Khamis, November 17, 2011

PDRM BELUM TERIMA LAPORAN DARI SPRM - KPN

image---------------------------

NFC: Kami belum terima laporan lagi, kata IGP

SHAH ALAM, 17 Nov ― Tan Sri Ismail Omar berkata beliau belum menerima sebarang laporan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan isu projek kontroversial Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC), yang dikaitkan dengan keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

“Setakat ini, saya belum menerima apa-apa lagi,”

kata beliau kepada pemberita ketika ditemui pada majlis sambutan Deepavali di ibu pejabat polis kontinjen Selangor di sini.

Ketua Polis Negara (gambar) kelihatan terkejut apabila diminta mengulas isu itu sambil memberitahu perkara berkenaan merupakan kes SPRM.

Bagaimanapun apabila dikatakan bahawa SPRM sudah memindahkan isu berkenaan kepada polis, Ismail berkata beliau perlu meneliti perkara tersebut sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.

Isnin lalu, SPRM berkata agensi itu tidak boleh menyiasat kes pembelian kondominium menggunakan dana projek NFC, sebaliknya menyerahkan polis.

Katanya aduan berkaitan hanya boleh disiasat di bawah Kanun Keseksaan.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan, SPRM berkata setelah diteliti aduan diterima minggu lalu, Bahagian Perundangan dan Pendakwaan telah mengaklasifikasikan perkara tersebut di bawah kesalahan Kanun Keseksaan dan bukannya satu kesalahan di bawah bidang kuasa suruhanjaya sepertimana termaktub dalam Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM).

“Sehubungan itu, SPRM telah diminta merujuk aduan tersebut kepada pihak polis. Ia juga selaras dengan nasihat daripada Lembaga Penasihat dan Pencegahan Rasuah yang meminta SPRM tidak menjalankan siasatan selain daripada kesalahan di bawah ASPRM 2009,” kata suruhanjaya.

Khamis lalu, PKR mendakwa NFC telah membayar RM10 juta bagi membeli kondominium milik National Meat and Livestocks Corporation Sdn Bhd (NMLC).

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berkata apartmen mewah di One Menerung, Bangsar itu direkodkan oleh NFC, projek ternakan lembu yang dikurniakan kepada keluarga Shahrizat, sebahagian daripada “pinjaman” RM83 juta disalurkan kepada NMLC.

“Mereka kata akaun pinjaman RM250 juta bagi projek ini diteliti dengan ketat. Adakah kondominium ini bagi lembu untuk tinggal,” katanya.

Saifuddin berkata sebanyak RM9,758,140 telah dipindahkan dari akaun NFC di CIMB cawangan di Taman Tun Dr Ismail di sini kepada Bandar Raya Developments Berhad pada 2 Disember 2009 sebagai bayaran penuh hartanah itu.

Pada hari yang sama, anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR Fariz Musa juga membuat laporan mengenai pendedahan salah laku pecah amanah di NFC, di pejabat SPRM Shah Alam.

--------

SPRM RUJUK DAKWAAN PENYELEWENGAN DANA PROJEK LEMBU NFC DIGUNAKAN BELI KONDO MEWAH BERHARGA RM9.8 JUTA KEPADA PDRM

--------

Kes NFC kini disiasat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial

"Kita baru dapat laporan daripada SPRM semalam. Pengarah JSJK Datuk Syed Ismail Syed Azizan dan pasukannya sedang meneliti laporan... (tengok) apa kesalahan dia... CBT (pecah amanah), penipuan dan sebagainya. Siasatan awal telah kita mulakan,”

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar

18/11/2011 5:36pm

14 ulasan:

  1. Harap SPRM dan pihak polis akan bekerjasama dengan baik untuk menutup kes.

    BalasPadam
  2. Semoga isu NFC ini boleh ditangani dengan baik oleh pihak yang terbabit.

    BalasPadam
  3. Pastinya laporan itu sedang disiapkan oleh pegawai yang di tugaskan.

    BalasPadam
  4. Saya secara peribadi memuji usaha dan keprihatinan pihak polis untuk menyiasat kes ini.

    BalasPadam
  5. SPRM dan PDRM kena bekerjasama dlam menyiasat kes ini.

    BalasPadam
  6. harap kes ini dpt diselesaikan segera.

    BalasPadam
  7. Kalau tiada laporan macam mana PDRM mahu menyiasat.

    BalasPadam
  8. Harap SPRM ini boleh bekerjasama dengan PDRM dalam kes seperti ini.

    BalasPadam
  9. Kita tunggulah selepas perkara ini disiasat dengan lebih lanjut lagi.

    BalasPadam
  10. harap pekara ini akan ditangani dengan sebaiknya..

    BalasPadam
  11. nobody is above the law. yang salah tetap salah walaupun ada jawatan dan kedudukan yang tinggi.

    BalasPadam
  12. pembelian kondominium itu dibuat Lembaga Pengarah kerana ada dana yang tidak digunakan untuk projek pusat penyembelihan yang tertangguh disebabkan faktor bukan kesalahan NFC. bukankah tindakan melabur dalam nilai hartanah ini merupakan tindakan yang bijak??

    BalasPadam
  13. hartanah itu adalah atas nama syarikat dan tidak akan memberi kelebihan atau kekayaan kepada individu persendirian. malah keuntungan daripada sewa kondominium itu akan dikreditkan kedalam kumpulan NFC, bukan persendirian..

    BalasPadam
  14. Mungkin SPRM masih memerlukan penyiasatan lebih dan terperinci mengenai perkara ini. Harap SPRM akan memberikan keputusan secepat mungkin.

    BalasPadam