State Assembly dismissed motion as NOT URGENT!
MOHON PENANGGUHAN DEWAN ATAS SATU PERKARA TERTENTU BERKENAAN DENGAN KEPENTINGAN ORANG RAMAI YANG PERLU DISEGERAKAN – PERATURAN TETAP 23
Cadangan Penubuhan SURUHANJAYA SIASATAN DI-RAJA Bagi Menyiasat Serta Mengesyorkan Tindakan Terhadap Penambahan Penduduk Di Sabah Yang Meningkat Secara Mendadak
Tuan Speaker,
Saya, MELANIE CHIA CHUI KET ADUN N.16 LUYANG, ingin memohon agar dewan yang mulia ini ditangguhkan mengikut Peraturan Tetap 23 untuk membincangkan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi membuat siasatan menyeluruh, telus dan komprehensif serta mengambil tindakan terhadap penambahan bancian penduduk Sabah yang meningkat secara mendadak.
Mengikut angka bancian yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Negara, mengambarkan peningkatan penduduk Sabah yang begitu luar biasa berbanding dengan Negeri jiran seperti Sarawak dan lain-lain Negeri di Malaysia.
Pertumbuhan penduduk yang begitu tinggi amat membimbangkan kerana ianya akan menimbulkan kesulitan sosial, ekonomi, keharmonian serta kesejahteraan diantara penduduk rakyat Malaysia di Sabah.
Data Banci Penduduk Mengikut Catatan Jabatan Perangkaan:- Menurut peningkatan banci penduduk bagi seluruh Negara dalam masa 40 tahun bermula pada tahun 1970, peningkatan dari tahun 1980 ialah 2,660,570 atau 26%; tahun 1991 peningkatan 7,160,570 atau 69%; tahun 2000 peningkatan 11,763,184 atau 113%; dan tahun 2010 peningkatan 17,126,391 atau 165%, pukul rata peningkatan 4.1% setahun.
Bagi Sarawak peningkatan banci penduduk dalam masa 40 tahun yang sama ialah bagi tahun 1980 peningkatan 223,731 atau 23%; tahun 1991 peningkatan 623,731 atau 64%; tahun 2000 peningkatan 1,036,347 atau 106%; dan tahun 2010 peningkatan 1,443,740 atau 148%, pukul rata pertumbuhan ialah 3.7% setiap tahun.
Bagi Sabah pula peningkatan banci penduduk bermula tahun 1970 hingga tahun 1980 peningkatan ialah 374,609 atau 59%; peningkatan bagi 1991 ialah 1,098,254 atau 173%; peningkatan pada tahun 2000 ialah 1,851,817 atau 291%; peningkatan bagi tahun 2010 ialah 2,483,609 penduduk iaitu 390%. Ini bermakna setiap tahun kenaikan penduduk di Sabah ialah 9.8%.
Peningkatan angka bancian penduduk Sabah adalah begitu luar biasa jika dibandingkan dengan peningkatan bancian penduduk di seluruh Negara. Peningkatan ini bukan sahaja luar biasa tetapi amat menghairankan. Sebagai contoh pada tahun 1970 penduduk Sarawak melebihi penduduk Sabah sebanyak 339,838 penduduk, dan pada tahun 2010 penduduk Sabah pula telah melebihi penduduk Sarawak sebanyak 700,031.
Bilangan Penduduk Sabah Mengikut Kaum-kaum Terbesar Sejak Tahun 1960 Hingga 2010: (B) - Melayu Brunei
* - Bukan Warganegara
Mengikut bilangan penduduk Sabah ini, adalah dicatat dibawah senarai ‘Lain-Lain Kaum’ penduduk yang bukan warganegara yang bertambah dari 425,433 pada tahun 1991 dan meningkat ke 932,300 pada tahun 2010. (Peningkatan warga asing seramai 506,867 orang)
Dengan pendedahan ini adalah jelas bahawa peningkatan mendadak banci penduduk Sabah adalah sangat luar biasa dan mesti disiasat dengan terperinci.
Perkara ini amat penting khususnya kepada rakyat Sabah, kerana ramai rakyat asing telah mengambil kesempatan untuk mendaftar sebagai rakyat Malaysia tanpa mengikut saluran undang-undang yang sedia ada, dan menjadi pengundi di Negara ini.
Perkara ini perlu ditangani segera kerana telah wujud bukti pendatang asing mendapat kewarganegaraan segera, seperti yang tercatit di dalam penulisan MD. Mutalib dan Dr. Chong Eng Leong. Dalam erti kata yang lain, kehadiran orang-orang asing ini secara berleluasa di Sabah akan memudaratkan keselamatan, kedaulatan serta keharmonian rakyat Malaysia khasnya di Sabah.
Dengan ini saya mencadangkan Penubuhan Suruhanjaya Siasatan Di-Raja Bagi Menyiasat Serta Mengesyorkan Tindakan Terhadap Penambahan Penduduk Di Sabah Yang Meningkat Secara Mendadak.
Sekian.
