Jumaat, September 23, 2011

JABATAN IMIGRESEN NAFI LAPORAN MALAYSIA CHRONICLE & MALAYSIAN INSIDER

Jabatan Imigresen nafi pekerja asing dapat PR

PUTRAJAYA 22 Sept. - Jabatan Imigresen hari ini menafikan laporan laman web Malaysian Chronicle yang mendakwa jabatan itu menawarkan status penduduk tetap (PR) kepada pekerja warganegara Bangladesh untuk didaftarkan sebagai pengundi dalam pilihan raya umum akan datang.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Alias Ahmad berkata, laporan tersebut yang turut dipetik laman web Malaysian Insider tidak tepat sama sekali kerana kerajaan tidak meluluskan taraf PR sewenang-wenangnya.

Menurutnya, laporan tersebut turut dinafikan oleh Suruhanjaya Tinggi Bangladesh yang menyifatkan ia sebagai sesuatu yang palsu, tidak berasas dan direka.

''Peraturan Imigresen sedia ada tidak membenarkan pekerja asing yang memegang pas lawatan kerja sementara untuk memohon PR di negara ini.

''Dalam pada itu, warga asing yang memegang PR juga tidak layak untuk mendaftar sebagai pengundi," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Alias berkata, di bawah Akta Imigresen 1963, hanya suami atau isteri warga asing yang berkahwin dengan rakyat Malaysia berserta anak-anak berusia di bawah enam tahun dan menetap selama lima tahun berturut-turut di Malaysia layak memohon PR.

Katanya, permohonan turut dibuka untuk kumpulan pelabur, pakar serta golongan profesional yang diperakukan oleh agensi kawal selia.

''Pelabur yang memohon perlu mempunyai pelaburan simpanan tetap melebihi AS$2 juta (RM6.2 juta) di bank tempatan dan jumlah tersebut tidak boleh dikeluarkan untuk tempoh lima tahun," katanya.

''Namun pemohon yang mempunyai nilai pelaburan sekurang-kurangnya RM15 juta dalam bentuk aset boleh dipertimbangkan," katanya.

-----

13 ulasan:

  1. Harap perkara ini akan diselesaikan sebelum PRU-13 menjelang.

    BalasPadam
  2. Harap tiada warga asing yang akan mendapatkan IC di negara kita jika tidak layak.

    BalasPadam
  3. status PR takkan diberikan dgn sewenang-wenangnya.

    BalasPadam
  4. Suruhanjaya Tinggi Bangladesh juga menafikan laporan jabatan itu menawarkan PR kepada pekerja warganegara Bangladesh untuk didaftarkan sebagai pengundi.

    BalasPadam
  5. jadi, dari mana web Malaysian Chronicle mendapat maklumat berhubung perkara tu?

    BalasPadam
  6. walaupun adanya undang2 yang mengetatkan warga asing mendapat status penduduk tetap tapi tidak mustahil ada pihak yang akan menyalahgunakan kuasa mereka untuk memungkinkan perkara seperti ini berlaku.

    BalasPadam
  7. Can you trust 100% what had been reported? Of course no.

    BalasPadam
  8. Status kerakyatan tidak akan diberi dengan sewenang-wenangnya melainkan ada kepentingan?

    BalasPadam
  9. Jangan salah guna kuasa la weii...

    BalasPadam
  10. Sila ikut prosedur yang betul untuk memohon PR. Pegawai yang meluluskan PR sila ikut prosedur yang betul juga. Jangan makan dalam tak baik tau..

    BalasPadam
  11. Kita tidak pasti dari mana maklumat sebenar dakwaan ini. Adakah rekaan semata-mata oleh pihak lain.

    BalasPadam
  12. Bukan mudah rasanya untuk memperolehi status PR dan sebagai pengundi. Jadi janganlah cuba untuk memburukkan jabatan yang tidak bersalah.

    BalasPadam
  13. setahu saya yang menjadi mangsa tuduhan ialah spr, bukannya jabatan imigresen.. malah suruhanjaya tinggi bangladesh sendiri menyifatkanya kenyataan itu adalah palsu. sepatutnya tidak perlu ada pihak yang mempolitikkan kenyataan yang telah disahkan palsu.. cari la isu lain yang lebih menguntungkan rakyat.

    BalasPadam