WILFRED TERIMA CABARAN HISHAMUDDIN!
Oleh: MUTALIB M.D
IBARAT kata pepatah, jika takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Begitulah iltizam Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Wilfred Mojilip Bumburing sebelum mengemukakan soalan kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin berhubung isu pendatang asing yang diberikan taraf kerakyatan songsang di Sabah.
“Saya terima cabaran Datuk Seri Hishamuddin demi masa hadapan Sabah dan keselamatan generasi akan datang. Saya akan mengemukakan bukti yang beliau kehendaki dalam masa yang terdekat; bukan kerana saya menentang dasar kerajaan, tetapi ingin membela kepentingan Sabah dalam Persekutuan Malaysia,” ujar Wilfred dalam pertemuan khas dengan Editor Sabahkini.net di sebuah hotel terkemuka kelmarin.
Tidak dapat tidak, kata Wilfred, beliau wajib tampil dengan bukti yang melampaui keraguan munasabah demi kepentingan seluruh rakyat Sabah yang diranjau masalah kerakyatan songsang sejak 1972 lagi dan kini semakin parah ekoran kehadiran generasi kedua, ketiga dan seterusnya yang dilahirkan oleh mereka yang mendapat kerakyatan songsang.
“Dalam hal ini, saya bukan mencabar Datuk Seri Hishamuddin tetapi beliau mencabar saya dan seluruh rakyat Sabah untuk membuktikan dan mendedahkan X-Files yang menjadi kebimbangan kami selama ini,” ujar Bumburing yang menegaskan bahawa isu ini bukan lagi menjadi rahsia lagi di Sabah dan telah menjadi isu nasional kerana ratusan ribu mereka yang mendapat kerakyatan songsang kini berhijrah ke Semenanjung Malaysia dan Negara luar.
Kerakyatan songsang ini, kata Wilfred, bukan sahaja melibatkan pendatang tanpa izin atau pendatang haram Filipina, Pakistan dan Indonesia, malah warganegara China dan India yang telah mendominasi ekonomi dan politik tempatan Sabah.
“Saya amat berbesar hati sekiranya Datuk Seri Hishamuddin dapat menyelesaikan masalah yang menjadi trauma kepada rakyat Sabah selama ini kerana semua Menteri Dalam Negeri sebelum ini yang gagal menyelesaikan masalah tersebut secara tuntas kerana tidak ada ‘political will’.
Dengan kesungguhan Hishamuddin mencabar beliau, kata Wilfred, membuktikan keikhlasan Hishamuddin untuk menjaga Sabah yang diberi jolokan sebagai ‘Fixed Deposit’ Barisan Nasional dan menyuci dosa pemimpin lalu yang mengabaikan keluhan rakyat Sabah.
Krisis identiti dan kerakyatan songsang kata Wilfred telah memasuki fasa kronik sehingga melibatkan tapisan keselamatan menjadi longgar kerana telah terbukti mereka yang mendapat kad pengenalan projek sudah boleh menjadi Adun dan isteri kepada Ahli Parlimen.
“Beri peluang dan sedikit masa kepada saya untuk menyediakan bukti nyata yang selama ini menjadi bom jangka di Sabah. Semoga rakyat Sabah bersama saya,” ujar Wilfred yang memerlukan sokongan moral daripada Anak Jati Sabah yang selama ini dihimpit dengan pelbagai isu yang berpunca daripada kerakyatan songsang yang telah menafikan hak mereka memilih kerajaan mengikut kemahuan diri dan menjurutera masa hadapan mereka sendiri.
Apabila siap kelak, kata Wilfred, beliau akan mengemukakan bukti tersebut untuk dianalisa oleh semua Ahli Parlimen di Dewan Rakyat sebagai pemudah cara untuk menyelesaikan isu kerakyatan songsang secara holistik dan bijaksana.
----
inilah semangat dan tindakan yang dinanti2 oleh rakyat Sabah selama ini.. semoga Datuk Wilfred dapat mengemukakan bukti2 tersebut dan seterusnya mengambil tindakan susulan bagi menangani masalah ini.
BalasPadamkita tunggu bukti2 tersebut dan apa tindakan yang bakal diambil oleh kerajaan. saya harap ianya bukan sekadar cakap2 kosong.
BalasPadamharap Datuk Wilfred akan tunjukkan bukti itu dgn secapat mungkin, tindakan perlu diambil segera bagi menangani isu kerakyatan songsang di sabah ini.
BalasPadamsecara peribadi, saya harap Datuk Wilfred akan dapat mengumpul bukti serta fakta yang sahih berhubung dengan isu ini..isu ini telah menjadi 'menyelimuti' sabah sekian lama..semoga Datuk wilfred berjaya dalam usaha beliau..rakyat sabah sentiasa bersama dengan Datuk..
BalasPadamHopefully Datuk Wilfred is able to find the evidence.. It will truly help Sabah a lot.
BalasPadamharap dgn adanya bkti yang akan dikemukakan oleh Datuk Wilfred, ia aka ndapat membuka mata oranga ramai mengenai masalah kewarganegaraan songsang yang wujud di sabah.
BalasPadampeluang dan sedikit masa yg diperlukan oleh beliau mungkin tidak diketahui bila sebenarnya bukti itu dapat diperolehi dan seterusnya dikemukakan di DRakyat. jgn biarkan rakyat menunggu terlalu lama hingga kes ini ditelan masa yg diperlukan dan lama-kelamaan janji tinggal janji. semoga dtk wilfred akan tampil utk mengotakan bukti2 tersebut. semoga berjaya!
BalasPadamdatuk wilfred arus menunjukkan bukti itu dengan Datuk Hishamuddin seceat mungkin. hak orang sabah haruslah dijaga. oleh itu, sekira bukti ada kerajaan akan cuba untuk menyelesaikan kes ini sebelum berleluasa.
BalasPadamDatuk Wilfred perlu menunjukkan bukti itu dgn segera. ia penting bagi menyelamatkan negeri Sabah daripada terus dibelenggu oleh warganegara songsang ini. rakyat sabah akan terus menyokong Datuk.
BalasPadamI agree, don't built your house by the sea if you are scare of being wash away by the wave.
BalasPadamrakyat sentiasa menyokong datuk untuk kebenaran. tolonglah sabah daripada hal ini. nanti rakyat sabah sendiri tidak hak di tempat sendiri jika ini berterusan. warga songsang mengusai.....
BalasPadamI hope evidence will be shown to Hishamuddin a.s.a.p. There is no time to waste as this is getting out of hand..
BalasPadamSemakin lama, semakin meruncing masalah MyKad ini. Semoga bukti dapat dikumpulkan secepat mungkin.
BalasPadamI hope an investigation will be carried out as soon as possible, it is no secret that the PTI problems are worsening every passing day, hope that actions will be taken to resolve this.
BalasPadamHarap perkara ini boleh mendapatkan penjelasan yang sewajarnya.
BalasPadam