Melanie Chia Chui Ket
ADUN N.16 Luyang
Tq AA
Perlu pembetulan angka pada ‘Lain-Lain Kaum’ penduduk yang bukan warganegara yang bertambah dari 4225,433 pada tahun 1991 dan meningkat ke 932,300 pada tahun 2010.
BalasPadamKepada ‘Lain-Lain Kaum’ penduduk yang bukan warganegara yang bertambah dari 425,433 pada tahun 1991 dan meningkat ke 932,300 pada tahun 2010.
Ahmad Alliuddin
Harap isu RCI ini akan dipandang serius oleh kerajaan kita. Masalah PATI mestilah ditangani.
BalasPadamPemimpin-pemimpin tempatan mestilah berusaha pemperjuangkan isu ini sehingga ia diselesaikan.
BalasPadamisu ini sudah berlarutan begitu lama, harap sebelum PRU13 nampak ada jalan penyelesaian..
BalasPadamSungguh menakutkan melihat penambahan penduduk di Sabah yg luar biasa ini, nampaknya semakin banyak PATI di Sabah..harap tubuhkan saja RCI..mana tau dapat selesaikan masalah ini..
BalasPadammasalah PATI tidak pernah selesai dan bilangan mereka makin bertambah, oleh itu RCI diperlukan untuk selesaikan masalah ini.
BalasPadamkita perlu cuba segala car untuk selesaikan masalah ini, jgn biarkan ia berlanjutan tanpa penyelesaian.
BalasPadamPenambahan penduduk sangat2 dirasai pada kita yang tinggal di Sabah. Pasti semua tahu kelompok mana yang paling ramai. Bikin semak saja.
BalasPadamdaripada kerajaan persekutuan berdiam diri dalam soal ni lebih baik cepat2 selesaikan isu ni. Lebih lama lagi macam ni lagi rakyat membuat spekulasi.
BalasPadampertumbuhan penduduk sabah yang luar biasa ini harus disiasat dan dikenal pasti puncanya..adalah mustahil kelahiran semula jadi boleh meningkat secara mendadak melainkan kemasukkan pendatang asing ke sabah...
BalasPadamperkara ini telah diketengahkan oleh datuk wilfred dan beberapa pemimpin dalam BN..selain itu, datuk wilfred juga telah mencadangkan agar kuasa imigresen dikembalikan kepada KM sabah untuk menyelesaikan perkara ini sekiranya SSD tidak ditubuhkan..
BalasPadamkerajaan pusat lack of will untuk menyelesaikan isu PATI/projek IC di sabah melalui SSD...maka adalah wajar dan bersesuaian dengan 20 Perkara, kuasa imigresen dikembalikan kepada KM sabah...
BalasPadamrakyat sabah tahu perkara yang sebenar...tidak payahlah kerajaan pusat mahu berselindung lagi..kemungkinan rakyat sabah tulen akan lompat parti pada PRU 13..harus diingat bahawa sabah dan sarawak akan menjadi penentu kerajaan pada pilihanraya akan datang.
BalasPadamsemua rakyat tulen sabah menyokong usul untuk menubuhkan SSD bagi menyiasat pertumbuhan penduduk sabah, projek IC..
BalasPadamsetiap tahun masalah PATI semakin menjadi-jadi...harap kerajaan pusat benar2 memberi perhatian serius terhadap masalah ini yang dihadapi oleh Sabah
BalasPadamjika tidak, ianya tentu akan menimbulkan kesulitan sosial, ekonomi, keharmonian serta kesejahteraan diantara penduduk rakyat Malaysia di Sabah.
BalasPadamsemoga perjuangan ini akan diteruskan oleh para pemimpin Sabah tidak kira pihak kerajaan ataupun pembangkang walaupun selepas PRU-13 nanti
BalasPadamjanganlah sampai isu ini tidak dapat ditangani lagi baru kerajaan hendak bertindak..sudah pasti rakyat Sabah akan memihak kepada pembangkang untuk menyelesaikan masalah ini
BalasPadamJumlah PATI di Sabah sudah cukup mengancam ketenteraman penduduk di sini..mengapa kerajaan Sabah/pusat tidak tubuhkan sahahja RCI ini sekarang, isu PATI ini sudah semakin tegang ...
BalasPadamThis abnormal growth of population within the state must be investigated. An RCI would be the most suitable way to do it.
BalasPadamsebelum kerajaan Pusat menafikan kewujudan PATI dan Projek IC di Sabah, lebih baik menteri2 di persekutuan datang ke Sabah dan lihat sendiri keweujudan mereka di negeri ini..
BalasPadamGo down and look at the situation in town, there are many PATI surrounding us. Why these is happened?
BalasPadamImegresen harus memberi penjelasan terhadap pertambahan warga asing yang mendadak ini.
BalasPadamKerajaan harus bertindak menubuhkan RCI serta merta. Jangan membiarkan perkara ini berlanjutan.
BalasPadamTidak hairan jika kewujudan projek IC dengan pertambahan PATI yang semakin bertambah.
BalasPadamKenapa kerajaan masih berdiam diri dengan isu PATI ini?
