Jumaat, September 30, 2011

PORTAL BERITA ‘THE MALAYSIAN INSIDER’ MOHON MAAF TERHADAP TAN SRI TAJUDDIN

Malaysian Insider Akui Siar Berita Tanpa Fakta Terhadap Tajudin

image

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Portal berita The Malaysian Insider hari ini mengemukakan permohonan maaf terhadap bekas Pengerusi Eksekutif Malaysia Airlines (MAS), Tan Sri Tajudin Ramli kerana penerbitan berita tanpa fakta dan berunsur fitnah.

Syarikat The Malaysian Insider Sdn Bhd, Ketua Pegawai Eksekutifnya Jahabar Sadiq dan wartawan Shazwan Mustafa Kamal menyerahkan surat kenyataan itu menerusi peguam mereka George Miranda di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Harminder Singh Dhaliwal di dalam kamar di sini.

Turut hadir peguam Lim Kian Leong yang mewakili Tajudin.

Di luar mahkamah, Miranda memberitahu pemberita bahawa kesemua pihak menandatangani surat kenyataan maaf itu dan selain kenyataan tersebut, beberapa terma lain turut dibincangkan tetapi tidak boleh didedahkan.

Melalui surat tersebut ketiga-tiga pihak menyatakan kekesalan mereka di atas segala kesulitan yang dialami Tajudin berikutan tersiarnya berita berkenaan.

Kesemua pihak juga bersetuju menarik balik berita yang disiarkan serta mengakui berita itu fitnah, tidak berasas dan tanpa sebarang fakta sahih.

Penyelesaian hasil rundingan di luar mahkamah ini adalah rentetan daripada permohonan saman Tajudin terhadap portal itu berjumlah RM200 juta pada 18 Ogos lepas.

Beliau menamakan syarikat The Malaysian Insider Sdn Bhd sebagai defendan pertama, Jahabar dan Shazwan sebagai defendan kedua dan ketiga.

8 ulasan:

  1. Lain kali siasat la dulu, jangan sembarang saja keluarkan berita. Silap haribulan gulung tikar nanti.

    BalasPadam
  2. semoga permohonan maafnya diterima dan dia benar2 ikhlas memohon maaf.

    BalasPadam
  3. macam mana ni boleh ada berita tanpa fakta? nasib baik memohon maaf dengan segera.

    BalasPadam
  4. Bukan semua yang sebuah portal berita itu adalah benar. Pembaca sekalian perlulah pandai membuat penilaian masing-masing.

    BalasPadam
  5. Harap penulis berita tidak akan membuat tuduhan tanpa bukti. Siasat dulu sebelum menulis.

    BalasPadam
  6. harap mereka tidak akan mengulangi kesilapan tersebut pada masa depan..

    BalasPadam
  7. kalau bukan sebab saman RM200 juta, saya yakin mereka tidak akan memohon maaf.. lain kali jangan main fitnah kalau takut kena saman..

    BalasPadam
  8. Kalau lain kali ada orang memberikan sumber tanpa fakta maka haruslah saman portal ini. Baru mereka tahu akibat kesalahan mereka.

    BalasPadam