Jumaat, Januari 06, 2012

POLIS KL BENARKAN PERHIMPUNAN SECARA AMAN OLEH PENYOKONG ANWAR

Polis Benarkan Penyokong Anwar Berhimpun Di Tempat Letak Kereta Mahkamah

Mohmad-Salleh-PolisKUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Polis Kuala Lumpur membenarkan penyokong ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan perhimpunan di tempat letak kereta di luar perkarangan Kompleks Mahkamah, Jalan Duta, di sini pada Isnin depan.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata persetujuan itu dicapai selepas beliau mengadakan perbincangan dengan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini, hari ini.

"Penganjur mesti memastikan perhimpunan itu dijalankan secara aman dan tidak mengganggu ketenteraman awam," katanya kepada pemberita selepas pertemuan itu di sini hari ini.

Azmin bertemu dengan Mohmad pada 10 pagi ini.

14 ulasan:

  1. Permission is given, but make sure to hold this rally peacefully.

    BalasPadam
  2. All the best for those attending this rally, try not to cause problems for the public.

    BalasPadam
  3. Now that the permission was granted by the police, hopefully the parties involve with this 'show of support' for Anwar will conduct themselves in a civilized manner.

    BalasPadam
  4. hopefully they will not abuse this grant and go back against their promise and create chaos.

    BalasPadam
  5. sekarang ni mengadakan perimpunan macam jadi trend pula.

    BalasPadam
  6. perhimpunan tidak menyelesaikan apa-apa. harap ini tidak dijadikan budaya kita.

    BalasPadam
  7. Pehimpunan 901 telah dicemari dengan insiden letupan bom tangan sendiri. Dilaporkan beberapa orang telah tercedera.

    BalasPadam
  8. No such thing peace assembly. 'Parasites' will always be there to make trouble.

    BalasPadam
  9. setakat nak tau keputusan tak perlulah nak berhimpun smpai sesak jalan. Anwar pun didapati tidak bersalah.

    BalasPadam
  10. Janji buat dengan cara aman. Kalau tidak maka pihak polis terpaksa menjalankan tugas mereka.

    BalasPadam
  11. Harap tidak ada perkara yang tidak diingini akan berlaku.

    BalasPadam
  12. saya dengar2 perhimpunan itu memang aman.. tahiah kepada pihak polis dan juga semua peserta perhimpunan..

    BalasPadam
  13. tapi sebaik2nya tidak perlulah buat perhimpunan seperti ini semata2 mahu mempengaruhi keputusan mahkamah.. jika terus diamalkan, institusi kehakiman negara akan terus tercemar.. bagaimana dengan banduan2 yang didapati bersalah oleh mahkamah?? adakah keluarga mereka perlu melakukan tindakan yang sama dilakukan oleh penyokong2 Anwar untuk membebaskan mereka??

    BalasPadam
  14. Tapi kenapa ada orang yang cedera

    BalasPadam