LELAKI TEMPATAN MAUT AKIBAT MERCUN
DICARI ... Hamza memegang gambar Amin Hatai, 23, bangsa Suluk yang dikehendaki polis dalam siasatan kes bunuh di ladang Kampung Kalumpang, Semporna.
KOTA KINABALU 26 Jan 2012: Hamza berkata demikian kepada wartawan semasa satu sidang akhbar mengenai kejadian kes bunuh yang melibatkan warga asing di sebuah ladang kelapa sawit di Semporna.
Tiga ahli keluarga berbangsa Suluk mati setelah diserang oleh sembilan orang lelaki pendatang tanpa izin (PATI) juga berbangsa Suluk di ladang kelapa sawit Kampung Kalumpang pada 22 Januari lalu.
Tiga ahli keluarga yang maut dalam serangan itu dikenal pasti sebagai Jaafar, 70, anaknya, Ismail Jaafar, 50, serta isterinya, Salmiah Iran, 46.
Polis menemui mayat Jaafar dan anaknya di rumah kongsi ladang berkenaan manakala mayat Salmiah dijumpai berdekatan sebuah ladang kelapa sawit pada 23 Januari.
“Polis percaya Salmiah yang cedera semasa pergaduhan telah cuba menyelamatkan diri namun mati di ladang berdekatan,” kata Hamza.
Mayat suspek utama dikenali sebagai Jul Bin Mohamad Nun, 37, yang cedera semasa pergaduhan ditemui polis di Kampung Tagasan pada 23 Januari.
Sepasukan polis pergi ke tempat kejadian setelah mendapat maklumat awam pada jam 5.30 petang.
Siasatan menunjukkan kesemua suspek merupakan bekas pekerja di ladang terbabit telah menyewa sebuah lori untuk pergi ke ladang itu yang jauhnya kira-kira 20 kilometer.
“Polis sudah melancarkan operasi memburu kesemua supek yang terlibat dalam kejadian bunuh itu dan telah mengenal pasti identiti mereka,” kata Hamza.
Polis berjaya menahan tiga suspek dan salah seorang telah dikenal pasti terlibat secara langsung dalam kejadian bunuh di Ladang kampung Kalumpang.
Hamza menasihatkan awam serta pelancong dalam dan luar negara supaya tidak merasa panik dengan kejadian bunuh itu.
“Ini merupakan kes terpencil dan melibatkan warga asing yang berkemungkinan berpunca dari perasaan dendam semasa di negara mereka sendiri,” kata Hamza.
Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Kesiksaan.
Sementara itu, Hamza meminta orang ramai yang mengetahui di mana Amin Bin Hatai, 23, bangsa Suluk berada supaya memaklumkan serta merta ke balai polis berhampiran.
Dia (Amin) merupakan salah seorang suspek yang terlibat dalam kes pembunuhan tiga ahli sekeluarga di ladang Kampung Kalumpang.
Seorang lelaki tempatan mati ketika bermain mercun pada tengah malam perayaan Tahun Baru Cina.
Mangsa yang dikenali sebagai Shaow Yong, 26, mati di tempat kejadian pada tengah malam 23 Januari.
Siasatan polis mendapati mangsa yang baru mendirikan rumah tangga dipercayai membakar dua batang mercun besar di hadapan rumahnya di Taman Seputeh, salah satu daripada mercun itu meletup serta merta dan satu tidak.
Ketika mangsa memeriksa mercun yang gagal meletup, tiba-tiba mercun itu meletup di hadapan mukanya menyebabkan mangsa mengalami cedera serius di muka dan mati di tempat kejadian.
Pesuruhjaya Polis (PjP) Sabah Datuk Hj Hamza Hj Taib ketika diminta mengulas kejadian itu berkata kes diklasifikasikan sebagai ‘mati mengejut’.
“Polis akan menjalankan siasatan menyeluruh termasuk dari mana mangsa mendapat mercun berkenaan kerana polis tidak ada mengeluarkan permit untuk penjualan mercun kepada awam,” kata Hamza.
---------------
Nine foreigners hunted for murder
Police are looking for a group of immigrants in connection with the slaying of a family of three at a plantation in Kalumpang, Semporna on Sunday.
“It is an isolated case involving foreigners of Suluk ethnicity and we believe the motive to be vengeance,”
State Commissioner of Police Datuk Hamza Taib
Hopefully the police will find the perpetrator and be brought to justice
BalasPadamPATI kini makin ganas, byk kejadian bunuh dilakukan oleh mereka.
BalasPadampihak berkuasa sebaiknya sentiasa memantau warga2 asing yang bekerja di sektor perladangan ini kerana kawasan ini memudahkan untuk mereka bersembunyi bagi mengelakkan dikesan.
BalasPadamPATI lagi yang terlibat dalam kes jenayah di negeri kita.
BalasPadammudah2an tu pembunuh kena tangkap polis.
BalasPadamInilah pati tidak pernah bersyukur bila berada ditempat orang.
BalasPadamMereka ini tidak sedar diuntung, tidak perlulah kita berbaik2 dengan mereka.
BalasPadamMakin lama makin kurang ajar ni pilak! Keselamatan di Sabah makin terancam.
BalasPadammemang bahaya di kawasan2 perladangan ni. kebanyakan pekerja adalah warga asing.
BalasPadamIni yang menyukarkan kita kerana tidak ada maklumat mengenai PATI tersebut dan akan menyukarkan lagi pencarian dibuat.
BalasPadamburu sampai dapat penjenayah kejam ini.. bagi kes mercun, jika orang ramai tahu dimana mereka boleh dapat barang ini, mustahil pihak polis tidak tahu..
BalasPadam