Jumaat, November 25, 2011

71-YEAR-OLD TIMORESE MAN, HELD IN RAPE PROBE & PATI ARRESTED SELLING ILLEGAL DVD

Man, 71, held in rape probe

SANDAKAN 25th Nov 2011: An elderly man has been detained for allegedly outraging the modesty of his relative’s six-year-old daughter.

The alleged incident took place in their house at Mile 2 ½ Jalan Utara early this week.

The 71-year-old Timorese man was alleged to have committed the offence after coaxing the little girl into his room on November 21 between 1pm and 2pm.

Nobody was home that time. Her mother was at work.

New Sabah Times learnt the suspect lives in the same house with the victim’s family.

The girl complained of pain to her private part to the mother when she returned home prompting her to lodge a police report.

Police picked up the suspect for investigation under Section 354 of the Penal Code.

OCPD ACP Rowell Marong confirmed the arrest when contacted.

---------------

Lelaki PATI dicekup polis miliki, jual DVD haram

KENINGAU 25th Nov 2011: Seorang lelaki disyaki Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ditangkap polis kerana memiliki dan menjual DVD haram di sekitar pekan ini kira-kira jam 12.45 petang pada Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Keningau Deputi Supritendan Polis (DSP) Zahari Mohamed berkata, lelaki berkenaan ditahan dalam oleh sepasukan polis yang diketuai Inspektor Kahar Arifin yang menjalankan rondaan pencegahan jenayah di sekitar pekan.

Katanya, semasa rondaan itu polis telah melihat lelaki berkenaan sedang membawa 1 beg plastik berwarna hitam manakala di tangan kirinya memegang beberapa keping DVD yang disyaki dijual kepada orang awam.

“Hasil pemeriksaan dalam beg plastik hitam itu, terdapat 93 kepingDVD pelbagai tajuk yang tidak mempunyai sijil B,” katanya kepada media di pusat media IPD di sini kelmarin.

Turut dirampas dari lelaki berkenaan adalah wang tunai RM40 yang dipercayai hasil jualan DVD haram itu.

Zahari memberitahu lelaki yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri itu disiasat dan akan dituduh di bawah Seksyen 18 (4) Akta Penapisan Filem 2002 yang boleh hukuman penjara tidak lebih tiga tahun atau denda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebihRM30,000.

Sehubungan dengan tangkapan DVD haram itu Zahari menasihatkan orang awam di daerah ini agar jangan membeli DVD haram kerana ia mendorong kepada penjual.

Katanya, orang awam yang didapati membeli atau memiliki DVDharam turut menghadapi tindakan undang-undang melalui Seksyen yang sama.

-----------

Malang gadis berkemban

AMPANG 25 Nov 2011: Malang menimpa seorang remaja perempuan berusia 19 tahun yang ‘berkemban’ sebaik keluar bilik air apabila diperkosa seorang kenalan di dalam rumahnya di Pandan Indah, di sini, malam kelmarin.

Lelaki warga Myanmar terbabit dipercayai menyelinap masuk ke bilik mangsa ketika gadis itu mandi.

Menurut sumber, dalam kejadian jam 10 malam itu, lelaki itu menyerang mangsa dari arah belakang.

“Mangsa yang juga pelayan restoran terkejut dengan tindakan lelaki terbabit, bagaimanapun tidak dapat melarikan diri apabila suspek menolak mangsa hingga dia terjatuh ke lantai.

“Suspek memaki-hamun mangsa supaya tidak melawan. Lelaki itu kemudian membuka tuala dipakai mangsa sebelum memperkosanya,” katanya.

Sumber berkata, selepas beberapa jam kemudian suspek keluar dari rumah berkenaan dan mangsa membuat laporan di balai polis berhampiran.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

Menurutnya, remaja terbabit dihantar ke hospital untuk pemeriksaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

13 ulasan:

  1. Budak itu baru 6 tahun saja, apalah orang ni?

    BalasPadam
  2. Harap penyiasatan lanjut akan dijalankan, jika didapati bersalah, orang tua itu perlulah dikenakan hukuman undang-undang yang tegas.

    BalasPadam
  3. jenayah melibatkan warga asing kini makin menjadi.

    BalasPadam
  4. Rumah sentiasa berkunci. Kelalaian akan menyusahkan diri sendiri. sentiasa la berhati-hati.

    BalasPadam
  5. jenayah yang dilakukan oleh warga asing ni semakin menjadi-jadi. Penjara pun ramai lagi warga asing kena kasi makan free lagi. aiyooo

    BalasPadam
  6. memang banyak kes yang melibatkan warga asing yang berlaku di negara ini. harap jumlah warga asing yang berada di negara ini akan dikurangkan.

    BalasPadam
  7. setiap individu juga perlu sentiasa berhati-hati agar tidak menjadi mangsa penjenayah.

    BalasPadam
  8. ambillah tindakan sebelum mereka buat jenayah, bukan setelah mereka buat jenayah.. PATI wajib dihantar pulang ke negara asal, manakala pekerja asing pula perlu dikurangkan dan dikawal pergerakan mereka..

    BalasPadam
  9. Makin menjadi-jadi PATI ni. Bawa masalah saja!

    BalasPadam
  10. makin bertambahlah banduan warga asing ni. sudahlah penjara di Sabah sudah lebih had muatan.

    BalasPadam
  11. sudah cukup jelas kenapa warga asing/PATI patut dikurangkan dan dihantar balik ke negara asal mereka.

    BalasPadam
  12. Jangan kita menyokong penjualan VCD haram..

    BalasPadam
  13. Jika tinggal bersendirian pastikan pintu rumah berkunci.

    BalasPadam