Bosan! Jalanraya di Sabah terus menakutkan
KOTA KINABALU, 25 Jan:Rakyat di negeri ini sudah bosan dan kecewa dengan kegagalan pihak kerajaan negeri yang hingga kini masih gagal mencari formula terbaik menangani masalah jalan rosak yang terpaksa dilalui setiap hari.
(Gambar: Antara contoh jalan raya di Sabah...rakyat sudah bosan)
Biarpun pendedahan demi pendedahan dan laporan demi laporan termasuklah kajian strategik yang dibuat mengenai isu itu, namun ia bagaikan ‘bising hanya dibibir’ kerana tiada perubahan yang ketara terhadap kualiti jalan raya terutama di negeri ini seperti mana yang diharapkan pengguna.
Ketua Penerangan Pemuda PAS Sabah, Mohd Julpikar Abd Mijan (gambar bawah) berkata, rakyat sudah muak dengan janji-janji kosong yang ditaburkan pihak tertentu hanya semata mahu meraih undi semasa pilihan raya.
“Rakyat sudah bosan dan kecewa dengan keadaan begini.
“Keadaan jalan berlubang, mendap, beralun serta tampalan yang tidak sempurna dan berpasir terpaksa dihadapi pengguna jalan raya menyebabkan pemilik resah memikirkan kos bagi penyelenggaraan kenderaan,” ujarnya dalam nada yang kecewa.
Menurutnya, jalan utama yang menghubungkan beberapa daerah di negeri ini seperti Kota Kinabalu, Tuaran, Ranau, Telupit, Beluran, Sandakan, Kinabatangan dan Lahad Datu boleh diklasifikasikan jalan yang paling teruk bermasalah.
Beberapa siri kejadian di mana kenderaan mengalami masalah tayar meletup, rim bengkok akibat hentakan jalan berlubang dan sebagainya sentiasa berlaku di jalan-jalan ini.
“Ini adalah antara laluan yang berbahaya terutama di waktu malam. Pengguna kerap kali melalui jalan yang teruk yang terpaksa memikirkan kos sampingan selain kos penyelengaraan kenderaan,” katanya.
Selain itu, kegagalan kerajaan negeri melihat permasalahan ini diselar berikutan begitu banyak pembaziran yang dibuat berbanding menyediakan kemudahan asas yang lebih baik untuk rakyat.
“Kita (PAS) tidak nafikan bahawa, keindahan itu penting. Tapi alangkah baik sekiranya kerajaan juga menyediakan kemudahan infrastruktur yang baik untuk rakyat.
“Ini jelas menepati slogan rakyat didahulukan... bukan kroni dan bukan juga perut menteri,” ujar Julpikar.
Diharap peruntukan bajet 2012 yang bear tu dapat menaiktarafkan jalan2 raya yang ada di Sabah. terutama jalan2 di kawasan pendalaman.
BalasPadamya...peruntukan sudah ada..
Padamperuntukan yang besar dijangkakan dapat menambahbaik kemudahan yang ada.
Padampara wakil rakyat harus membawa masalah ni ke tengah agar mendapat perhatian dalam projek menaiktarafkan jalan raya di Sabah.
BalasPadambukan saja ke tengah malah ke atas agar tindakan segera dapat dilakukan.
PadamMemang ramai yang bosan dengan keadan ni, tapi apa juga yang boleh dilakukan kalau pihak yang berkenaan tak ambil tindakan???
BalasPadammemang ada tindakan diambil namun bukan semua masalah ini dapat diatasi dengan mudah...perkara2 lain juga harus diambil kira seperti bentuk muka bumi dsbgnya.
PadamSetiap keluhan rakyat haruslah didengar dan diberi perhatian segera. Isu ini bukan baru ditimbulkan kelmarin tetapi sudah lama...
BalasPadamJadi harap2 tahun ni, bajet yang ada dapat digunakan utk membaiki/menaiktaraf j/raya di Sabah.
BalasPadamJangan biarkan hal ini berlarutan kerana ia hanya akan mengeruhkan lagi keadaan.
BalasPadamKemudahan jalan raya adalah penting untuk rakyat dan wakil-wakil rakyat harus lebih berusaha utk menyuarakan hal ini supaya mendapat perhatian.
BalasPadammemang penting...wakil2 rakyat haruslah sentiasa turun padang agar dapat melihat sendiri keadaaan jalan raya di kawasan mereka..
PadamMasalah ini memang tidak berapa diperhatikan pihak berkuasa, mereka harus menyelesaikan masalah ini.
BalasPadamJanganlah menanggung masalah ini lagi, rakyat ada hak mereka untuk mendapat kemudahan yang terbaik.
BalasPadamSebelum dijadikan isu lagi percepatkan penyelesaian bagi jalan raya di Sabah. Biar pun mengambil masa agak panjang tapi harus ada progress.
Padamsemoga penyelesaian terhadap isu ini akan daat dilakukan dengan secepat yang boleh.
PadamRakyat juga kena bersabar lagi kerana kerajaan memang terdapat banyak perkara untuk diselesaikan.
BalasPadamHarap perhatian boleh diberikan terhadap masalah jalanraya ini.
BalasPadamthe government better do something about fixing the road before election comes.
BalasPadamIts good that the issue is brought into attention. I hope those who are responsible to fix this problem will immediately take action to solve it.
