BUMBURING UNDUR KERANA KERAJAAN TIDAK JUJUR?
TIMBALAN Presiden UPKO, Datuk Wilfred Mojilip Bumburing yang mengumumkan keputusan untuk tidak mempertahankan jawatannya dalam pemilihan parti akan datang bukan sahaja untuk memberi peluang kepada pemimpin muda semata-mata; malah melahirkan rasa kecewa kerajaan Kerajaan Malaysia tidak jujur kepada rakyat Sabah.
“Untuk apa saya kekal dalam parti dan jika dipilih lagi sebagai Ahli Parlimen atau Adun; sedangkan suara rakyat Sabah yang mendesak penubuhan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (SSD) tidak langsung diendahkan Kerajaan Persekutuan?”
kata Bumburing dalam temuramah khas dengan Sabahkini.net, kelmarin.
Kata Bumburing, adalah lebih baik bagi beliau menghabiskan sisa hidupnya bersama keluarga, terutama ibu tersayang yang memerlukan perhatian lebih setelah kematian bapanya sedikit masa lalu.
“Saya memilih untuk melibatkan diri dalam Amanah, sebuah NGO sebagai salah seorang Timbalan Presiden setelah bersara daripada politik,” kata Bumburing yang menolak kemungkinan menyertai sebuah parti politik lain atau pembangkang.
Bersara daripada politik, kata Bumburing, adalah noktah terakhir untuk seorang pejuang yang merasakan Kerajaan Persekutuan tidak pernah mempedulikan aspirasi rakyat Sabah; terutama kesungguhan untuk menyelesaikan isu pendatang asing yang meranjau Sabah sejak zaman berzaman.
“Keadaan sekarang semakin meruncing dan kronik. Kerajaan Persekutuan bukan sahaja gagal menyelesaikan isu PATI di Sabah; terutama yang mendapat kerakyatan secara tidak sah; malah berbangga dengan jolokan ‘Fixed Deposit’,” kata Bumburing yang teramat kesal kerana Memorandum yang beliau hantar kepada Menteri Dalam Negeri tidak mendapat reaksi positif.
Kata Bumburing, ramai pemimpin Sabah telah menyuarakan isu PATI di Parlimen; tetapi Kementerian Dalam Negeri menafikan dakwaan PATI mendapat kerakyatan Malaysia dan meminta bukti.
“Apabila saya menghantar bukti sahih yang diperlukan melalui Memorandum kepada KDN, mereka hanya menjawab memerlukan masa untuk mengkaji. Berapa masa yang mereka perlukan, sedangkan masalah ini sudah berlarutan sejak 1972 lagi? Apakah saya perlu mendedahkan memorandum sulit berkenaan kepada rakyat jelata barulah KDN mahu mengambil tindakan?,” tanya Bumburing yang jengkel dengan sikap acuh tidak acuh Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussien.
Bumburing turut kecewa dengan pendirian UPKO yang mengambil sikap berkecuali dengan tidak memberikan sebarang komitmen berhubung memorandum yang beliau sampaikan kepada KDN; yang diakui menjadi salah satu sebab utama beliau membuat keputusan untuk tidak mempertahankan jawatannya dalam UPKO.
Kata Bumburing, “tidak ada gunanya lagi jika kita tidur satu bantal, tetapi mimpi lain-lain.”
----
mmg diharapkan agar SSD ditubuhkan untuk selesaikan masalah PATI.
BalasPadamjika Bumburing undur diri,adakah perjuangannya untuk ramai terus berhenti?
BalasPadamWilfred Bumburing perlulah kekal untuk memperjuangkan hak rakyat Sabah.
BalasPadamDaripada Chin Su Phin, saya lebih sokong Bumburing.
BalasPadamok, kalau Bumburing kata pengundurannya dalam pemilihan parti akan datang adalah satu manifestasi ketidak-puasan hatinya dengan kerajaan kerana permintaannya untuk suruhanjaya diraja tidak dilayan, mengapa tidak terus menarik diri daripada bertanding dalam mana kerusi parlimen atau dun pada masa depan? kan mesej yg ingin disampaikannya lebih kuat jika beliau berbuat demikian??
BalasPadamMacam rasa kecewa pula Datuk Bumburing tidak bertanding.
BalasPadamTidak perlu mempersoalkan tindakan beliau. Harap keputusan yang beliau ambil adalah yang terbaik.
BalasPadamKesihan beliau tidak kerana tidak ada sokongan kuat dari pemimpin2 Sabah yang lain. Inilah orang2 Sabah bila sudah berada di atas benda2 untuk kepentingan bersama tidak akan diendahkan.
BalasPadamJika Bumburing dapat mempertimbangkan lagi keputusan beliau saya fikir adalah lebih bagus....
BalasPadamkeputusan Datuk Wilfred Mojilip Bumburing untuk berundur perlu dihormati..
BalasPadamkeputusan Datuk Wilfred tu bukan bermakna beliau akan mengundur diri dalam memperjuangkan hak2 orang Sabah. pasti dia akan berjuang melalui saluran2 lain.
BalasPadamtertanya2 pula tentang memorandum sulit yang dimaksudkan oleh Datuk Wilfred.
BalasPadamsepatutnya cadangan penubuhan RCI dipertimbangkan. usahakan apa saja cara yang ada untuk menghapuskan PATI di Sabah.
BalasPadamBiarlah Bumburing berehat dalam bidang politik. Bagi peluang untuk orang muda lagi mencaburi dalam politik ini.
BalasPadamPada padangan saya, Bumburing memikirkan rasa kecewa kerana apa guna berjuang jika suara wakil tidak didengar langsung. Cadangan RCI yang selama ini diperjuangkannya tidak diterima langsung. Rasanya Bumburing perlulah juga memikirkan perkara yang positif terlebih dahulu kenapa kerajaan persekutuan tidak meluluskan cadangan RCI ini.
BalasPadamMungkin keputusan Datuk Wilfred Mojilip Bumburing yang mengumumkan keputusan untuk tidak mempertahankan jawatannya dalam pemilihan parti itu mungkin agak mengecewakan pihak lain. Tapi kita perlu menghormati keputusan yang diberikan.
BalasPadam“Saya memilih untuk melibatkan diri dalam Amanah, sebuah NGO sebagai salah seorang Timbalan Presiden setelah bersara daripada politik,”
BalasPadamHarap lebih banyak golongan masyarakat mendapat bantuan dan perhatian selepas Bumburing menyertai Amanah.
Masyarakat seharus menghormati keputusan Bumburing.
BalasPadamLets the younger generation to take over and injet new blood in line with the development plan of the state and country.
BalasPadamKalau bertujuan untuk bersuara atau berkhidmat untuk rakyat Sabah, tidak semestinya melalui politik tetapi banyak lagi saluran yang dapat mengusahakan lebih banyak untuk rakyat Sabah juga.
BalasPadam"Apakah saya perlu mendedahkan memorandum sulit berkenaan kepada rakyat jelata barulah KDN mahu mengambil tindakan?,"
BalasPadamWhat is that about? People are very keen to know and has it's right to know..
patutnya Datuk Wilfred tunggu dulu sehingga program 5P selesai.. jika program itu masih tidak mampu menyelesaikan masalah PATI ini, mungkin pada waktu itu kerajaan tidak mempunyai cara lain selain menubuhkan SSD.
BalasPadamJanganlah kita membesarkan isu ini......
BalasPadamKasilah bumburing berehat, tiba masa bagi orang muda pula.
BalasPadameveryone should respect his decision, it could be better.
BalasPadamTapi sayanglah tak ada bumburing..
BalasPadamtak nak SSD lahhh
BalasPadam