Khamis, November 24, 2011

TUBUH SSD ATAU KEMBALIKAN KUASA IMIGRESEN - BUMBURING

TUBUH SSD ATAU KEMBALIKAN KUASA IMIGRESEN

Oleh : MUTALIB M.D

Nov 24, 2011 : KERAJAAN Persekutuan disaran menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Di Raja (SSD) atau mengembalikan kuasa Imigresen kepada Ketua Menteri Sabah bagi menangani ibu kepada segala masalah di Sabah iaitu Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).

Ahli Parlimen Malaysia (Tuaran) Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing membuat saranan berkenaan dalam pertemuan khas dengan Sabahkini.net di sebuah hotel di Kuala Lumpur sebentar tadi mengesahkan beliau telah menerima jawapan daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada jam 6 petang kelmarin, 23 November, 2011.

”Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Menteri Dalam Negeri kerana prihatin dengan masalah Sabah sekalipun terpaksa mengambil masa hampir setahun untuk menjawab memorandum saya,” kata Bumburing sambil menunjukkan surat ’RAHSIA’ daripada KDN.

Bagaimanapun kata Bumburing, jawapan yang diberikan KDN lebih banyak menimbulkan persoalan baru daripada menjawab memorandum yang beliau kemukakan pada 16 Disember 2010.

”Rakyat Sabah mahu Kerajaan Persekutuan menubuhkan SSD dan itulah jawapan yang saya harapkan daripada memorandum berkenaan dan bukannya menjawab isu yang saya kemukakan di dalam memorandum tersebut secara ’Sindrom Penafian’,” tegas Bumburing yang menekankan hanya rakyat Sabah yang tahu dan mengalami masalah PATI dan kerakyatan songsang di Sabah.

Dengan menjawab memorandum yang dikemukakan beliau, kata Bumburing, seperti menambah garamn ke luka di hati rakyat Sabah yang semakin menderita akibat kehadiran lebih sejuta PATI termasuk yang mendapat kerakyatan melalui jalan songsang dan masuk secara haram ke Sabah.

Penafian demi penafian, kata Bumburing, tidak akan menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat Sabah kerana semua tahu bahawa isu PATI itu benar; MyKad projek itu benar; Pengundi hantu itu benar dan kebanjiran mereka itu benar sehingga mengancam keselamatan rakyat Sabah secara kesuluruhannya.

”Kita kesal kerana nyawa seorang rakyat Malaya, Teoh Beng Hock diluluskan penubuhan SSD; lebih bernilai daripada nyawa 1.3 juta rakyat tulen Sabah yang bukan sahaja takut untuk berjalan ketika malam, malah takut untuk turun mengundi kerana dibanjiri warga asing yang lebih dahulu mengundi bagi pihak mereka,” kata Bumburing yang tetap bertegas bahawa hanya SSD dapat menyelesaikan masalah Sabah.

Tegas Bumburing, jika Kerajaan Persekutuan terus berdegil dan menegakkan ’benang yang basah’ bahawa tidak wujud kerakyatan songsang dan Sindiket MyKad Projek di Sabah; maka Kerajaan Peresekutuan sewajarnya menyediakan kertas putih berhubung penangkapan 15 orang Pegawai Jabatan Pendaftaran Sabah dan 25 orang awam yang terlibat dengan Sindiket Kerakyatan Songsang pada 1995.

”15 Pegawai JPN yang dimangsakan atau menjadi ’Kambing Hitam’ untuk menghalalkan operasi Kerakyatan Songsang ini perlu dibela dan dikembalikan hak mereka kerana kesemua mereka kehilangan pencen, ganjaran dan pekerjaan disebabkan terlibat dengan Sindiket IC Projek pada 1991 sehingga 1994 dan merengkok antara satu hingga tiga tahun dalam ISA,” kata Bumburing.

Sehubungan itu, sewajarnya Kerajaan Persekutuan mengembalikan ’Kuasa Imigresen’ kepada Ketua Menteri Sabah agar masalah Sabah dapat diselesaikan oleh rakyat Sabah melalui pendekatan Sabah sendiri kerana penubuhan Task Force atau Pasukan Petugas Khas Persekutuan sebagai Ad-Hoc tidak menyelesaikan masalah yang sudah berakar umbi sejak 30 tahun lalu.

”Saya percaya, Ketua Menteri Sabah mampu menyelesaikan masalah kebanjiran PATI di Sabah jika dikembalikan ’Kuasa Imigresen’ sebagaimana yang dijamin dalam 20 Perkara,” kata Bumburing yang bercadang untuk menghantar ’Altimatum’ kepada Perdana Menteri dan Ketua Menteri Sabah berhubung isu ini.

54 ulasan:

  1. siapa kah orang orang yang di tangkap tu.....Kambing Hitam?