BalasPadamI hope to see this road fixed soon.
BalasPadamThis issue has always been a part of the logistic and transportation problem that is faced by majority of Sabahan. These roads still serves as a lifeline in for business as well as personal use
Padamhopefully this matter will be look into by the relevant authorities. Hopefully can not only rectify these problems, but also create more alternative routes to any major destinations within Sabah
BalasPadamSaya pasti peruntukkan untuk jalan raya telah diluluskan, mungkin ada masalah mencari kontraktor yang terbaik sebab itulah belum ada tindakan yang dilakukan.
BalasPadamKita sedia maklum bahawa ada banyak lagi area yang masih lagi perlu diberi perhatian. Kalau boleh kerajaan percepatkan proses transformasi bagi Sabah. Hal ini kerana Sabah sudah jauh ketinggalan berbanding dari negeri2 lain.
BalasPadamya...perhatian yang lebih harus diberikan kepada sabah kerana hasil negara kebanyakkannya diambil dari sabah..
Padamkeadaanb jalan raya di Sabah mmg amat teruk, rim kereta saya pernah bengkok kerana terlanggar lubang.
BalasPadamkeadaan jalan raya yang teruk ini membahayakan pengguna jalan dan membawa byk kerosakan kepada kenderaan. jalan raya di Sabah harus dinaiktaraf.
BalasPadamkerajaan harus segerakan peruntukan untuk jalan2 raya di Sabah. Keadaan yang bahaya akan mengancam keselamatan pengguna jalan raya.
Padamya...jalan raya di sabah harus dinaik taraf...
Padamdiharapkan isu ini tidak berpanjangan dengan tindakan segera diambil oleh pihak berkenaan..
BalasPadamMereka yang bertanggungjawab membina jalan raya perlu megikut spesifikasi yang telah ditetapkan untuk elakkan jalan raya cepat rosak dan kos penyelenggaraan yang banyak.
BalasPadamUndeniably some of the roads are not accessible.
BalasPadamPairin telah memberi jaminan bahawa masalah jalan raya akan diselesaikan secepat mungkin.
BalasPadamI'm sure the state government will do something for it.
BalasPadamMasalah jalanraya rosak perlulah ditangani dengan baik, kebanyakan jalanraya di Sabah perlulah dinaik taraf supaya lebih selamat dan selesa digunakan.
BalasPadamwakil rakyat pun pandai2lah jalankan peranan mereka supaya keperluan rakyat ini akan dipenuhi dan masalah dapat diselesaikan dengan segera.
PadamKerosakan kecil perlulah dibaik sebelum ia menjadi kerosakan yang lebih besar.
BalasPadamHarap bajet 2012 ini dapat membantu menaikkn taraf jalan raya di Sabah.
BalasPadamMasalah jalan raya di Sabah sudah lama berlaku, kerajaan telah berusaha untuk memperbaiki jalan di Sabah.
BalasPadamHarap kerajaan akan buat sesuatu tentang masalah ini..pembangkang akan terus memanaskan isu ini.
BalasPadamHarap kontraktor yg di beri tugas akan menjalankan kerja mereka dengan amanah demi kebaikan bersama.
BalasPadamHarap jalan raya di Sabah akan semakin baik pada masa hadapan.
BalasPadamapa pula sumbangan yang PAS telah berikan kepada Sabah setakat ini?
BalasPadamkerajaan pasti sentiasa mengusahakan agar semua jalan raya di negeri Sabah ini akan dinaiktaraf. realitinya, kita juga perlu faham bahawa untuk memajukan semua kawasan Sabah yang 70% adalah kawasan pedalaman bukanlah mengambil masa sekelip mata saja sebaliknya tempoh masa yang panjang.
BalasPadamKerajaan tidak duduk diam mencari jalan penyelesaian bagi menangani perkara ini.
BalasPadamMasih banyak tempat terutama dikawasan pendalaman yang memerlukan jalan yang baik. Maka kajian perlu dibuat bagi memastikan masalah ini akan dapat selesaikan.
BalasPadamBukan mudah untuk menyelesaikan perkara ini dengan begitu saja. Kerana peruntukan perlu ada prosuder untuk mendapat kelulusan.
BalasPadamPeruntukan yang diberikan seharusnya digunakan sebaiknya dan tidak ada penyelewengan berlaku. Kerana ini juga antara perkara yang menjejaskan pembinaan kerana lebih kepada penggunaan barangan yang kurang berkualiti.
BalasPadamTeruskan perancangan dan perlaksanaan bagi menaiktaraf jalan raya yang terdapat di Sabah yang masih kurang dan bermasalah.
BalasPadamusaha untuk menaiktaraf jalanraya harus sentiasa dibuat..semoga keperluan rakyat akan dapat dipenuhi.
BalasPadamboleh ka PAS selesaikan masalah jalan ini dalam waktu yang singkat? saiz negeri Sabah tidak sama dengan negeri Kelantan.. sedangkan pentadbiran PAS kelantan pun gagal menyelesaikan masalah air di negeri itu selepas lebih 20 tahun mentadbir kelantan..
BalasPadamrasanya mna2 parti pn sma..cuma pemimpin yang mentadbir tu yang penting..
Padamwujudkan tol la d sabah nie..mgkin dpt settlekan masalah.
BalasPadam