenanjung because they think the grass is greener elsewhere. Sabah has plenty of jobs, but the locals is not willing to look for it. Just open up the job portals in Sabah and take your pick, how hard it is?
BalasPadamThese job seekers tend to be very picky when it comes to looking for a job. Its this kind of attitude that would make it difficult for them to get a job.
PadamDon't be too choosy if you're looking for a job, there are many good opportunities to gain experience even though the job is not what you like or the salary is low.
Padamhttp://www.sabahjobhunt.com/
BalasPadamhttp://job.sabahjobcenter.com/jobPortal/jsp/index.jsp
Many of my friends found jobs through these portals, give it a try before you said its not possible. So many jobs here, if you couldn't find one, maybe its time to have a change of mindset.
kerajaan dan pihak swasta juga telah mewujudkan banyak program untuk meningkatkan kualiti dan kemahiran kumpulan pencari kerja di sabah...golongan belia harus mengikuti program2 tersebut yang mana akan memberikan manfaat kepada mereka..
PadamJob vacancies can also be found in Mudah.my . There are many places to find jobs. Ask around and they will tell.
PadamBanyak pekerjaan yang di sediakan di Sabah, cuma perlu rajin untuk cari sahaja.
PadamYes, these are popular job seeking sites, I've personally checked out the one at Mudah.com as well, there are some good vacancies there but you have to be quick to apply. As for Lelong.com, it was not as good since the pricing is nonsense. Mudah is stricter when approving advertising on their sites. I highly recommend looking for jobs in this way.
PadamDepending of what sort of jobs you want, which industry, these job portals can help you find in a matter of seconds. If one portal does not have it, there are many others that have job advertisement as well. Don't say there are no job opportunities before you look for it. When there is a will, there is a way.
BalasPadamGood luck, Sabah job seekers.
Rasanya perlu laksanakan gaji minimum dan bersihkan PATI. maka akan lebih ramai belia2 akan stay di Sabah dan bekerja di Sabah.
BalasPadamMasalah PATi juga sedikit sebanyak menyebabkan golongan belia bekerja di KL. Ini di sebabkan ada segelintir majikan lebih suka mengambil pekerja asing kerana gaji mereka lebih murah.
Padamisu ini harus dilihat dari pelbagai sudut...sabah juga tidak kurang banyaknya peluang pekerjaan namun mungkin pendapatan itu saja yang kurang...apa2 pun ianya adalah pilihan individu untuk bekerja di mana dan bidang mana.
BalasPadamkadang2 belia di sabah juga suka memilih pekerjaan.Terdapat banyak peluang pekerjaan di sabah tapi mereka memilih untuk ke KL juga.
Padamuntuk mengelak daripada penghijrahan beramai-ramai golongan belia ke SM, perlu dilaksanakan segera akta gaji minimum yang mana akan mengurangkan jurang pendapatan/gaji di antara SM dan sabah..
BalasPadamGaji yang tidak tinngi juga menyebabkan belia berhijrah ke KL.. Pendapatan di sana lebih tinggi. Oleh itu kerajaan harus mengkaji semula akta gaji di sabah.
Padamlebih banyak pelabur juga harus dibawa masuk untuk melabur di sabah...ini akan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan..
BalasPadambanyak peluang pekerjaan di sabah sebenarnya...
BalasPadamSabah kini telah memulakan byk projek pembangunan yang bakal mewujudkan byk peluang pekerjaan sepeti projek SOGT di Kimanis dan Samur di Sipitang. para belia Sabah harus gunakan peluang ini untuk dptkan pekerjaaan. tak perlulah nak berhijrah ke Semenanjung.
BalasPadamSabah mempuyai banyak peluang pekerjaan. kebanyakan belia mua ke KL adalah untuk menvcari pengalaman ataupun cuba untuk hidup berdikari.
BalasPadamHendak pergi ke semenanjung, itu adalah pilihan sendiri. Kalau dicari kerja disini pasti ada cuma jika dibandingkan dengan SM, disitu lagi banyak.
BalasPadamPeluang pekerjaan itu sentiasa ada cuma anda tidak boleh menunggu ianya datang kepada anda. kena usaha untuk mencarinya.
BalasPadamTidak perlu memilih kerja asalkan ianya halal dan tidak menganggu ketenteraman orang lain, itu sudah cukup bagus.
BalasPadamDisitu ada rezeki maka disanalah ada tumpuan oleh orang ramai untuk mencari rezeki.
BalasPadamHakikatnya memang terdapat banyak peluang pekerjaaan serta latihan kemahiran ditawarkan sacara percuma, tetapi apa yang mengecewakan adalah golongan pencari perkerjaan ini tidak mahu merebut peluang tersebut atas alasan pulangan gaji yang redah.
BalasPadamMereka terlalu memilih jenis perkerjaan atau bidang yang ingin diceburi. Puncanya datang dari individu itu sendiri sama ada mereka ingin memajukan diri atau tidak.
BalasPadamJabatan Sumber Manusia Negeri juga menawarkan latihan secara percuma kepada belia untuk melengkapkan diri supaya dapat mengisi kekosongan tersebut.
BalasPadamJabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM), telah membelajakan sebanyak RM6 juta pada tahun 2010 untuk menyediakan latihan kepada belia, bagi memenuhi bidang-bidang yang kritikal seperti ladang kelapa sawit, hospitaliti dan industri pelancongan.
BalasPadamTempoh latihan adalah daripada enam bulan hingga satu tahun dan pelatih akan diberikan elaun sebanyak RM60 sebulan.
BalasPadamPSM juga mengadakan kursus dalam bidang refleksologi, lanskap, kraftangan dan teknologi maklumat. Jabatan itu juga merancang untuk melatih belia untuk menjadi penyelam, pembantu pemain golf atau bekerja dalam bidang tekstil.
BalasPadamKursus jangka panjang dalam bidang perdagangan dan teknikal selama setahun hingga dua tahun juga disediakan di Institut Latihan Perdagangan dan Teknikal di Pantai Manis, Papar.
BalasPadamAntara kursus yang ditawarkan ialah kesetiausahaan dan pengurusan, dandanan rambut, kecantikan, automotif, pendawaian elektrik dan pembaikan serta pembaikan komputer.
BalasPadam