    BalasPadam
  2. Harap kerajaan Pusat akan mengembalikan kuasa imigresen kepada kerajaan Sabah.

    BalasPadam
  3. Biarlah kerajaan Sabah saja yang menangani masalah PATI di Sabah.

    BalasPadam
  4. Rasanya dengan mengembalikan Kuasa imigresen, masalah PATI akan berkurangan..

    BalasPadam
  5. jgnlah kita berhenti dalam mencari jalan selesaikan masalah PATI. RCI perlu ditubuhkan dan kuasa imigresen perlu ada pada Sabah.

    BalasPadam
  6. rakyat tulen sabah menuntut agar SSD ditubuhkan atau kuasa imigresen dikembalikan kepada KM sabah.

    BalasPadam
  7. dgn ini pasti masalah PATI akan dpt diselesaikan.

    BalasPadam
  8. Persekutuan memang tidak akan faham masalah PATI yang semakin serius di Sabah. Lebih baik bagi kepada kerajaan negeri untuk mengurus masalah ni.

    BalasPadam
  9. Imigresen diurus oleh KM mungkin akan semakin bagus pada masa akan datang.

    BalasPadam
  10. apa jawapan KDN kepada memorandum yang telah diserahkan?

    BalasPadam
  11. jika tiada SSD, kembalikan kuasa imigresen kepada KM sabah...rakyat sabah percaya jika orang sabah sendiri yang menguruskan isu ini, penyelesaian akan lebih cepat dicapai berbanding dengan orang luar yang hanya tahu memberikan alasan tidak masuk akal..

    BalasPadam
  12. dicadangkan kepada PM malaysia agar melantik menteri KDN di kalangan pemimpin sabah dan bukan UMNO...ini kerana jelas menteri KDN sekarang dan sebelum ini tidak menjalankan tugas mereka dengan baik disebabkan isu PATI dan projek IC masih berleluasa di sabah..bahkan ada yang sudah tembus ke semenanjung...diharapkan PM malaysia, najib razak menimbangkan perkara ini segera

    BalasPadam
  13. "Saya percaya, Ketua Menteri
    Sabah mampu menyelesaikan masalah kebanjiran PATI di Sabah jika
    dikembalikan ’Kuasa Imigresen’ sebagaimana yang dijamin dalam 20
    Perkara,” kata Bumburing yang bercadang untuk menghantar ’Altimatum’
    kepada Perdana Menteri dan Ketua Menteri Sabah berhubung isu ini.

    kemungkinan besar rakyat tulen sabah akan lompat parti pada PRU13 jika tuntutan ini tidak diendahkan/ditunaikan sebelum PRU 13.

    BalasPadam
  14. Jumlah PATI di Sabah sudah cukup mengancam ketenteraman penduduk di sini..mengapa kerajaan pusat tidak membenarkan sahaja penubuhan SSD ini, isu PATI ini sudah semakin tegang ...

    BalasPadam
  15. janganlah sampai isu ini tidak dapat ditangani lagi baru kerajaan hendak bertindak..sudah pasti rakyat Sabah akan memihak kepada pembangkang untuk menyelesaikan masalah ini

    BalasPadam
  16. semoga perjuangan ini akan diteruskan oleh para pemimpin Sabah tidak kira pihak kerajaan ataupun pembangkang walaupun selepas PRU-13 nanti

    BalasPadam
  17. setiap tahun masalah PATI semakin menjadi-jadi...harap kerajaan pusat benar2 memberi perhatian serius terhadap masalah ini yang dihadapi oleh Sabah

    BalasPadam
  18. jika tidak, ianya tentu akan menimbulkan kesulitan sosial, ekonomi, keharmonian serta kesejahteraan diantara penduduk rakyat Malaysia di Sabah.

    BalasPadam
  19. I agree with this statement, if the RCI was not approved, Sabah should be given back autonomous power to control our immigration department.

    BalasPadam
  20. apa salahnya kerajaan persekutuan memberikan kepercayaan kepada kerajaan negeri bagi menyelesaikan masalah ini dengan mengembalikan kuasa imigresen kepada kerajaan negeri??

    BalasPadam
  21. jika kerajaan persekutuan asyik menafikan kewujudan PATI dan Projek IC di negeri ini, sampai bila2 pun masalah ini tidak akan selesai.. jadi lebih baik serahkan kuasa sepenuhnya kepada kerajaan negeri Sabah bagi menggerakkan Imigresen atau jabatan2 lain yang berkenaan untuk bertindak mengikut haluan kerajaan negeri.

    saya juga yakin bahawa kerajaan negeri dibawah pimpinan Musa Haji Aman mampu menyelesaikan masalah ini secara menyeluruh sekaligus mengekalkan sokongan rakyat terhadap parti pemerintah..

