1.3 Juta Pati Dibenar Bekerja Di Lima Sektor Pekerjaan - Hishammuddin
KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) -- Lima sektor pekerjaan kini dibenarkan mengambil seramai 1.3 juta pekerja asing tanpa izin (PATI) yang berdaftar di bawah Program Penyelesaian Menyeluruh Menangani Pekerja Asing Tanpa Izin (Program 6P) bagi mengisi kekosongan dalam sektor berkenaan.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata lima sektor berkenaan yang dibenarkan dalam dasar semasa kerajaan ialah perkilangan, perladangan, pertanian, pembinaan dan 15 jenis pekerjaan dalam sektor perkhidmatan.
"Saya yakin 1.3 juta PATI ini yang tidak mempunyai majikan sebelum ini dapat disalurkan kepada lima sektor ini,"
katanya kepada pemberita selepas mengadakan mesyuarat bersama Pengarah Imigresen Negeri di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini Selasa.
Katanya beliau dimaklumkan keperluan tenaga pekerja asing dalam lima sektor tersebut kini melebihi 1.3 juta pekerja.
Menurutnya 1.3 juta PATI itu adalah sebahagian dari jumlah keseluruhan 2.3 juta pendatang asing yang berdaftar dalam Program 6P lalu.
Hishammuddin berkata tindakan susulan untuk menawarkan dan membahagikan pekerjaan kepada mereka terletak di bawah tanggungjawab kementerian yang relevan dengan lima sektor berkenaan.
Dalam pada itu, Hishammuddin berkata "post-mortem" fasa kedua Program 6P iaitu pemutihan akan dibuat esok dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Muhyiddin Yassin serta dianggotai oleh 14 kementerian dan agensi.
Antara perkata penting yang akan dibincangkan sama ada proses pemutihan itu akan mengguna pakai Dasar Penggajian Pekerja Asing Semasa atau dasar khas khusus untuk proses pemutihan, katanya.
Hishammuddin juga berkata pihak berkuasa akan memberi perlindungan keselamatan sepanjang masa kepada Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Malaysia, A.K.M. Atiqur Rahman berikutan ugutan yang diterimanya dari pihak tertentu.
Ugutan itu dipercayai berikutan keputusan Pesuruhjaya Tinggi itu tidak membenarkan ejen untuk mendaftar warga Bangladesh di bawah program 6P.
"Dengan adanya Pesuruhjaya Bangladesh bekerjasama rapat dengan kita, kita dapat mendaftarkan seramai 400,000 warga Bangladesh sama ada yang masuk secara sah atau tidak dalam negara ini," katanya.
Terdahulu, dalam perjumpaan itu, Hishammuddin meminta Jabatan Imigresen mengadakan perbincangan dengan agensi-agensi berkaitan bagi mengesan dan menahan PATI dan majikan yang gagal berdaftar melalui Program 6P tersebut.
------
MTUC Gesa Pembekuan Kemasukan Pekerja Asing
"Kita takut memandangkan begitu ramai buruh asing yang murah, orang tempatan akan diketepikan kerana majikan memilih mereka,"
Naib Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia A. Balasubramaniam
Ramainya. Adakah Malaysia memerlukan PATI yang ramai. Bilangan tersebut sangat ramai.
BalasPadamAgihkan kepada setiap negeri jangan hanya tertumpu di Sabah saja. Di Sabah sudah ramai PATI, sesak.
BalasPadamBeruntunglah ni PATI. Tiada kerja, dibagi kerja lagi. Tapi kalau masih buat jenayah sana sini, bagus tidak payah tolong.
BalasPadam1.3 juta PATI itu untuk di SM saja atau mahu dihantar ke Sabah lagi? Tolonglah jangan.
BalasPadambegitu ramai PATI tiada kerja, lebih baik mereka ni disuruh balik sahaja.
BalasPadamlebih baik utamakan penduduk tempatan untuk mengisi peluang pekerjaan.
BalasPadamlepas ni PATI yang 1.3 juta ni mau minta status kerakyatan pula.
BalasPadambukankah PATI ini disuruh balik dulu ke negara mereka?
BalasPadamPastikan mereka sudah mengikuti program 6P itu sebelum diserap balik.
BalasPadamHarap selepas program pemutihan ini, lebih banyak masalah akan dapat ditangani.
BalasPadamsebaiknya usaha untuk menarik minat warga tempatan dilakukan untuk mengisi kekosongan yang ada.
BalasPadamdiharapkan, jumlah warga asing yang berada dinegara kita akan dapat dikurangkan dari masa ke masa.
BalasPadamkenapa tidak diarahkan pulang ke negara asal?? lagilah tertutup peluang pekerjaan di negara ini jika tidak ada kawalan terhadap kemasukan warga asing.. sepatutnya kerajaan mencari inisiatif lain bagi menggalakkan rakyat tempatan mengambil alih kerja2 yang dimonopoli oleh warga asing..
BalasPadamjika inilah hasilnya, bermakna tujuan pelaksanaan program 6P bukan untuk menyelesaikan masalah pendatang haram yang semakin meningkat di negara ini, tetapi sekadar menyelesaikan masalah pendatang haram yang masih tidak memiliki dokument yang sah untuk terus menetap di negara ini..
BalasPadammemandangkan keputusan ini dibuat oleh menteri di persekutuan, adalah wajar bagi saya agar semua PATI yang berdaftar dibawah program 6P ini ditempatkan dimana2 sektor yang memerlukan di semenanjung..
BalasPadamHarap kawal kemasukkan pekerja asing di Negara kita ini. Jika tidak pasti akan berlaku lebihan warga asing.
BalasPadamBagi pekerja asing tanpa majikan sebelum ini memang perlu diserapkan kepada pekerjaan yang ada majikan. Ini bagi memudahkan pengurusan kehadiran warga asing ini.
BalasPadam