Rabu, Januari 25, 2012

PFN: KETUA AUDIT NEGARA PERJELAS LAPORAN

Pusat Fidlot Nasional: Ketua Audit Negara Perjelas Laporan

KUALA LUMPUR, 25 Jan (Bernama) -- Jabatan Audit Negara (JAN) menjelaskan bahawa Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2010 tidak ada menyebut perkataan-perkataan seperti kucar kacir, "in a mess" ataupun penyelewengan dalam laporan pengauditannya terhadap projek Pusat Fidlot Nasional (PFN) di Gemas, Negeri Sembilan.

imageKetua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang, dalam kenyataan pada Rabu berkata, "Perkataan-perkataan ini telah digunakan oleh pihak-pihak lain dan JAN tidak sepatutnya dipertanggungjawabkan."

Katanya pada pendapat JAN, sama ada terdapat unsur-unsur penyelewengan dalam pelaksanaan projek itu terpulanglah kepada penyiasatan pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau berkata pada perspektif audit, sememangnya terdapat beberapa kelemahan dalam pelaksanaan projek itu yang menyebabkan kerajaan menangguhkan pelaksanaannya pada Mei 2009, iaitu sebelum pengauditan dijalankan, sehingga satu kajian daya maju dan model perniagaan dijalankan.

"Perkara ini ada dinyatakan dalam LKAN 2010. Ia membayangkan Kerajaan Malaysia sememangnya sedar akan kelemahan-kelemahan dalam pelaksanaan projek ini dan telah mengambil tindakan untuk menentukan hala tuju projek," katanya.

image Ambrin berkata pengauditan bagi projek PFN dibuat secara bebas dan profesional tanpa sebarang prejudis kepada mana-mana pihak dan sebarang kenyataan yang mempertikaikan kewibawaan dan integriti juruaudit JAN adalah dikesali.

Beliau berkata analisis audit mendapati objektif projek PFN masih belum dicapai sepenuhnya disebabkan pelbagai faktor yang dihuraikan dalam LKAN 2010.

"Antaranya, mengikut perjanjian pelaksanaan yang ditandatangani pada Mac 2010, sasaran pengeluaran PFN iaitu 38,600 ekor lembu untuk tahun 2010 belum dicapai kerana Program Pembangunan Usahawan (EDP) yang melibatkan 130 pengusaha ladang satelit belum dilaksanakan lagi," katanya.

image Ketua Audit Negara turut menjelaskan bahawa perkara yang menjadi fokus utama pengauditan prestasi yang dijalankan oleh JAN itu ialah pencapaian projek PFN sejak penubuhannya pada tahun 2006 dan bukannya National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) sebagai sebuah syarikat.

Menurutnya NFCorp adalah sebuah syarikat yang berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di mana Kementerian Kewangan Diperbadankan memegang satu "golden share" bernilai RM1 manakala modal berbayar berjumlah RM1.11 juta telah disumbangkan oleh Agroscience Industries Sdn Bhd.

Ambrin berkata projek itu diaudit memandangkan ia penting daripada segi pengeluaran makanan negara di mana kerajaan memperuntukkan sejumlah wang yang besar kepadanya.

MOA Katanya ini termasuk peruntukan di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani berjumlah RM73.64 juta di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) bagi menampung kos pembangunan dan pengoperasiannya.

"Daripada peruntukan ini, sejumlah RM48.71 juta telah dibelanjakan setakat akhir tahun 2010 oleh kementerian itu untuk menyediakan tapak seluas 2,000 hektar bagi projek ini. Kawasan ini kemudian dikurangkan menjadi 800 hektar sahaja," kata beliau.

Beliau berkata geran pelancaran untuk penyediaan infrastruktur berjumlah RM13 juta diluluskan kepada NFCorp pada September 2007 dan setakat akhir tahun 2010 sejumlah RM6.52 juta telah dibayar kepada NFCorp untuk penyediaan infrastruktur seperti kandang dan jalan ladang.

Ambrin berkata pinjaman mudah berjumlah RM250 juta juga telah diluluskan kepada NFCorp menerusi satu perjanjian pinjaman yang ditandatangani pada Disember 2007 dan setakat Mac 2010, sejumlah RM134.7 juta telah dikeluarkan kepada NFCorp berdasarkan kepada tuntutan yang dibuat kepada Kementerian Kewangan.

------------------

KENYATAAN AKHBAR OLEH KETUA AUDIT NEGARA PUSAT FIDLOT NASIONAL

-----------------

Pusat Fidlot Nasional (PFN) MOA

PUSAT FIDLOT NASIONAL NS

PROGRAM FIDLOT NASIONAL Jabatan Perkhidmatan Veterinar

17 ulasan:

  1. ada pihak2 tertentu yang mahu sabotaj PFN

    BalasPadam
  2. diharap penjelasan ni dapat menjernihkan apa yang sudah keruh. Tapi terserah pada hasil siasatan SPRM.

    BalasPadam
  3. Semoga segala persoalan yang timbul telah dijawab sejelas2nya oleh yang bertanggungjawab. Tidak ada isu lagi yang akan timbul selepas ini.

    BalasPadam
  4. Satu lagi semoga pihak pembangkang tidak menimbulkan sebarang kesulitan dan memutarbelitkan penjelasan yang telah dibuat ini.

    BalasPadam
  5. begitulah bila laporan dimanipulasikan, apapun, kita tunggu hasil siasatan bagi kes ini.

    BalasPadam
  6. Detail and precise investigation will give clarity fir this matter

    BalasPadam
    Balasan
    1. hopefully during the course of this investigation, this matter will not be politicize.

      Padam
    2. Biarlah kes ini disiasat secara lanjut oleh pihak SPRM terlebih dahulu untuk mengetahui kebenarannya.

      Padam
  7. Facts been twisted, rakyat get confused.

    BalasPadam
  8. Projek NFC ini perlulah diserahkan kepada pihak yang lebih layak untuk menanganinya.

    BalasPadam
  9. apa kelemahan2 dalam pelaksanaan projek tersebut? rasanya inilah point yang diambil oleh pembangkang untuk memperbesarkan isu ini.

    BalasPadam
  10. sekarang SPRM sudah menjalankan siasatan. alang2 tidak tunggu hasil siasatan mereka. tidak perlu buat sebarang spekulasi.

    BalasPadam
  11. sama ada terdapat unsur-unsur penyelewengan dalam pelaksanaan projek itu terpulanglah kepada penyiasatan pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

    Maka semua itu sekarang terpulang dengan siastan yang dibuat oleh pihak berkuasa. Audit yang dibuat hanyalah tanggungjawab mereka.

    BalasPadam
  12. Kita tidak boleh salahkan Laporan Audit Negara. Tapi memang perkara ini menjadi mainan politik setengah pihak demi kepentingan mereka.

    BalasPadam
  13. pihak lain tak harus masuk campur dalam kes ini. biarlah ia disiasat tanpa gangguan.

    BalasPadam
  14. pembangkang memang sentiasa mencari peluang untuk memburuk2kan pentadbiran kerajaan. namun usaha pembangkang ini mungkin boleh dipatahkan jika pihak kerajaan sentiasa tampil dengan penjelasan dan bukti2 siasatan yang boleh menepis spekulasi mereka..

    BalasPadam
  15. saya harap pihak kerajaan dapat menyelesaikan isu ini sebelum PRU13 kerana pasti pihak pembangkang akan menggunakan isu ini dalam setiap kempen mereka..

    BalasPadam