Pembelajaran Matematik Dan Sains Sepenuhnya Dalam Bahasa Malaysia Di Sekolah Rendah Pada 2016
PUTRAJAYA, 4 Nov (Bernama) -- Pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains di Sekolah Rendah akan dilaksanakan sepenuhnya dalam Bahasa Malaysia pada tahun 2016, dan untuk Sekolah Menengah pada 2021, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan Perdana Menteri berkata mesyuarat Kabinet Jumaat turut memutuskan untuk membenarkan murid sekolah rendah yang sedang mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sepenuhnya, bahasa Malaysia sepenuhnya atau dalam kedua-dua bahasa untuk meneruskannya sehingga ke Tingkatan Lima.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran membuat pengumuman itu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini Jumaat.
Semalam, Muhyiddin memaklumkan bahawa beliau akan membuat penjelasan terperinci pada hari ini mengenai bagaimana kedudukan PPSMI dan bagaimana Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkasakan Bahasa Inggeris (MBMMBI) akan dilaksanakan, khususnya yang berkaitan peralihan berikutan keputusan kerajaan untuk memansuhkan PPSMI.
Kabinet pada 2009 sudah membuat keputusan yang PPSMI tidak akan diteruskan.
--------------
Pelaksanaan penuh pada 2021
KERAJAAN pada tahun 2009 telah mengambil keputusan untuk memansuhkan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dan menggantikannya dengan Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI).
Dengan pemansuhan PPSMI, murid di sekolah rendah akan mengikuti pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Malaysia di Sekolah Kebangsaan, bahasa Cina di SJKC (Sekolah Jenis Kebangsaan Cina) dan bahasa Tamil di SJKT (Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil). Di sekolah menengah, bahasa Malaysia akan digunakan sepenuhnya dalam pengajaran Matematik dan Sains.
Untuk membolehkan murid menyesuaikan diri dengan perubahan bahasa dalam tempoh peralihan dasar, Mesyuarat Jemaah Menteri pada bulan Julai 2009 juga telah membenarkan Kementerian Pelajaran melaksanakan pendekatan soft-landing.
Berdasarkan keputusan tersebut, Kementerian Pelajaran pada tahun 2010 telah menetapkan dasar MBMMBI dimulakan pada tahun 2011 di mana murid Tahun 1 pada tahun ini mengikuti pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Malaysia sepenuhnya. Sebagai langkah intervensi untuk mempercepatkan proses peralihan daripada bahasa Inggeris ke bahasa Malaysia di semua peringkat persekolahan, kementerian juga memutuskan bermula tahun 2012, murid Tingkatan 1 akan mengikuti pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Malaysia sepenuhnya.
Bagaimanapun, peralihan kepada bahasa Malaysia pada Tingkatan 1 bermula tahun hadapan telah menimbulkan kerisauan ibu bapa kerana dibimbangi anak-anak mereka yang telah mengikuti pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Inggeris selama enam tahun di sekolah rendah tidak dapat menyesuaikan diri dengan peralihan bahasa secara mendadak.
Kalau pergi kedai buku kebanyakkan buku adalah dalam bahase inggeris. Adalah lebih baik jika translate BM semua buku2 itu.
BalasPadamSemoga usaha ini akan berjaya dan dapat melahirkan pelajar2 yang berdaya saing.
BalasPadamapa keputusan harap ia benar2 berkesan dalam meningkatkan martabat pendidikan negara.
BalasPadamdan harap lebih ramai pelajar cemerlang akan dihasilkan selepas ini.
BalasPadamKerajaan dan Kementerian pendidikan perlulah mengambil tindakan yang terbaik untuk masa depan pelajar dan juga negara.
BalasPadamHarap kerajaan akan membuat pertimbangan yang sewajarnya dan janganlah mengambil keputusan dengan terburu-buru.
BalasPadamSuara rakyat mengenai isu ini harus diambil kira juga.
BalasPadamBe consistent. Learn from the best.
BalasPadamberdasarkan pelaksanaan PPSMI sebelum ini, hanya 3% sahaja yang dapat manfaat. majoriti yang lain terus ketinggalan dalam menguasai bidang matematik dan sains. jadi apa logiknya PPSMI ini diteruskan? lebih baik kerajaan fokus dengan kaedah lain yang lebih berkesan bagi meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dikalangan pelajar sebelum menjadikannya sebagai bahasa rasmi untuk subjek matematik dan sains..
BalasPadamjika hari ini ramai pihak yang membantah penghapusan PPSMI, kenapa tidak ketika muncul gerakan mansuhkan PPSMI??
BalasPadamkajian pasti telah dibuat terlebih dahulu sebelum membuat sesutu keputusan.
BalasPadamharap keputusan yang dibuat memberikan manfaat kepada semua pelajar..
BalasPadamapakah rasionalnya PPSMI dimansuhkan dan digantikan dengan MBMMBI semula? adakah PPSMI sebelum ini tidak berjaya?
BalasPadampelajar perlu menguasai kedua-dua BM dan BI agar sebarang perubahan dapat mereka sesuaikan dan terima dengan baik.
BalasPadamHarap perlaksanaan ini akan berjalan dengan lancar. Ini demi masa depan pelajar itu sendiri.
BalasPadamSetiap keputusan semestinya ada perbincangan dibuat oleh pihak-pihak tertentu. Harap ini adalah keputusan yang terbaik untuk semua.
BalasPadam