Sabtu, November 05, 2011

POLIS BERJAYA PATAHKAN ‘KILANG’ BUAT SENAPANG

Buat, jual senjata

image RAMPAS...Md Tahir (dua dari kiri) menunjukkan senapang kayu buatan sendiri yang dirampas daripada seorang peneroka di Felda Gunung Besout, di Slim River.

SLIM RIVER 5 Nov 2011: Seorang peneroka Felda mengejutkan polis apabila dikesan memiliki kemahiran menghasilkan senapang kayu berbahaya sebelum dijual secara haram kepada orang ramai.

Senjata buatan sendiri itu yang dijual pada harga RM350 setiap laras mampu mengundang maut berikutan menggunakan tabung angin bertekanan tinggi untuk menembak laju peluru guli yang digunakan.

Kegiatan menyalahi undang-undang itu berjaya dipatahkan selepas peneroka berusia 66 tahun itu ditahan sepasukan anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanjung Malim, yang menyerbu rumahnya di Felda Gunung Besout, di sini.

Dalam operasi jam 3.40 petang Jumaat lalu, suspek yang juga seorang tukang kayu dikesan menjadikan bahagian belakang rumahnya sebagai ‘kilang’ untuk menghasilkan senapang kayu berkenaan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Tanjung Malim, Superintendan Md Tahir Kasim, berkata siasatan mendapati suspek memulakan perniagaan menjual senapang itu sejak awal tahun ini.

8 ulasan:

  1. penggunaan senjata api tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya.

    BalasPadam
  2. Kalau di negara seperti Filipin rakyat biasa bebas untuk mengunakan senjata api.

    BalasPadam
  3. Harap pihak polis akan menumpaskan perniagaan haram yang menjual senapang seperti ini kepada orang umum. Kerajaan juga perlulah mengenakan tindakan undang-undang terhadap mereka yang terbabit dalam aktiviti seperti ini.

    BalasPadam
  4. Macam2 orang buat untuk dapatkan wang.

    BalasPadam
  5. tahniah kepada anggota polis.. kalau aktiviti ini tidak dikesan awal, makin mudahlah orang awam memiliki senjata api berbahaya..

    BalasPadam
  6. pengharaman senjata api ni adalah atas sebab2 keselamatan juga. kalau ada yang ingin memiliki senjata api lebih baik mohon lesen.

    BalasPadam
  7. baguslah pihak polis berjaya mengesan dan menumpaskan kegiatan tersebut.

    BalasPadam
  8. Salah menggunakan kemahiran yang ada.

    BalasPadam