--------------------------------------
Ugut Letupkan Helikopter PM: Pelajar USM Dibebas Untuk Duduki Peperiksaan
GEORGE TOWN Jan 16, 2012: Polis melepaskan dengan jaminan seorang pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) yang membuat kenyataan berbaur ugutan di laman sosialnya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad.
Ketua Polis Negeri Pulau Pinang Datuk Ayub Yaakob berkata, polis membebaskan pelajar terbabit selama sebulan tetapi boleh memanggilnya pada bila-bila masa sekiranya perlu bagi membantu siasatan.
"Dia adalah pelajar tahun keempat jurusan kejuruteraan, dan sedang menduduki peperiksaan. Polis membebaskannya bagi membolehkan dia menduduki peperiksaan hari ini," katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan Polis Diraja Malaysia di sini, Isnin.
Pelajar berusia 24 tahun itu dikatakan telah membuat kenyataan untuk meletakkan bom pada helikopter yang akan dinaiki Perdana Menteri dalam lawatannya ke USM minggu depan.
Dia ditahan pada 1.30 petang semalam selepas polis mendapat maklumat mengenai kenyataannya itu. Siasatan dibuat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Ayub berkata, berdasarkan siasatan yang dijalankan, pelajar itu mengakui kenyataan itu dibuat dengan kehendaknya sendiri dengan niat bergurau.
"Kita bukan hendak menyekat kebebasan bersuara tetapi sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab sepatutnya dia tidak menyalahgunakan kebebasan bersuara dan penggunaan internet sehingga boleh menimbulkan kekecohan dan kemarahan pihak lain.
"Perkara seperti ini sesuatu yang serius dan tidak boleh dianggap main-main, ia melibatkan keselamatan pemimpin negara dan secara tidak langsung orang awam yang lain juga," katanya.
Ayub berkata, polis masih meneruskan siasatan mengenai latar belakang pelajar itu serta hubungannya kerana dikhuatiri mempunyai kaitan dengan anasir-anasir subversif.
Setakat ini, terdapat tiga laporan polis dibuat oleh pihak-pihak yang membantah tindakan pelajar itu.
Freedom of speech should not be misused, there are limits to this freedom.
BalasPadamHope that students will be careful what they write or post in cyberspace.
BalasPadamI prefer the word 'responsibly' or 'accountable'
Padammahasiswa sekarang semakin bertindak bebas tanpa rasa takut dengan tindakan undang-undang.
BalasPadamInilah pengaruh yang dibawa oleh Anwar ke universiti2.
BalasPadamThey called themselves 'MAHASISWA' yet their action doesn't reflect the word.
BalasPadamEven the non-mahasiswa are much wiser than them.
Padaminilah akibat tidak berfikir sebelum membuat kenyataan d laman sosial. hal2 ugutan seperti ini bukan bahan gurauan.
BalasPadamtu la. jangan mengeluarkan kata2 yang boleh mengancam keselamatan.
BalasPadamIni bukannya satu gurauan. Kerana gurauan ini boleh menjadi nyata. Mungkin kebetulan ada pihak yang benar-benar ada niat tersebut bagaimana pula? Sudah semestinya pelajar itu yang akan menanggungnya nanti.
BalasPadambagaimana seorang pelajar universiti boleh buat gurauan seperti itu di laman sosial?? tidakkah dia terfikir bahawa gurauan seperti itu boleh mengundang padah kepada dirinya sendiri??
BalasPadamkalau sedar diri tu masih belajar, tunjukkan tingkah laku sebagai seorang pelajar.. jangan jadi kurang ajar.. kira bersyukur la Mahkamah di Malaysia masih membenarkan beliau menduduki peperiksaan.. entah bagaimana nasib pelajar ini jika kes ini bukan berlaku di Malaysia..
BalasPadamPelajar tersebut terang-terangan tidak suka dengan Najib.
BalasPadamMemang lumrah hidup. Ada yang selesa dengan kita dan ada yang tidak. Tapi jika tidak suka 2 jangan la pula melemparkan ugutan atau perkataan2 yang tidak senonoh.
BalasPadam