Subjek Sejarah Di Sekolah Kurang Tepat:Tun Mahathir
ALOR SETAR: Subjek Sejarah yang diajar di sekolah-sekolah dilihat kurang tepat kerana tidak mempunyai latar belakang perjuangan kemerdekaan, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata subjek itu tidak begitu tepat kerana salah satunya cerita mengenai peranan Tunku Abdul Rahman yang memperjuangkan kemerdekaan negara tidak banyak disebut dalam silibus subjek berkenaan.
"Ramai daripada generasi muda tidak begitu faham dengan sejarah dan asal-usul negara kerana ada percubaan untuk mengubah sejarah daripada fakta kepada khayalan,"
katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Pecah Tanah Dewan Centennial KSAH-SAHOCA di sini Ahad.
Beliau berkata kerana itulah kerajaan perlu menumpukan apa sebenarnya berlaku supaya tulisan tentang sejarah negara tidak dipengaruhi oleh kepentingan politik semasa.
"Bukan mengkaji semula sejarah tetapi perlu balik kepada benda yang benar. Sejarah sudah berlaku dan kita tidak boleh ubah sejarah dan apa yang berlaku dahulu...berlakulah," katanya mengulas kenyataan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada Jumaat.
Mohamed Khaled berkata sukatan pelajaran subjek sejarah peringkat sekolah akan dikaji semula selepas didapati beberapa fakta sebelum ini tidak lengkap dan terdapat percanggahan fakta mengenainya hasil kajian ahli falsafah dan teologi negara, Tan Sri Prof Syed Muhammad Naquib Al-Attas di dalam buku terbarunya 'Historical fact and fiction'.
Dr Mahathir berkata sekarang ini generasi muda menganggap bahawa perjuangan untuk kemerdekaan itu perkara biasa kerana mereka dilahirkan dalam sebuah negara yang sudah merdeka dan makmur.
"Jadi mereka (generasi muda) menganggap bahawa dalam mana-mana negara pun akan berlaku demikian, tapi kalau kita buat lawatan ke negara-negara lain yang mencapai kemerdekaan semasa kita mencapai kemerdekaan, kita akan dapati bahawa mereka tak dapat bangunkan negara mereka seperti Malaysia," katanya.
-----
Jangan Ubah Fakta Sejarah:Najib
-------
Kenapa Mahathir tidak pernah mengeluarkan apapa kenyataan bila beliau menjadi PM dulu?
BalasPadamHarap sejarah kita akan diperbetulkan supaya tidak terus menyebabkan kekeliruan.
BalasPadamterks buku sejarah kena dibuat semula dan ia mesti berpandukan fakta sejarah sebenar.
BalasPadamapa isu yang timbul atau kekeliruan yang timbul haruslah diselesaikan dan fakta sejarah harus difahami oleh semua.
BalasPadaminilah yang terjadi jika tulisan sejarah tu dipengaruhi oleh kepentingan politik. pelajar2 pun jadi mangsa.
BalasPadamharap perkara ini segera dihentikan dari terus dipolitikkan dan utamakan untuk mencari penyelesaiannya.
BalasPadamApa sudah jadi ni. Ini akan membuat generasi muda terkeliru.
BalasPadamKalau benar kurang tepat bagaimana pula sejarah semasa Mahathir memerintah Negara?
BalasPadamkenapa Tun M tidak buat pembetulan semasa beliau masih memegang kerusi Perdana Menteri? kenapa sekarang baru sedar?
BalasPadamkalau ikutkan mulut ahli2 politik, banyak sejarah malaysia yang telah kita pelajari tidak tepat.. saya rasa baik pakar2 sejarah sahaja yang buat kenyataan seperti ini kerana mereka lebih arif dalam bab2 sejarah..
BalasPadam