Musa Ketepikan Cadangan Hadkan Tempoh Pegang Jawatan Ketua Menteri Kepada Dua Penggal
KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman mengetepikan cadangan Presiden Barisan Bersatu Borneo (UBF) Datuk Dr Jeffrey Kitingan kepada Kerajaan Persekutuan supaya menetapkan satu dasar kebangsaan yang mengehadkan tempoh memegang jawatan Perdana Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri, kepada hanya dua penggal.
"Mereka berhak menyuarakan pendapat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri rumah terbuka Aidilfitri Parti Bersatu Sabah (PBS) di Dewan Maksak dekat sini Ahad.
Musa, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, bagaimanapun enggan mengulas lanjut.
Jeffrey, bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang kini mengetuai badan bukan kerajaan iaitu UBF dan Yayasan Warisan Borneo, baru-baru ini dipetik sebagai berkata ingin menamatkan sistem yang diamalkan di negara ini sekarang yang membolehkan Perdana Menteri atau Ketua Menteri menjawat jawatan selama beberapa dekad.
"Kita seharusnya mencontohi negara-negara maju dan tidak mengikut jejak langkah negara yang mempunyai sejarah pemimpin berkhidmat terlalu lama," katanya.
Menurut bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri itu, jika seseorang pemimpin itu boleh digantikan setiap dua penggal, keseluruhan generasi tidak akan ketinggalan dalam proses membuat keputusan.
Sementara itu, Musa berkata rumah terbuka Hari Raya memberi peluang untuk saling kunjung mengunjung dalam kalangan anggota keluarga dan sahabat handai dalam semangat muhibbah.
------
Kita tengoklah bagaimana cadangan ini akan diterima nanti.
BalasPadamCadangan seperti ini perlulah dipertimbangkan dengan baik terlebih dahulu sebelum keputusan dibuat. Janganlah bertindak melulu.
BalasPadamRasanya mereka yang bekenaan perlu membincangkan hal ni.
BalasPadamdalam awal tahun ni telah ada cadangan untuk menghadkan tempoh berkhidmat seorang PM kepada dua penggal.
BalasPadamMenurut Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin pada bulan Februari lepas berhubung menghadkan kepada dua penggal untuk PM berkhidmat, banyak negara seperti Filipina menghadkan tempoh jawatan presiden namun tindakan tersebut tidak membawa kesan positif kepada pembangunan negara malah ianya lebih banyak membawa kesan kepada ketidakstabilan politik termasuk merencatkan kadar pertumbuhan ekonomi dan juga perancangan pembangunan yang lebih mampan dan berkesan.
BalasPadamTapi, pada ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad pula bersetuju dengan cadangan supaya tempoh perkhidmatan seseorang Perdana Menteri dihadkan kepada lapan tahun.
BalasPadamdiharap cadangan untuk hadkan tempoh dua penggal kepada PM,MB, dan KM yang ditimbulkan semula ini dapat dibincangkan dengan baik dengan mempertimbangkan baik dan buruknya.
BalasPadamdalam pekara ini memang pelbagai pandangan akan diterima.
BalasPadamapa pun, yang paling penting adalah PM, KM, atau MB menunjukkan prestasi yang baik dalam tugas..
BalasPadamia bergantung kepada pencapaian PM dan KM tersebut, jika pencapaian amat baik, tak salah jika khidmatnya diteruskan.
BalasPadamlagipn, kita sebagai rakyat ada kuasa untuk memilih pemimpin. mana2 pemimpin yang tidak baik kita boleh gugurkan.
BalasPadam"Menurut bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri itu, jika seseorang pemimpin itu boleh digantikan setiap dua penggal, keseluruhan generasi tidak akan ketinggalan dalam proses membuat keputusan."
BalasPadamSaya setuju dengan kata beliau, pemimpin seharus memberi peluang kepada orang lain untuk mentadbir selepas tamat tempoh khidmat selama 2 penggal, supaya negara bermaju dan mengikuti perkembangan semasa. Generasi muda berkemampuan membawa negara ke arah era baru.
The idea was good to limit the PM, MB, KM terms but I doubt how many of them would really study and be open minded to accept such proposal.
BalasPadam"Kita seharusnya mencontohi negara-negara maju dan tidak mengikut jejak langkah negara yang mempunyai sejarah pemimpin berkhidmat terlalu lama,"
BalasPadamBanyak negara telah mengguna cara penggantian pemimpin selepas tamat tempoh dan PM adalah berdasarkan undian oleh semua rakyat, konsep tersebut dibuktikan berkesan. Kami seharus mencontohi negara maju tersebut.
