Rabu, November 16, 2011

KERAJAAN SABAH SETUJU BUKA SEMULA KOUTA PEKERJA ASING DI TUJUH SEKTOR PERKHIDMATAN

Kerajaan Sabah Setuju Buka Semula Kouta Pekerja Asing Di Tujuh Sektor Perkhidmatan

KOTA KINABALU, 16 Nov (Bernama) -- Kerajaan Sabah bersetuju membuka semula kuota pekerja asing melibatkan tujuh subsektor perkhidmatan di negeri ini.

Ini termasuk pekerja kedai makan (restoran), pembantu kedai runcit, pekerja kedai tayar, pekerja pembersihan dan pencucian, pencuci kenderaan bermotor, pekerja bengkel kenderaan bermotor serta pekerja kedai dobi.

Ini dinyatakan dalam satu kenyataan akhbar Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri di sini pada Rabu

Berikutan keputusan itu, semua majikan dari subsektor perkhidmatan berkenaan boleh memohon kuota pekerja asing dengan mengemukakan permohonan rasmi kepada Setiausaha Kerajaan Negeri.

19 ulasan:

  1. Harap pembukaan kouta Pekerja asing ini boleh membantu menyelesaikan masalah kekurangan pekerja dalam sektor sektor di atas.

    BalasPadam
  2. Tapi, pastikan pekerja asing ini semua mempunyai pas bekerja sah dan bukan pendatang tanpa izin.

    BalasPadam
  3. Adakah ini tidak menganggu usaha kita untuk membentersas PTI?

    BalasPadam
  4. Semoga keputusan ini tidak membawa masalah baru kepada rakyat tempatan.

    BalasPadam
  5. jika ambil pekerja asing kena ada had. pekerja tempatan juga kena diutamakan.

    BalasPadam
  6. tapi sebelum itu, pastikan tiada lagi PATI.

    BalasPadam
  7. pastikan majikan yang mengambil pekerja asing mematuhi kuota dan peraturan yang ditetapkan.

    BalasPadam
  8. harap ianya akan diuruskan dengan teliti..

    BalasPadam
  9. Apa kebaikan atau relevan keputusan ini dibuat?

    BalasPadam
  10. Nampaknya orang tempatan pun kena bersaing kerja dengan warga asing.

    BalasPadam
  11. kalau boleh hadkan jumlah pekerja asing.. bila lagi kerjaan mahu galakkan majikan ambil pekerja tempatan?? kalau sudah terdesak sangat barulah ambil pekerja asing..

    BalasPadam
  12. Peluang lebih baik bagi kepada penduduk Tempatan sendiri untuk mengisi kekosongan tersebut.

    BalasPadam
  13. rakyat tempatan pun jangan la terlalu memilih pekerjaan jika masih belum memiliki kemahiran..

    BalasPadam
  14. Harap majikan akan mengambil pekerja yang mempunyai dokumen sah sahaja.

    BalasPadam
  15. cuba tanya penduduk Sabah terutama yang bergelar graduan yang dikatakan ramai menganggur, siapa antara mereka yang akan sanggup bekerja sebagai pekerja kedai makan (restoran), pembantu kedai runcit, pekerja kedai tayar, pekerja pembersihan dan pencucian, pencuci kenderaan bermotor, pekerja bengkel kenderaan bermotor serta pekerja kedai dobi?

    BalasPadam
  16. kalau penduduk tempatan sendiri dapat memenuhi sektor2 ini pastinya kerajaan tidak akan membawa masuk pekerja asing dalam negara ni. Jangan fikir juga majikan tempatan ni semuanya jujur dan mahu membantu selesaikan masalah PATI. antara mereka ada juga yang lebih suka ambil PATI sebab boleh digaji murah malah kalau dibandingkan dengan warga asing yang ada dokumen pasport, mereka akan lebih memilih PATI. sebab apa?PATI tak perlu direnew dokumen tiap tahun dan majikan tidak perlu keluar duit.

    BalasPadam
  17. Harap kerajaan akan memastikan pekerja asing ini mempunyai dokumen sah untuk bekerja di tempat kita.

    BalasPadam
  18. Harap kuota ini boleh membantu mengisi keperluan pekerja dalam sektor-sektor ini.

    BalasPadam