Isnin, Januari 30, 2012

“KAMI DIANCAM DENGAN DUA PARANG YANG DIBAWA PENJENAYAH ITU. SEORANG DARIPADA MEREKA MENGANGKAT TONG GAS SAMBIL MENGANCAM MENGHENTAK KAMI JIKA ENGGAN MENYERAHKAN BARANG BERHARGA,”

‘Perompak ugut hentak kami guna tong gas’

image KOTA TINGGI 2012/01/30: Tiga beranak menempuh saat mencemaskan kira-kira 20 minit apabila berdepan ancaman dicederakan menggunakan parang dan tong gas oleh sekumpulan tiga penyamun warga asing yang sebelum itu memecah bilik tidur mereka menggunakan tong berkenaan.

Kejadian itu pada jam 2.30 pagi Jumaat di Perumahan Bandar Sri Perani di sini, ketika pasangan suami isteri berusia 43 dan 40 tahun serta anak perempuan mereka yang berusia lapan tahun sedang tidur.

(Gambar Hiasan)

Kumpulan penyamun terbabit dipercayai memasuki rumah mangsa dengan mengumpil tingkap tidak berjeriji di bahagian belakang rumah mangsa, sebelum mengambil tong gas memasak di rumah itu bagi memecahkan pintu bilik tidur mangsa yang berkunci.

Sejurus menahan tiga beranak terbabit, kumpulan penyamun yang menutup bahagian muka dengan tuala dan kemeja-T itu, mengikat pasangan suami isteri itu dengan kabel pengecas telefon bimbit sebelum memaksa mereka menyerahkan barangan berharga. Selain merentap rantai leher yang dipakai suri rumah terbabit, mereka turut merampas wang tunai RM500, barangan kemas dalam simpanan mangsa serta dua telefon yang baru dibeli sebelum melarikan diri.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Che Mahazan Che Aik, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu tetapi enggan mengulas lanjut kerana siasatan sedang dijalankan bagi menjejaki kumpulan penjenayah itu.

“Kita sudah mengambil kesan cap jari di tempat kejadian bagi membantu siasatan,” katanya.

Sementara itu, suri rumah yang menjadi mangsa kejadian itu, mendakwa suspek warga Indonesia berdasarkan pertuturan mereka.

“Saya dan suami tersedar dari tidur apabila dikejutkan bunyi dentuman kuat sejurus pintu bilik tidur kami pecah akibat dihentak dengan menggunakan tong gas.

“Kami diancam dengan dua parang yang dibawa penjenayah itu. Seorang daripada mereka mengangkat tong gas sambil mengancam umenghentak kami jika enggan menyerahkan barang berharga,” katanya.

10 ulasan:

  1. The police must do their best to track down the criminals before other families became victims.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Agree. Hopefully this person will be bought to justice....

      Padam
  2. Semakin hari semakin banyak kes yang mengamcam keselamatan kita. Kita harus berhati2 dan pihak polis harus sentiasa kerapkan rondaan di semua kawasan.

    BalasPadam
  3. Sentiasa peka terhadap kejadian seperti ini agar kita tidak terlepas pandang dan menjadi mangsa seterusnya.

    BalasPadam
  4. jenayah kini makin menjadi-jadi.. amat merbahaya.

    BalasPadam
  5. Warga asing ke negara ini memang untuk jadi penjenayah kah??

    BalasPadam
    Balasan
    1. oleh sebab tidak mempunyai dokumen perjalanan sah maka sukarlah dapat pekerjaan. jadi, yang paling mudah dan cepat dapat duit, merompak.

      Padam
  6. Semakin berani warga asing melakukan pelbagai jenayah di Negara kita ini.

    BalasPadam
  7. syukur la semuanya selamat.. namun pihak berkuasa dan kerajaan perlu lakukan sesuatu bagi mengelakkan kejadian sama berulang kepada orang lain dengan mengusir semua warga PATI dari negara ini..

    BalasPadam