Kastam Nafi Rosmah Beli Cincin AS$24 Juta
KUALA LUMPUR Oktober 4, 2011: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mengesahkan tiada sebarang pembelian cincin bernilai AS$24 juta oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata cincin kontroversi berkenaan turut dikembalikan kepada syarikat pemunya cincin itu selepas beberapa hari.
"Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merujuk kes berkenaan kepada JKDM dan pihak mereka mengesahkan bahawa tiada sebarang pembelian ke atas cincin tersebut," katanya dalam jawapan bertulis diDewan Rakyat pada Selasa.
Beliau menjawab soalan yang dikemukakan Lim Lip Eng (DAP-Segambut) yang ingin mengetahui status siasatan pihak polis dan SPRM berhubung dakwaan pembelian cincin tersebut.
Bagaimanapun menurut Mohamed Nazri, kes berkenaan tidak berada di bawah bidang kuasa SPRM kerana suruhanjaya itu hanya menjalankan siasatan bagi kes rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewenganseperti mana dalam peruntukan Akta SPRM 2009.
Sebelum ini, Rosmah turut menafikan mengenai pembelian cincin berkenaan dan menyifatkan dakwaan tersebut sebagai fitnah.
Samada betul ataupun tidak, Tuhan paling jelas.
BalasPadamBerapa kamu kena bagi untuk tutup mulut ni?
BalasPadamThe truth will be revealed one day.
BalasPadamRosmah pun sudah bagi penjelasan tapi masih juga ada keraguan.
BalasPadambikin keliru cerita pasal cincin ni. apa cerita sebenarnya?
BalasPadampenjelasan sudah diberikan, jadi cincin ini tidak seharusnya menjadi isu lagi.
BalasPadamsekarang ini lebih baik jika semua fokus terhadap isu lain yang lebih penting kepada rakyat.
BalasPadamHarap isu ini akan mendapat penyelesaikan yang sewajarnya.
BalasPadamlagi bagus jika ada penjelasan tentang bagaimana cincin itu boleh singgah di Malaysia..
BalasPadamapa2pun yang penting cincin itu bukan berada di jari Rosmah, malah telah pun dikembalikan kepada syarikat pemilik cincin tersebut..
BalasPadamNampaknya tidak ada bukti yang kukuh menuduh cincin itu ada pada Rosmah.
BalasPadamBaguslah kalau cincin itu sudah dipulangkan kepada empunya. Maksudnya disini cincin pinjam sekejap saja. Bukannya beli pun.
BalasPadam