Jumaat, September 23, 2011

KEADAAN SK LUBOH SANDAKAN AMAT BAHAYA DAN BERISIKO TINGGI MASIH TERPAKSA DIGUNAKAN OLEH MURID DAN GURU - JUSLIE

SK Luboh tidak selamat dirujuk Kementerian Pelajaran

JUSLIE Ajirol (tengah) menyatakan sesuatu kepada guru SK Luboh semasa melakukan tinjauan ke sekolah itu, kelmarin.

SANDAKAN 22 Sept. - Masalah struktur lantai bangunan bilik guru dan dua buah kelas di Sekolah Kebangsaan (SK) Luboh di sini, yang tidak selamat akan dikemukakan kepada Kementerian Pelajaran.

Ahli Parlimen Libaran, Datuk Juslie Ajirol berkata, keadaan itu amat berbahaya dan berisiko tinggi kerana pada masa ini ia masih digunakan oleh guru dan pelajar.

"Ini amat membimbangkan kerana sekolah ini hanya memiliki dua buah bangunan yang menempatkan 173 orang murid.

"Saya sendiri akan kemukakan masalah ini kepada Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau bangunan sekolah itu di sini, semalam.

Menurut Juslie, beliau akan menasihatkan pihak pentadbiran sekolah supaya berhati-hati semasa menduduki bangunan itu, termasuk segera mengosongkannya jika keadaan bertambah buruk.

Dalam pada itu, mengulas mengenai pembinaan bangunan Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) di Kampung Rancangan Luboh, kata beliau, ia tertangguh disebabkan beberapa masalah teknikal.

"Saya akan sekali lagi kemukakan permohonan pembinaan bangunan sekolah ini kepada kerajaan, ia amat penting demi kepentingan anak-anak untuk belajar agama," katanya.

7 ulasan:

  1. Ini yang menyukarkan kita, kerana apa-apa masalah perlu merujuk kepada kerajaan Persekutuan. Maka ini akan melambatkan proses. Berbeza kalau kerajaan Negeri mempunyai kuasa dalam pendidikan di Sabah. Maka tidak mustahil perkara sebegini akan lebih cepat diselesaikan.

    BalasPadam
  2. keadaan ini banyak dialami di sekolah2 pedalaman. mungkin jika mereka turun padang melihat sekolah2 di seluruh Sabah ada yang lebih teruk dari ini.

    BalasPadam
  3. ada sebuah sekolah ni yang kesnya tidak dapat memohon peruntukan untuk membina sekolah kerana tapak sekolah mereka bekas tapak syarikat pembalakan. kira gerannya masih belum tukar milik.

    BalasPadam
  4. Bagunan yang didapati tidak selamat patut dikosongkan serta merta.

    BalasPadam
  5. Harap Menteri pendidikan akan mengambil tindakan untuk menyelesaikan masalah ini. Jangan tunggu sehingga kemalangan berlaku.

    BalasPadam
  6. harap pembaikan akan dapat dilakukan secepat mungkin demi kepentingan pelajar..

    BalasPadam
  7. walaupun sekolah ini memiliki jumlah murid yang sedikit, itu tidak bermakna sekolah ini tidak memerlukan pembangunan atau penambahbaikkan.. sebelum berlaku apa2 kejadian yang tidak diingini, baik selesaikan masalah ini segera.

    BalasPadam