Selasa, November 15, 2011

SYARIKAT NFC SENDIRI PERLU JELASKAN ISU PUSAT LEMBU FEEDLOT SECEPAT MUNGKIN

Muhyiddin Cadang NFC Sendiri Beri Penjelasan Isu Pusat Fidlot

PUTRAJAYA, 15 Nov (Bernama) -- Tan Sri Muhyiddin Yassin (kiri) berkata syarikat yang diterajui anggota keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (kanan) perlu tampil memberi penjelasan berhubung isu membabitkan Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).

Timbalan Perdana Menteri berkata penjelasan itu perlu kerana pada masa ini, banyak perkara dan maklumat berkaitan NFC telah didedahkan dan ia menimbulkan persoalan kepada rakyat.

"Sekarang ini telah dijelaskan oleh kerajaan...mungkin satu peringkat, itu terserah kepada pihak yang terlibat untuk memberi penjelasan supaya kedudukannya lebih jelas difahami oleh masyarakat (umpamanya) bagaimana isu itu timbul, bagaimana nak tangani, bagaimana soal situasi industri ternakan dan respon kepada Laporan Ketua Audit Negara...itu terserah kepada mereka," katanya kepada pemberita di sini hari ini selepas diminta mengulas mengenai gesaan Anggota Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin, supaya Shahrizat meletak jawatan berikutan pembabitan ahli keluarganya dalam isu NFC.

Muhyiddin berkata isu NFC itu telah dijelaskan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar (kiri) minggu lepas dan perkara itu sepatutnya diterima baik oleh pihak-pihak berkaitan.

Ditanya mengenai gesaan Bung Moktar (kanan) supaya Shahrizat meletakkan jawatan atau memberikan penjelasan mengenai isu tersebut, Timbalan Perdana Menteri berkata : "Seruan Bung itu saya fikir tak perlulah sangat. Soal-soal sebegini khusus di kalangan kita sama kita (anggota Barisan Nasional) kerana ia tidak secara langsung menyatakan Shahrizat terlibat.

"Sebenarnya, ini soal operasi perniagaan yang diuruskan oleh keluarga tetapi Shahrizat sendiri tidak terlibat," katanya.

image Di KUALA LUMPUR, bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi (kanan) mencadangkan agar Pengerusi Eksekutif NFC, Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail (kiri) yang merupakan suami Shahrizat, memberi penjelasan kepada Anggota Parlimen mengenai isu itu.

"Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail perlu beri taklimat, penerangan dan menjawab mengenai isu-isu yang timbul serta tuduhan yang dilemparkan kepada mereka, (umpamanya) berapa banyak duit, ke mana duit itu dibelanjakan...Itu yang diperlu ditanya terus kepada mereka yang terlibat," katanya pada pemberita selepas merasmikan seminar "Sains dan Nilai : Isu-isu Kontemporari dan Jalan Penyelesaian" di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Ketika diminta mengulas isu pembelian kondominium mewah menggunakan wang NFC, Abdullah berkata itu antara soalan baik yang perlu ditanya sendiri kepada Mohamad Salleh.

NFC yang dilantik kerajaan sebagai integrator projek ternakan lembu kebangsaan dengan modal dana berjumlah RM250 juta, didakwa menggunakan dana itu untuk membeli kondominium bernilai RM9.8 juta di Bangsar

Mengenai desakan agar Shahrizat meletak jawatan, Abdullah berkata itu tidak wajar.

"Apa kena mengena Shahrizat dalam isu ini? Ini soal suami dia. Kalau Sharizat yang jadi Ketua Pegawai Eksekutif syarikat tersebut, bolehlah tanya tetapi jelas dia tidak terlibat. Tidak adillah melibatkan beliau," katanya.

14 ulasan:

  1. Betul, biarlah syarikat NFC dan pihak-pihak yang terbabit untuk menjelasan kes ini.

    BalasPadam
  2. Baik kita tunggulah dan lihat bagaimana mereka akan menangani masalah ini.

    BalasPadam
  3. Suami beliau harus memberikan penjelasan itu. Hal ini harus diselsaikan dengan segera agar tidak melibatkan individu lain.

    BalasPadam
  4. Jika didapati bersalah, hukuman harus dikenakan.

    BalasPadam
  5. kita tunggu penjelasan dari NFC.

    BalasPadam
  6. Shahrizat perlu memberi penjelas agar semua pihak jelas dan berpuas hati dengan penjelasan tersebut.

    BalasPadam
  7. Macam mana pun kena la mengadakan sidang media agar segala persoalan boleh disoal dan dijawab terus oleh pihak mereka sendiri.

    BalasPadam
  8. jika keluarga Shahrizat tidak tampil memberikan penjelasan, kita terpaksa tunggu hasil siasatan SPRM dan PDRM.. biar mereka yang jelaskan perkara sebenar..

    BalasPadam
  9. saya rasa walau macam mana sekalipun penjelasan yang diberikan, jika bertentangan dengan dakwaan atau tuduhan pihak pembangkang, penjelasan itu tetap tidak akan diterima..

    BalasPadam
  10. sebaiknya jika syrikat NFC sendiri yang memberikan penjelasan berhubung pekara ini.

    BalasPadam
  11. biarlah suami Shahrizat memberi penjelasan tentang perjalanan perniagaan berhubung NFC. lagipun dia pengerusi eksekutif syarikat tersebut.patut dia tau..

    BalasPadam
  12. harap semua persoalan akan terjawab nanti.

    BalasPadam
  13. Itulah yang terbaik sekarang. Berikan penjelasan mengenai masalah dalam NFC itu sendiri.

    BalasPadam
  14. berikan bukti yang tepat dan betul untuk menutup mulut pembangkang itu. Berikan semua penyata aliran perbelanjaan untuk projek tersebut.

    BalasPadam