Jumaat, Mac 16, 2012

IBU DIRANG BIMBANG BEKAS SUAMI AKAN DIHANTAR PULANG KE FILIPINA

Ibu Dirang Bimbang Bekas Suami Mungkin Dihantar Pulang Ke Filipina

Roselyn Alan JOHOR BAHRU Mac 16, 2012: Roselyn Alan telah menerima dia tidak lagi berpeluang melihat anaknya Nurul Nadirah Abdullah namun kebimbangannya kini adalah bapa kanak-kanak itu mungkin akan dihantar pulang ke negara asal, Filipina.

Jika perkara tersebut berlaku, ia akan memberi tamparan hebat kepada seorang lagi anaknya, Mohd Hafiz yang berusia enam tahun.

Anaknya, Nurul Nadirah Abdullah yang juga dikenali sebagai Dirang dibunuh dan mayatnya dibakar sehingga rentung, yang dilaporkan mengenai kehilangannya pada 1 Mac ketika keluar membeli mi segera dan telur di kedai runcit di kawasan rumahnya.

bapa dirang Roselyn, 25, berkahwin dengan suaminya warga Filipina di Sabah pada tahun 2005 namun bercerai selepas tiga tahun.

"Saya berharap dia tidak akan dihantar pulang kerana ibu bapanya sudah meninggal dunia dan dia tidak mempunyai ahli keluarga lain di Filipina," katanya, mengenai lelaki yang ditahan kerana disyaki sebagai salah seorang suspek dalam Nurul Nadirah yang berusia lima tahun.

"Dia sering berjumpa dengan Dirang, dan abangnya dari Rawang untuk meraikan hari lahir mereka dan membeli mereka permainan," kata Roselyn, sambil menambah bekas suaminya itu sering berkunjung setiap dua bulan.

“Dia tahu Dirang suka makan kek. Dia selalu belikan kek kesukaan Dirang setiap kali datang melawat anaknya,” katanya, yang menggambarkan bekas suaminya sebagai bapa penyayang.

“Saya yakin dia tidka bersalah. Tidak kira dianggap sekejam mana pun oleh orang lain terhadapnya, saya tidak fikir dia akan menyakiti anaknya sendiri,” katanya, sambil memberitahu masih sedih akan pemergian Nurul Nadirah namun menerimanya sebagai ketentuan takdir.

11 ulasan:

  1. Just let the police investigate if the father is involved in the case or not, if he is truly innocent, the police won't be able to do anything to him.

    BalasPadam
  2. Hopefully the real murderer of the kid can be found out and arrested.

    BalasPadam
  3. Sekarang ni kes bunuh boleh berlaku walau dalam kalangan keluarga sendiri.

    BalasPadam
  4. Semoga penculik dan pembunuh kanak2 tersebut mendapat hukuman yang setimpal.

    BalasPadam
  5. Kalau PATI memanglah kena hantar balik

    BalasPadam
  6. kenapa la si ibu tu sanggup membiarkan malah menyuruh anak yang berusia 5 tahun itu keluar membeli mi segera di kedai runcit?? kanak2 itu sepatutnya ditemani oleh si ibu walau dimana juga kanak2 itu pergi..

    BalasPadam
  7. biarlah pihak polis siasat kes ini.. sekiranya bapa kepada Dirang didapati bersalah membunuh anak sendiri, si ibu tidak perlu pertahankan bapa jenis ini..

    BalasPadam
  8. bapa dirang sebaiknnya dapatkan dahulu dokumen sah untuk dia terus tinggal di negara ini.

    BalasPadam
  9. Itu hanyalah di mata beliau, bagaimana pula dengan siasatan yang mungkin akan membuktikan bahawa bekas suaminya itu benar2 bersalah? Itu yang harus difikirkan.

    BalasPadam
  10. Sebaiknya, bekas suaminya itu dihantar balik ke negara asal.

    BalasPadam
  11. Kita tunggu saja siasatan seterusnya mengenai kes penculikan dan juga pembunuhan ini.

    BalasPadam