    Borneo Paradise

    BalasPadam
  22. "KERAJAAN Persekutuan disaran menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Di Raja (SSD) atau mengembalikan kuasa Imigresen kepada Ketua Menteri Sabah bagi menangani ibu kepada segala masalah di Sabah iaitu Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI)."

    Ini juga merupakan cadangan yang baik untuk mengembalikan kuasas kepada KMS. Cadangan ini harus dikaji dengan teliti adakah inimembawa apa-apa kesan sampingan.

    BalasPadam
  23. Kenapa Kerajaan Persekutuan gagal menubuhkan RCI?

    BalasPadam
  24. Kerajaan harus prihatin dengan rakyat di Sabah. Masalah PATI semakin tegang, harus mencari cara penyelesaian yang berkesan agar tidak mengancam ketenteraman negeri kami.

    BalasPadam
  25. Kegagalan tuntutan RCI demi masalah PATI akan menyebabkan ramai yang melompat parti. Cuba kami lihat keputusan nanti.

    BalasPadam
  26. banyak yang mahukan SSD ditubuhkan. harap ini akan dilakukan untuk membantu menyelesaikan isu PATI yang telah lama berlaku.

    BalasPadam
  27. semua harus bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan masalah pati. harap masalah ini akan berjaya diatasi.

    BalasPadam
  28. Kerajaan menyembunyikan sesuatu dari semua golongan.

    BalasPadam
  29. Masalah ini tidak harus tunda, tindakan segera diperlukan.

    BalasPadam
  30. Immigration should be responsible to all these tones of illegal immigrant in Sabah.

    BalasPadam
  31. Projek IC masih diperlukan untuk PRu13, inilah menyebabkan tiada tindakan sehingga kini.

    BalasPadam
  32. PATI mengancam perkembangan ekonomi, social, keharmonian dll. Seharus golongan ini dihantar balik ke negeri asal secepat mungkin.

    BalasPadam
  33. Sikap bumburing memang patut dipuji.

    BalasPadam
  34. Ilegals should be gone forever.

    BalasPadam
  35. Jangan halang keinginan kami untuk mengusir keluar PTI.

    BalasPadam
  36. Jumlah pati di Sabah sering dikaitkan dengan peningkatan jumlah penduduk di sini. Jadi tidak hairanlah juga ramai yang mendesak penubuhan RCI.

    BalasPadam
  37. Harap desakan ini mendapat perhatian sewajarnya demi kepentingan bersama.

    BalasPadam
  38. Apapun, kita lihat sajalah nanti. Kalaupun RCI tak ditubuhkan saya yakin kerajaan pasti laksanakan cara lain utk tanggani isu ini.

    BalasPadam
  39. Saya cuma harap agar isu ini tak dimanipulasi sebagai bahan politik utk kepentingan pihak2 tertentu.

    BalasPadam
  40. Semoga perkara ini dapat ditanggani sebelum PRU13:)

    BalasPadam
  41. Kalau ada RCI tapi tiada tindakan, sama saja bohongnya. Tidak bolehkah masalah ini dibawa ke peringkat yang lebih tinggi? Supaya siasatan lebih telus.

    BalasPadam
  42. BERANI KERANA BENAR, TAKUT KERANA SALAH!

    BalasPadam
  43. Sana sini jenayah pembunuhan yang dilakukan oleh PATI. Sampai bila nyawa rakyat tulen Sabah perlu ditaruhkan??

    BalasPadam
  44. What goes around, will comes around. Karma will haunt the culprits.

    BalasPadam
  45. kedua2, penubuhan SSD dan pemberian kuasa autonomi Imigresen memang penting untuk selesaikan isu PATI. kalau benar kerajaan cukup serius untuk membantu selesaikan isu PATI di Sabah, luluskanlah permintaan ini.

    BalasPadam
  46. bolehkah Bumburing memberitahu rakyat apa jawaban yang telah diberikan oleh KDN?

    BalasPadam
  47. rakyat Sabah mula ragu2 bila kerajaan enggan menubuhkan SSD. apa sebenarnya yang salah dengan SSD ni?

    BalasPadam
  48. Nampaknya semakin hangat cerita SSD untuk Sabah ini.

    BalasPadam
  49. Susah sangatkah mahu menubuhkan SSD untuk menangani masalah PATI di Sabah? Kerajaan persekutuan perlulah menangani masalah ini sebaiknya.

    BalasPadam
  50. Harap masalah ini boleh diselesaikan dengan segera mungkin.

    BalasPadam
  51. Tak jadi untuk menyelsaikan masalah ni.

    BalasPadam
  52. If the RCI will not be approved, it is best that the Sabah State government be given the autonomous power to control the immigration process.

    BalasPadam
  53. We'll just wait and see how the Federal government will decide on this.

    BalasPadam