Rogol isteri rakan, lelaki ‘nafsu syaitan’ ditahan
RANAU Jan 30, 2012: Seorang lelaki tempatan telah ditahan polis setelah dipercayai merogol isteri rakan karibnya dalam satu kejadian di Jalan Marakau di sini malam Sabtu lepas.
Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superitendan Abdul Rahman Kassim berkata dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, suspek, 37, difahamkan melakukan perbuatan berkenaan di sebuah van dipercayai miliknya.
Katanya, setelah merogol wanita terbabit, suspek kemudiannya bertindak menghantar mangsa pulang ke rumah yang terletak di Kampung Kilimu di sini.
“Kita menerima laporan daripada mangsa dan suaminya kira-kira jam 12 tengah malam terbabit.
“Bertindak atas maklumat, suspek akhirnya diberkas di rumahnya yang terletak di Kampung Marakau tidak lama selepas itu.
“Hasil siasatan awal mendapati suspek merogol mangsa kerana menyangka wanita berkenaan adalah isterinya dan pada kejadian itu lelaki (suspek) terbabit dalam keadaan mabuk,” katanya sambil menambah siasatan kes masih diteruskan.
Abdul Rahman berkata, kes itu kini sedang disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
Terdahulu, difahamkan sebelum kejadian mangsa menghubungi suspek untuk mengambilnya di pekan Ranau dan dihantar pulang ke rumahnya di Kampung Kilimu.
Mangsa juga dipercayai menyewa kenderaan suspek ekoran ketiadaan pengangkutan dari lokasi kerja yang terletak di pekan berkenaan.
Ketika dalam perjalanan pulang, suspek (dalam keadaan mabuk) kemudiannya bertindak merogol mangsa di kawasan Lapangan Terbang Lama di Jalan Marakau sebelum menghantarnya kembali ke rumah.
Mangsa kemudiannya mengadukan hal itu kepada suaminya, bahawa dia telah menjadi mangsa rogol dan tidak menyangka suspek sanggup melakukan perbuatan terkutuk itu apatah lagi dia merupakan kawan rapat kepada suaminya.
Suspek kini telah direman untuk siasatan seterusnya sementara mangsa dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk rawatan serta pemeriksaan lanjut.
----------------------
“Suspek kemudian dicekup di rumahnya di Kampung Marakau tidak sampai satu jam selepas laporan dibuat mangsa.
“Siasatan awal mendapati suspek merogol mangsa kerana menyangkakan wanita itu adalah isterinya disebabkan ketika itu, dia dalam keadaan mabuk. Namun siasatan masih diteruskan,”
Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Abdul Rahman Kassim
mabuk sering dijadikan alasan, kenakan hukuman yang setimpal terhadapnya.
BalasPadamhopefully the punishment will indeed fit the crime.
Padamsebab itulah juga harus hindarkan diri dari minuman yang memabukkan. apapun, kesalahan tetap kesalahan dan perlu dijatuhkan hukuman.
Padamteruknya. Mabuk sehinggakan tidak dapat membezakan isteri dan bukan isteri. Harap2 dapat hukuman yang setimpal.
BalasPadamMasih lagi dalam siasatan.
BalasPadamadei apa mo jadi..
BalasPadamThe consequences from drinking too much until the consciousness of his action is lost.
BalasPadamStupid man.
BalasPadamkamu urang taukah siapa dai ni... dia ni carter saya nama dia GLEL...!! bikin malu marakau saja ni urang!!
BalasPadamItu cuma alasan mengatakan isteri sendiri. Macam mana pula dia boleh hantar perempuan itu balik kerumahnya.
BalasPadamalasan memang tidak logik.. sekarang ini susah untuk kita mempercayai walaupun orang itu rapat dengan kita..
BalasPadam