Isnin, Jun 14, 2010

BN PERLU BUKTIKAN KEPADA RAKYAT BAHAWA BN SUDAH BERUBAH DAN TIDAK LAPOK

BN Harus Ambil Pendekatan Baru Perjuang Hak Semua Kaum

KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu para pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) mengambil langkah proaktif membuat transformasi politik dalaman parti masing-masing supaya seiring dengan keperluan masa kini.

Beliau juga mengingatkan para pemimpin BN bahawa mereka tidak boleh lagi selesa dengan cara pendekatan lama, sebaliknya mengambil usaha baru, termasuk memperjuangkan hak dan kepentingan untuk semua rakyat tanpa mengira kaum dan latarbelakang.

Beliau berkata ini perlu memandangkan pendekatan lapuk tidak lagi mendapat sokongan rakyat kini.

"Kita tidak boleh lagi ambil usaha yang sama seperti yang kita buat 10, 20 tahun yang lalu. Masa telah berubah, harapan (rakyat) juga berubah, dan ini memerlukan pendekatan yang baru," katanya

"Kita perlu buktikan kepada rakyat yang pendekatan diguna BN juga berubah. Rakyat mahu pendekatan baru, mereka mahu setiap komponen parti memperjuangkan untuk semua kaum di negara ini," katanya semasa merasmikan Konvensyen Parti Progresif Rakyat (PPP) Wilayah Persekutuan 2010 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini.

Timbalan Perdana Menteri berkata transformasi politik ini juga penting bagi mendokong pelbagai agenda transformasi kerajaan seperti Model Baru Ekonomi dan Program Transformasi Kerajaan sedang dilaksanakan yang bertujuan meningkatkan taraf sosio-ekonomi rakyat serta melonjakkan negara ke status ekonomi maju.

Muhyiddin turut menekankan perpaduan dalaman parti, yang katanya bukan hanya bagi mengukuhkan BN untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang, malah apa yang lebih penting ialah bagi membolehkan meneruskan usaha membela nasib rakyat.

"Itu sebab soal transformasi politik mesti sehaluan dengan transformasi kerajaan.

"Sekiranya tidak, apa juga usaha yang dibawa oleh pimpinan kerajan tidak mungkin dapat tercapai matlamatnya sekiranya transformasi politik tidak berlaku dalam masa yang sama," katanya.

Sehubungan itu, beliau juga mahu semua lapisan pemimpin BN mengambil berat dan mendalami agenda transformasi kerajaan, khasnya kandungan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) yang dibentangkan Perdana Menteri Khamis lepas.

23 ulasan:

  1. perlu ada transformasi luaran dan dalaman sesuai dengan keadaan rakyat dan negara pada masa ini. diharapkan ada perkembangan dan perubahan positif selepas ini jika kerajaan benar2 berusaha membela nasib rakyat.

    BalasPadam
  2. yup, lakukan transformasi seiring dengan keperluan masa kini. semoga ianya membuahkan hasil seperti yang diingini rakyat.

    BalasPadam
  3. Ya, sememangya banyak yang perlu dilakukan jika BN hendak menarik balik hati pengundi.

    BalasPadam
  4. BN perlu melakukan transformasi untuk mendapatkan sokongan rakyat, rakyat kini inginkan sesuatu yang baru. BN perlu memahami kehendak rakyat.

    BalasPadam
  5. jika BN nak mendapatkan sokongan rakyat, BN perlulah memahami kehendak rakyat, kepentingan rakyat hendaklah diutamakan. tranformasi perlu dilakukan dalam BN.

    BalasPadam
  6. Bn perlu lakukan perubahan jika nak terus disokong rakyat.

    BalasPadam
  7. BN perlu membuat transformasi politik dalaman dan luaran parti masing-masing supaya seiring dengan keperluan masa kini.

    BalasPadam
  8. Saya bersetuju para pemimpin tidak boleh duduk selesa dengan cara pendakatan lama, sebaliknya proaktif dalam memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat tanpa mengira kaum, bangsa dan agama.

    BalasPadam
  9. Transformasi politik ini juga penting dalam mendokong pelbagai agenda transformasi kerajaan seperti Model Baru Ekonomi dan Program Transformasi Kerajaan sedang dilaksanakan yang bertujuan meningkatkan taraf sosio-ekonomi rakyat serta melonjakkan negara ke status ekonomi maju dan perlu berterusan.

    BalasPadam
  10. Ya saya amat setuju yang mana BN perlu mengambil pendekatan baru dalam memenangi semula hati rakyat, di samping meningkatkan imej BN.

    BalasPadam
  11. If BN is meant for everyone then it has to prove it.

    BalasPadam
  12. BN pasti boleh melakukan sesuatu untuk rakyat. jadi yakinkan rakyat yang BN boleh memimpin dengan baik dan mementingkan rakyat.

    BalasPadam
  13. Setiap parti pasti mempunyai matlamat yang sama iaitu menyakinkan rakyat bahawa semua janji2 harus dikotakan.

    BalasPadam
  14. betul..BN mestilah menjadi pentadbir yang baru untuk menolong rakyatnya. tindakan ini adalah untuk memberi kepercayaan dan meyakinkan kepada rakyat tentang BN dan kerajaan.

    BalasPadam
  15. Make sure every single thing that you've done is proven to be the best.

    BalasPadam
  16. Inilah baru boleh mendapat sokongan rakyat. BN perlu menunjukkan bahawa mereka telah berubah untuk menjadi lebih baik dan boleh memajukan negara.

    BalasPadam
  17. apa yang saya lihat, jentera-jentera tua BN yang enjinnya sudah berkarat patut di 'service' atau dihantar ke kedai 'besi buruk' saja kerana jentera-jentera tua ni penyebab kepada kejatuhan BN...

    BalasPadam
  18. memang betul rakyat perlukan suatu perubahan dan dahagakan pembangunan yang direalisasikan...kalau setakat air liur dan manis mulut saja yang ditabur...maka 'alamatlah'...

    BalasPadam
  19. sudah sampai masanya rakyat tidak diperbodohkan dan jentera-jentera penggerak BN harus kerja kuat. jangan setakat ikut apa yang disuruh, sekali buat permohonan dan ditolak..terus lemah semangat dan tidak mampu menjanjikan yang terbaik untuk rakyat. kalau tidak mampu memikul tanggung jawab, lebih baik bagi ja jawatan anda pada orang lain

    BalasPadam
  20. tidak perlu ada transformasi besar2an, seperti biasa rakyat hanya mahu supaya kerajaan menjiwai suara rakyat.. perihatin dengan keperluan, hak2 dan permasalahan rakyat..

    BalasPadam
  21. Yes, prove it to us that BN has changed. We want to see solid actions.

    BalasPadam
  22. Buktikan, jangan tak buktikan.

    BalasPadam