Setiap cadangan tidak harus dipinggirkan dan seharus dikaji selidik untuk mengetahui kebaikan dan keburukannya. Kami perlu menerima hakikat bahawa negara kami semakin di depan, dan tidak harus mengikut jejak lama dimana pemimpin berkhidmat terlalu lama. 2 penggal adalah amat mencukupi untuk membuktikan kebolehan seorang pemimpin.
BalasPadamSemua pihak diberi peluang untuk bersuara, cadangan-cadangan seharus diterima dan dikaji. Apakah kesan negatif jika PM dihadkan tempoh perkhidmatannya?
BalasPadambetul, semua pihak berhak menyuarakan pendapat masing2
BalasPadamJK telah pun menyuarakan pendapatnya...namun masing2 mempunyai pendapat tersendiri..
BalasPadamtempoh masa bukannya isu namun yang menjadi isu adalah perkhidmatan dan tanggungjawab pemimpin itu (KM/PM) kepada rakyat dan negara..tanggungjawab kepada rkayat harus menjadi fokus seperti yang selalu ditekankan oleh KM sabah.
BalasPadammungkin juga cadangan ini dibincangkan oleh pihak berwajib sebelum membuat sebarang keputusan..apa2 pun fokus kepada tanggungjawab kepada rakyat dan negara..
BalasPadamPerkara sebegini akan membantutkan ekonomi dan pembangunan sesebuah negeri jika menghadkan tempoh KM dan PM.
BalasPadamMenghadkan tempoh 2 penggal untuk KM? Saya tidak setuju dengan cadangan ini. Bairlah diteruskan selagi perjuangan relevan.
BalasPadamKeputusan masih belum diketahui lagi. Masih menunggu suara ramai bagi cadangan ini. Pengajaran pernah kita lalui untuk negeri Sabah sendiri. Pembangunan yang sangat lembap berlaku atas dasar pertukaran KM berlaku. Jadi kita tidak mahu perkara begini berlaku lagi.
BalasPadamAgree to Bosan. Sebenarnya tempoh pentadbiran bukannya isu tetapi kualiti pemimpin dan kualiti pentadbirannya menjadi persoalan dan tumpuan. Harap semua WR dapat melaksanakan tugas dantanggung jawab masing-masing.
BalasPadamCadangan tidak harus dikepetikan tetapi perlu dikaji denagn teliti samada cadangan tersebut lebih bermanfaat dan berfungsi dengan lebih keseluruhan jika dibandingkan yang terkini.
BalasPadamCadangan ini akan mengugat kedudukan banyak pemimpin-pemimpin yang lama berkhidmat. Sejauh mana mereka ini menerima cadangan tersebut akan menjadi satu cabaran untuk mereka juga. Tetapi, seharus diterima dengan hati yang terbuka jika cadangan "service terms" ini memang baik untuk perkembangan negara.
BalasPadamPertukaran KM seharus tidak menjadi satu masalah yang menyebabkan perkembangan menjadi lembap, seharus kerja "hand-over" perlu dijalankan dengan baik supaya orang baru dapat mengikuti perkembangan projek yang sedang dijalankan.
BalasPadamBanyak negara maju juga melaksanakan "tempoh 2 penggal" untuk PM, KM dll.. Seharus negara kami mengikuti jajak dan contoh baik yang berkemungkinan membawa negara ke arah yang lebih tinggi and maju.
BalasPadamberkuasa terlalu lama boleh menyebabkan pengaruh -ve seperti rasuah dan pelaburan wang haram tanpa dikesan dll .
BalasPadambiarlah suara ramai dlm parti yang menentukan samada cadangan untuk menghadkan tempoh 2 penggal kpd PM/MB/KM diterima secara +ve atau -ve.
BalasPadamrakyat Sabah mesti bijak memilih KM yg betul2 layak memegang jawatan ini
BalasPadamperlanjutan jawatan KM untuk penggal seterusnya juga bergantung kepada prestasi dan kewibawaannya memerintah negeri itu
BalasPadamTidak ada salahnya menyuarakan pendapat untuk kebaikkan bersama. Jadi cadangan mengenai menghadkan KM dan PM ini rasanya masih dalam perbincangan. Perkara ini juga perlulah dikaji terlebih dahulu bagi mengelak perkara yang lain berlaku.
BalasPadamSemestinya beliau akan membantah.
BalasPadamWell, good thing is hard to resist.
BalasPadambukankah jika tempoh PM, MB & KM dihadkan akan menjejaskan proses pembangunan di negara ini?? seperti yang kita sedia maklum, membangunakan sesebuah negara atau negeri memerlukan perancangan jangka panjang..
BalasPadamCriticism should not be take so damn serious.
BalasPadamWell, he knows better.
BalasPadamOm kada koingagau boh gia.
BalasPadamDont be disappointed.
BalasPadam