Selasa, Oktober 04, 2011

BLOGGER MUTALIB MD SABAHKINI MOHON MAAF

Blogger Mohon Maaf Kepada Rais

imageKUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) -- Seorang penulis blog yang disaman oleh Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim Selasa memohon maaf kepada beliau secara terbuka berhubung artikel yang memfitnah menteri itu.

Dalam satu kenyataan bersama yang dibaca di Mahkamah Tinggi oleh peguam K Shanmuga yang mewakili penulis blog berkenaan, Ahmad Mutalib Mohamed Daud, berkata Ahmad Mutalib sesal menerbitkan artikel berkenaan dan secara ikhlasnya memohon maaf kepada Rais.

Katanya Ahmad Mutalib telah memberi pengakuan bahawa beliau tidak akan mengulangi dakwaan serupa atau sebarang tuduhan terhadap Rais.

Sebelum itu, peguam Shahabudin Sheikh Alaudin yang mewakili Rais, berkata bahawa Ahmad Mutalib mengakui yang tuduhan yang dibuatnya adalah tidak berasas.

Hakim Amelia Tee Hong Geok Abdullah kemudian membatalkan saman itu tanpa mengeluarkan perintah berhubung kos.

image

Pada 10 Feb lepas, Rais memfailkan saman berkenaan setelah empat artikel yang disifatkannya sebagai fitnah dimuat naik oleh Ahmad Mutalib dalam laman webnya, Sabahkini.

Dalam tuntutannya, Rais berkata beberapa perkataan dalam artikel itu berniat jahat dan berunsur fitnah serta menjejaskan reputasinya di peringkat negara dan antarabangsa sehingga menyebabkan beliau merasa malu dan tertekan.

-----

PORTAL BERITA ‘THE MALAYSIAN INSIDER’ MOHON MAAF

14 ulasan:

  1. Sudah didakwa, apa lagi yang boleh buat kecuali meminta maaf.

    BalasPadam
  2. Harap Datuk Rais akan besar hati menerima pemohonan maaf daripada blogger itu.

    BalasPadam
  3. Lepas ni Mutalib MD kena berhati-hati dengan penulisannya.

    BalasPadam
  4. Menteri-menteri banyak pengaruh. Jangan sembarang buat cerita. Silap-silap kena saman juta-juta.

    BalasPadam
  5. lain kali jangan buat lagi..

    BalasPadam
  6. baguslah kalau sedar dengan kesilapan tu. Rais Yatim pasti akan menerima permohonan maaf tersebut dengan hati terbuka.

    BalasPadam
  7. semoga permohonan maafnya diterima.

    BalasPadam
  8. lain kali jgn lagi menerbitkan artikel tanpa ada fakta yang kukuh.

    BalasPadam
  9. lain kali berhati-hatilah bila menerbitkan artikel..

    BalasPadam
  10. harap kesilapan seperti ini tidak akan berulang lagi pada masa akan datang..

    BalasPadam
  11. Sudah settle la tu. Diharap tidak akan berulang pada masa akan datang. Rasanya sudah ada keinsafan dalam diri.

    BalasPadam
  12. kalau tidak sanggup kena saman berjuta2, berhati2 la sebelum membuat apa2 tuduhan..

    BalasPadam
  13. Nah fitnah lagi kalau berani. Kena saman lagi baru tahu.

    BalasPadam
  14. Jadi berikanlah berita yang fakta dan bukannya berunsur fitnah.

    BalasPadam