Berita Penuh Yang Mengandungi Permohonan Maaf Kompas Kepada Najib Dan Keluarga
JAKARTA, 22 Ogos (Bernama) -- Akhbar Kompas Ahad memohon maaf kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan keluarganya atas satu laporan yang disiarkan pada 4 Ogos lalu yang berunsur fitnah.
Berikut ialah berita sepenuhnya seperti yang tersiar di halaman 10 Kompas Minggu pada 21 Ogos.
PM Najib Razak: Demokrasi Juga Terjadi di Malaysia
Oleh Jimmy S Harianto
Ada sekitar setengah jam Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menerima kedatangan Kompas di ruang kerjanya di Kementerian Kewangan Malaysia, Putrajaya, Khamis (18 Ogos) tengah hari itu.
Selain membicarakan tulisan yang dimuat Kompas pada 4 Ogos, yang ternyata memberi kesan besar di Malaysia, tengah hari itu Kompas juga melakukan wawancara khas berkaitan dengan hubungan Indonesia-Malaysia.
"Saya terperanjat dengan muatan tulisan tersebut. Sebab faktanya, saya tahu itu tidak benar sama sekali," kata Najib.
"Apa lagi hal ini menyangkut nama Ketua Kerajaan negara jiran yang mana hubungan kita itu amat penting sekali," kata Najib lagi.
Tulisan yang ternyata memberi kesan besar di Malaysia itu, menurut Pejabat Perdana Menteri, rupanya dimanfaatkan untuk kepentingan politik tertentu. Diperbanyak, dibuat salinan foto dan disebar ke desa-desa di seluruh pelusuk negeri jiran itu dalam rangka pilihan raya umum, yang bukan tidak mungkin akan diadakan dalam waktu terdekat.
"Boleh diadakan tahun ini, boleh tahun depan, boleh pula tahun 2013," kata Najib.
Tulisan itu dinilai merugikan pihak kerajaan kerana ia antara lainnya telah mengaitkan pemilikan syarikat Perimekar Sdn Bhd dengan isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.
"Sedangkan itu tidak benar" dan juga tentang Datin Seri Rosmah yang ditulis menghabiskan AS$24 juta untuk sebentuk cincin berlian. "Sedangkan cicin itu tidak pernah dipesan oleh beliau (Rosmah), baik untuk dibeli mahupun sebagai bahan pameran peribadi."
Selain itu, tulisan itu juga mengaitkan keluarga atau calon keluarga Najib dengan yang disebut "mafia Rusia". Padahal menurut Najib, hal itu tidak berasas.
Atas pemberitaan tersebut, Pemimpin Redaksi Kompas Rikard Bagun, Sabtu (20 Ogos) di Jakarta, secara khusus menyatakan permintaan maafnya "kepada Ketua Kerajaan dan Keluarga," kata Rikard.
Media sepatutnya lebih bertanggungjawab dengan apa yang mereka memaparkan.
BalasPadamHarap media akan lebih berhati-hati selepas ini.
BalasPadamsemoga Kompas dan jg media2 lain takkan mengeluarkan laporan yang tidak tau sejauhmana kebenarannya.
BalasPadampada masa akan datang pihak media perlu dapatkan bukti terlebih dahulu barulah buat laporan. keadaan ini juga boleh jejaskan imej Kompas sekiranya PM menyaman Kompas atas laporan yang tidak berasas itu.
BalasPadamtapi apa yang penting pihak Kompas telahpun memohon maaf.
BalasPadammedia perlu sentiasa memastikan setiap maklumat yang mereka paparkan adalah tepat.
BalasPadamKOMPAS telah pun memohon maaf..harap pekara seperti ini tidak berlaku lagi pada masa akan datang.
BalasPadamSetiap apa yang dilaporkan oleh media boleh memberi impak sama ada yang positif atau negatif ke atas sesebuah negara itu. Oleh itu, media harus berhati-hati.
BalasPadamNasib baiklah tiada kes saman-menyaman.
BalasPadamTak baik memfitnah.
BalasPadamMungkin ada pihak yang cuba untuk memburukkan PM dan Isteri supaya rakyat memandang serong kepada pemerintahan beliau. Akhirnya Akhbar Kompas telah memohon maaf atas kesilapan maklumat yang disampaikan.
BalasPadammedia luar negara sudahpun memohon maaf, bagaimana dengan media pro pembangkang dan juga pemimpin2 pembangkang?? jangan la terdesak sangat mahu mendapatkan sokongan rakyat sampai terpaksa membuat pembohongan..
BalasPadam