Khamis, November 17, 2011

USAHA HIDUPKAN GERAKAN MILITAN DI SABAH?

image----------------------

KPN: Ada Usaha Hidupkan Kembali Gerakan Militan Di Sabah

KUALA LUMPUR Nov 17, 2011: Polis mengesahkan wujudnya usaha untuk menghidupkan kembali gerakan militan di Sabah dengan penahanan 13 anggota kumpulan itu sejak Isnin lepas.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, kegiatan anggota militan terbabit jika tidak dibendung boleh mengancam dan menggugat keselamatan negara.

"Berdasarkan kepada risikan dan siasatan yang telah dijalankan oleh pihak polis, didapati ada usaha-usaha untuk menghidupkan kembali gerakan militan di Sabah.

"Hasil daripada siasatan dan pemantauan rapi itu, pada 14 hingga 16 November lepas, polis telah melancarkan operasi dan menangkap tujuh warganegara Malaysia dan enam warganegara asing," katanya dalam kenyataan di sini, Khamis.

Ismail berkata, kesemua mereka kini ditahan di Sabah di bawah Seksyen 73 (1) Akta Keselamatan Dalam Negeri (AKDN) 1960.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan identiti dan nama kumpulan militan itu.

Hari ini, media massa melaporkan polis telah menahan 13 anggota militan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan Abu Omar yang juga dikenali sebagai kumpulan Kaltim dan berpangkalan di Kalimantan.

Menurut akhbar, kumpulan militan berkenaan menggunakan Tawau sebagai lokasi transit untuk pengumpulan senjata yang diperoleh dari selatan Filipina.

--------------

3 Tersangka Teroris Diduga Jaringan Kaltim

Motif Jaringan Kelompok Teroris Abu Omar Masih Misterius

16 ulasan:

  1. Harap masalah ini boleh ditangani dengan cara yang terbaik tanpa menjejaskan keselamat rakyat tempatan.

    BalasPadam
  2. Masalah pengganas dalam negeri ini memang menakutkan, harap tiada masalah besar yang wujud nanti.

    BalasPadam
  3. jika mereka ditahan kerana ada kaitan dgn militan, mmg patut penahanan tersebut dilakukan.

    BalasPadam
  4. jgn biarkan militan wujud di negara kita, keselamatan dan keamanan negara harus dikekalkan.

    BalasPadam
  5. Selamatlah kerana kumpulan ini baru kecil, masalah akan berlipat kali ganda jika kumpulan ini telah berkembang.

    BalasPadam
  6. Kepada rakyat Sabah jangan mudah tertipu dengan apa yang mereka perjuangkan. sentiasalah berfikiran positif!

    BalasPadam
  7. Sabah yang aman damai jangan dihuru-harakan.

    BalasPadam
  8. Harap keamanan di Sabah tidak akan terjejas disebabkan perkara ini.

    BalasPadam
  9. Kita tunggulah dan lihat bagaimana nanti, harap semuanya berjalan lancar.

    BalasPadam
  10. harap pekara ini akan ditangani dengan sebaiknya..sebarang kegiatan yang militan harus dicegah.

    BalasPadam
  11. semoga semuanya dapat dikawal dan diuruskan dengan sebaiknya.

    BalasPadam
  12. rupanya 13 orang yang ditahan tu cuba untuk mewujudkan kembali gerakan militan. bahaya ni.

    BalasPadam
  13. makin bahaya pula Tawau ni. macam mana senjata api boleh dibawa masuk dengan senang dari Filipina?

    BalasPadam
  14. memang patutpun mereka ditangkap dibawah akta ISA..

    BalasPadam
  15. tahniah kepada pihak polis dan teruskan usaha menjaga keamanan negara ini.. abaikan apa sahaja spekulasi yang ditimbulkan oleh beberapa pihak yang tidak berpuashati dengan penangkapan ini..

    BalasPadam
  16. Inilah yang kita tidak mahu berlaku. Perkara ini perlu dibendung terlebih dahulu sebelum mengancam keamanan dan keselamatan negara.

    BalasPadam