BalasPadampelbagai usaha dibuat untuk menyelesaikan isu pati ini. harap usaha untuk menyelesaikan masalah pati akan membuahkan hasil.
BalasPadamBetul kata villager, Menteri-Menteri harus datang dan tengok jumlah PATI yang bertambah banyak ini. Kenapa masih menafikan kewujudan golongan ini untuk motif kerajaan?>
BalasPadamKegagalan kerajaan menubuhkan RCi membuktikan kerajaan adanya agenda tersembunyi.
BalasPadam"ramai rakyat asing telah mengambil kesempatan untuk mendaftar sebagai rakyat Malaysia tanpa mengikut saluran undang-undang yang sedia ada, dan menjadi pengundi di Negara ini."
BalasPadamKenapa ini pula berlaku? Adakah golongan ini juga menikmati keistimewaan seperti kami sebagai warganegara yang sah?
Why reject RCI as it is help to resolve PATI?
BalasPadamKerajaan mengabaikan ketenteraman rakyat demi mengukuhkan kuasa meraka di Sabah.
BalasPadamSaya masih percaya dengan RCI.
BalasPadamMelanie,don't feel like that.
BalasPadamIni nak tanya kat kerajaan pusat.
BalasPadamGood luck.
BalasPadamPeningkatan jumlah penduduk di Sabah memang mencurigakan. Harap ia dapat disiasat segera.
BalasPadamWalaupun belum ada bukti kukuh namun saya yakin ramai beranggapan peningkatan ini ada kaitan dengan pati.
BalasPadamJadi tidak hairanlah juga ramai yang mendesak penubuhan RCI.
BalasPadamHarap desakan ini mendapat perhatian sewajarnya demi kepentingan bersama.
BalasPadamApapun, kita lihat sajalah nanti. Kalauoun RCI tak ditubuhkan saya yakin kerajaan pasti laksanakan cara lain utk tanggani isu ini.
BalasPadamKalau dulu jalan di pekan, orang sendiri saja bah kena nampak. Sekarang itu pilak2 yang bertempiaran. Ada yang mahu berselindung di sebalik cara berpakaian. Kalau pilak, pilak juga bah.
BalasPadamPunya sandi masih ada pihak yang mahu menidakkan masalah pertambahan penduduk yang mendadak ni. Kenapa? Takut?
BalasPadamIf RCI is rejected, then govt should come out with better resolutions plus the actions as well. Talk only will not solve this problem.
BalasPadamIn the end, rakyat become the victims if no serious actions are taken.
BalasPadamsemakin ramai warga asing yang masuk ke negeri Sabah. saya pasti mereka berstatus PATI, mungkin ada yang sudah dapat IC. ini menunjukkan penguatkuasaan di Sabah begitu lemah.
BalasPadamkalau ditambah kemasukan pekerja asing dengan PATI memang ramai tu. harap bilangan pekerja asing ni akan dapat dikurangkan dan penguatkuasaan di pintu2 masuk utama dapat diperketatkan dan juga 'lubang2 tikus' yang dikenalpasti dapat ditinjau selalu.
BalasPadamSabah jadi pusat 'menternak' PATI.
BalasPadamIni penting untuk penduduk Sabah. Jika warga asing menguasai Sabah bagaimana pula dengan penduduk tempatan sendiri.
BalasPadamKehadiran PATI di Sabah membimbangkan penduduk Sabah sendiri. Jika ini berterusan sudah semestinya penduduk Sabah akan menentang. Apa yang akan jadi? Itu perlu difikirkan oleh kerajaan. Kita tahu kerajaan Negeri kerap menyuarakan masalah ini tapi masih tidak ada maklum balas dari kerajaan persekutuan.
BalasPadamHope that the federal government will approve the RCI to investigate the PATI issues in Sabah.
BalasPadamThe abnormal growth of population in Sabah should really be investigated thoroughly.
BalasPadamPADA SAYA, LEBIH BAIK KITA MEMILIH KERAJAAN YANG BARU DAN MELIHAT APAKAH KITA BOLEH MERASAI KESENANGAN SEPERTIMANA KITA DISUSAHKAN OLEH KERAJAAN SEKARANG.....
BalasPadamSemua warga sabah menolak pti dan kewarganegaraan yg dianugerahkan kerajaan utk kepentingan politik mereka....oleh itu sebelum lebih parah lagi dan sebelum org2 yg terlibat meninggal dunia dan diadili di akhirat kerana perbuatan mereka yg memudaratkan sumpah setia mereka menjalankan tugas ketika petlantikan memagang jawatan pentadbir negara....baik kalian buat pemutihan dan kembali ke pangkal jalan. Saranan buat kad pengenalan khas utk rakyat sabah....tolonglah....rakyat sabah mari terus bersatu dlm menuntut usul ini...
BalasPadamTolak pti....hantar pulang semua permastautin yg tidak sah kerakyatannya....buat kerja yg murni , ikhlas dan halal...buat baik dibalas baik tapi buat jahat anda jadi satanic. ..
BalasPadam