Blogger Mohon Maaf Kepada Rais
KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) -- Seorang penulis blog yang disaman oleh Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim Selasa memohon maaf kepada beliau secara terbuka berhubung artikel yang memfitnah menteri itu.
Dalam satu kenyataan bersama yang dibaca di Mahkamah Tinggi oleh peguam K Shanmuga yang mewakili penulis blog berkenaan, Ahmad Mutalib Mohamed Daud, berkata Ahmad Mutalib sesal menerbitkan artikel berkenaan dan secara ikhlasnya memohon maaf kepada Rais.
Katanya Ahmad Mutalib telah memberi pengakuan bahawa beliau tidak akan mengulangi dakwaan serupa atau sebarang tuduhan terhadap Rais.
Sebelum itu, peguam Shahabudin Sheikh Alaudin yang mewakili Rais, berkata bahawa Ahmad Mutalib mengakui yang tuduhan yang dibuatnya adalah tidak berasas.
Hakim Amelia Tee Hong Geok Abdullah kemudian membatalkan saman itu tanpa mengeluarkan perintah berhubung kos.
Pada 10 Feb lepas, Rais memfailkan saman berkenaan setelah empat artikel yang disifatkannya sebagai fitnah dimuat naik oleh Ahmad Mutalib dalam laman webnya, Sabahkini.
Dalam tuntutannya, Rais berkata beberapa perkataan dalam artikel itu berniat jahat dan berunsur fitnah serta menjejaskan reputasinya di peringkat negara dan antarabangsa sehingga menyebabkan beliau merasa malu dan tertekan.
-----
Sudah didakwa, apa lagi yang boleh buat kecuali meminta maaf.
BalasPadamHarap Datuk Rais akan besar hati menerima pemohonan maaf daripada blogger itu.
BalasPadamLepas ni Mutalib MD kena berhati-hati dengan penulisannya.
BalasPadamMenteri-menteri banyak pengaruh. Jangan sembarang buat cerita. Silap-silap kena saman juta-juta.
BalasPadamlain kali jangan buat lagi..
BalasPadambaguslah kalau sedar dengan kesilapan tu. Rais Yatim pasti akan menerima permohonan maaf tersebut dengan hati terbuka.
BalasPadamsemoga permohonan maafnya diterima.
BalasPadamlain kali jgn lagi menerbitkan artikel tanpa ada fakta yang kukuh.
BalasPadamlain kali berhati-hatilah bila menerbitkan artikel..
BalasPadamharap kesilapan seperti ini tidak akan berulang lagi pada masa akan datang..
BalasPadamSudah settle la tu. Diharap tidak akan berulang pada masa akan datang. Rasanya sudah ada keinsafan dalam diri.
BalasPadamkalau tidak sanggup kena saman berjuta2, berhati2 la sebelum membuat apa2 tuduhan..
BalasPadamNah fitnah lagi kalau berani. Kena saman lagi baru tahu.
BalasPadamJadi berikanlah berita yang fakta dan bukannya berunsur fitnah.
BalasPadam