Rabu, November 09, 2011

BUNG MOKHTAR GELISAH SEBAB TAK DAPAT PULANG AWAL?

Bung Mokhtar Gelisah Sidang Dewan Rakyat Hingga Larut Malam

image KUALA LUMPUR Nov 9, 2011: Persidangan Dewan Rakyat yang berlarutan sehingga lewat malam sejak tirai dibuka pada 3 Oktober lepas akhirnya menimbulkan rasa gelisah di kalangan anggota Parlimen.

Datuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) berkata anggota Parlimen seolah-oleh dikerah bekerja lebih masa dan tidak mengikut waktu pejabat seperti orang lain.

"Kita masuk dewan 10 pagi, balik 10.30 malam. Orang lain ikut waktu pejabat, kita tidak ikut. Elaun tidak juga naik. Ini yang masalah,"

katanya selepas Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusop mengusulkan peraturan mesyuarat agar persidangan hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga pukul 10.30 malam.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang bertindak selaku speaker pada ketika itu berkata bukan sahaja anggota Parlimen yang pulang lewat malah beliau dan dua orang timbalan speaker lain turut terlibat.

Katanya persidangan tidak akan berlarutan sehingga lewat malam sekiranya wakil-wakil rakyat boleh berhujah dengan penuh disiplin dan tidak 'mencuri' masa lebih dari yang ditetapkan.

"Kalau kita kata 10 minit, 10 minitlah tak payah diingatkan. Kalau masing-masing ikut peraturan itu kita semua akan balik awal. Saya pun impi untuk balik awal," katanya sambil disambut dengan ketawa oleh beberapa wakil rakyat sebelum Dewan berhenti rehat untuk makan tengah hari.

16 ulasan:

  1. Bersabarlah Bung Moktar, tugasan mesti didahulukan.

    BalasPadam
  2. Jika semua wakil boleh menggunakan masa dengan lebih efektif, maka semua bolehlah pulang tepat masa.

    BalasPadam
  3. kerja sebagai wakil rakyat mmg mcm tu, tak perlulah nak mengeluh.

    BalasPadam
  4. persidangan itu pasti akan habis cepat jika mereka pandai menggunakan masa.

    BalasPadam
  5. inilah pengorbanan yang diperlukan untuk menjadi pemimpin..

    BalasPadam
  6. jadi wakil-wakil rakyat perlulah berhujah dalam masa yang ditetapkan..

    BalasPadam
  7. para wakil rakyat bertugas untuk rakyat.. untuk membantu rakyat tidak patut timbul soal waktu bekerja ketana rakyat memerlukan bantuan pada bila2 masa..

    BalasPadam
  8. saya harap komitmen mana2 wakil rakyat terhadap persidangan seperti ini yang gemar menitik beratkan masa berbanding dengan objektif persidangan tidak terbawa2 ketika melaksanakan aktiviti turun padang..

    BalasPadam
  9. macam gelagat pelajar sekolah pula yang asyik ingin pulang awal dan mahu banyak cuti.

    BalasPadam
  10. tiap kali persidangan mesti ada saja yang dihalau keluar. memang benarlah segelintir mereka tidak berdisiplin semasa berhujah.

    BalasPadam
  11. This is what you have to 'pay' when you become a MP. Sacrifice.

    BalasPadam
  12. Betul juga apa yang dikatakan oleh Pandikar.

    BalasPadam
  13. kena kasi naik elaun ada pula pihak yang menolak dan mempertikaikan kenaikan elaun.

    BalasPadam
  14. Kualiti kerja harus ada. elaun yang sedia ada tu memang tu bayar para MP.

    BalasPadam
  15. Ikutlah ketetapan masa..Itulah yang perlu jika tidak mahu balik lewat lagi.

    BalasPadam
  16. Kalau ikut elaun yang ada ini sudah cukup untuk MP. Elaun tinggi tapi kalau tidak buat kerja susah jugakan. Jadi biar kata orang nampak usaha kerja MP.

    BalasPadam