Rabu, November 09, 2011

ISU RM250 JUTA PUSAT FIDLOT LEMBU NATIONAL, SUDAH HABIS DIKELUARKAN ATAU BELUM & WHERE'S THE BEEF?

Isu Pusat Fidlot Nasional 'panas'

image 

KUALA LUMPUR 8 Nov. - Isu pinjaman RM250 juta kepada National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFC) yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan projek Pusat Fidlot Nasional 'panas' apabila berlaku pertikaman lidah antara penyokong kerajaan dan pembangkang dalam sesi penggulungan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di Dewan Rakyat hari ini.

Ia berpunca daripada dakwaan Saifuddin Nasution Ismail (PKR-Machang) bahawa pinjaman RM250 juta itu telah diserahkan sepenuhnya kepada syarikat berkenaan apabila fakta tersebut diperolehinya melalui carian maklumat kunci kewangan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Selain itu, pihak pembangkang turut membangkitkan isu sama ada akaun pinjaman RM250 juta tersebut berstatus akaun khas atau sebaliknya.

Ia berikutan kenyataan Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) dalam sesi perbahasan yang menyatakan bahawa berdasarkan pemahaman beliau pinjaman itu merupakan akaun khas dan tidak boleh dikeluarkan tanpa kelulusan pihak-pihak tertentu.

Berhubung dua isu berkenaan, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar menjelaskan, dakwaan yang dibangkitkan Saifuddin itu tidak benar kerana di dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010 jelas menunjukkan terdapat baki pinjaman di dalam akaun berjumlah RM115.28 juta.

"Berdasarkan laporan audit tersebut, sebanyak RM134.72 juta telah diserahkan kepada syarikat terlibat dan angka-angka itu direkodkan sehingga Disember 2010. Oleh itu, laporan audit itu telah mengesahkan masih terdapat baki pinjaman," katanya ketika sesi penggulungan bagi pihak kementeriannya yang sebelum itu dibahaskan di peringkat jawatankuasa.

Berhubung percanggahan fakta antara laporan audit dan SSM seperti yang dibangkitkan oleh Saifuddin, Noh berkata, pihaknya akan mendapatkan laporan rasmi daripada SSM.

Dalam pada itu, Noh menegaskan, pinjaman tersebut tidak diberikan secara sewenang-wenangnya kepada syarikat tersebut sebaliknya ia tertakluk kepada kelulusan jawatankuasa teknikal.

"Saya tidak tahu apa status akaun ini tetapi apa yang penting pengeluaran pinjaman tidak dibuat secara sewenang-wenangnya. Ia masih tertakluk kepada kelulusan jawatankuasa teknikal," katanya.

14 ulasan:

  1. Harap mereka yang terlibat dalam isu NFC ini boleh tampil memberi penjelasan mengenai perkara ini.

    BalasPadam
  2. Pastikan perkara ini disiasat secara menyeluruh untuk memastikan kejadian sebenar.

    BalasPadam
  3. hal ini perlu diberi penjelasan agar semua pihak atau hal sebenar.

    BalasPadam
  4. jika ia tak diperjelaskan, isu ini akan terus dimainkan.

    BalasPadam
  5. pembangkang sengaja menimbulkan percanggahan dan cuba mengelirukan rakyat.. sebenarnya sejurus selepas kelulusan daripada Kementerian Kewangan untuk pinjaman sejumlah RM250 juta itu. Ia telah dimasukkan kedalam sebuah akaun khas di atas nama NFC namun dikawal selia dengan ketat oleh Kerajaan.

    BalasPadam
  6. berdasarkan laporan audit, baki pinjaman di dalam akaun berjumlah RM115.28 juta dan sebanyak RM134.72 juta telah diserahkan kepada syarikat terlibat dan angka2 itu direkodkan sehingga Disember 2010. Jika laporan Ketua Audit Negara bagi kedudukan Disember 2010 menyatakan bahawa masih ada baki, masakan pembangkang boleh terus mengatakan bahawa pada Disember 2009, kesemuanya telah disalurkan. ini menunjukkan sikap pembangkang yang suka memusingkan fakta..

    BalasPadam
  7. pembangkang membuat dakwaan ini untuk mendapat perhatian umum. dakwaan2 yang jelas memperlihatkan kelemahan dari segi fakta, hujah dan dasar.

    BalasPadam
  8. rasanya pekara ini sudah diperjelaskan...

    BalasPadam
  9. sekarang ni banyak isu yang cuba dimainkan..jadi kita pandai-pandailah menilai..

    BalasPadam
  10. pembangkang memang sering mencari kelemahan kerajaan.

    BalasPadam
  11. Tentu saja hal ini akan menjadi isu, lebih2 lagi bila syarikat keluarga menteri yang dapat tender.

    BalasPadam
  12. Pembangkang seboleh-bolehnya mahu buat semua perkara pun jadi isu. Bila sudah twist the fact, rakyat pun mula terpengaruh.

    BalasPadam
  13. Mungkin pembangkang sengaja memainkan isu ini. Carilah fakta dan bukannya khabar angin.

    BalasPadam
  14. Pembangkang tidak menyuarakan diparlimen isu ini tapi diluar parlimen. Kenapa tidak tanya dalam parlimen biar semua dengar kata-kata pembangkang itu sendiri dan biar kita dengar apa penjelasan dari kementerian pertanian.

    BalasPadam