Wanita Dikerat : Polis Tahan 10 Warga Bangladesh, Seorang Indonesia
SHAH ALAM, 19 Ogos (Bernama) -- Polis menahan 11 lelaki warga asing kerana berhubung kes pembunuhan seorang wanita, yang mayatnya dikerat-kerat, dan seorang kanak-kanak lelaki di Ampang, Selangor, pada 3 Ogos lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Mohd Adnan Abdullah, berkata mereka terdiri 10 warga Bangladesh berumur dalam lingkungan 20 hingga 30-an dan seorang warga Indonesia.
"Motif sebenar kejadian masih belum diketahui, dan kita percaya mengetahuinya dalam masa terdekat," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini hari ini.
Kesemua suspek ditahan reman sehingga 22 Ogos dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Dalam kejadian itu, polis menemui keratan tubuh dan organ manusia, termasuk usus, dalam beberapa beg plastik serta dalam mangkuk tandas di sebuah unit di tingkat lima Pangsapuri Astaria, Taman Kosas, Ampang.
Selepas siasatan awal, polis mengesahkan semua beg plastik itu mengandungi keratan mayat seorang wanita warga asing dalam lingkungan 30-an dan seorang kanak-kanak lelaki berusia 20 bulan.
Mohd Adnan berkata polis turut merampas beberapa barangan kes termasuk dua bilah pisau, dua pasu bunga dan dua batang mob dari rumah didiami suspek yang terletak beberapa baris dari rumah mangsa.
Beliau berkata polis tidak dapat mengenal pasti sama ada kanak-kanak lelaki itu adalah anak wanita berkenaan.
Ditanya mengenai seorang lelaki yang mendakwa dirinya sebagai suami kepada wanita itu, Mohd Adnan berkata polis tidak dapat mengesahkan hubungan mereka.
Dalam kes lain, polis menahan tiga suspek termasuk seorang warga Bangladesh yang disyaki terlibat dalam kes seorang pemberi hutang atau "Ahlong" yang ditemui mati dalam keadaan berlumuran darah di bilik air sebuah premis kopitiam di kawasan Petaling Jaya Commercial City (PJCC) di Petaling Jaya pada Isnin lepas akibat ditetak.
Mohd Adnan berkata polis turut merampas dua telefon bimbit dan dua bilah pisau dari suspek yang berumur dalam lingkungan 25 hingga 35 tahun. "Motif kejadian dipercayai berpunca dari perselisihan faham berkaitan pinjaman wang. Polis masih menjejaki dua lagi warga Bangladesh bagi membantu siasatan kes ini," katanya.
Dalam satu lagi kes, polis menahan dua warga Bangladesh berhubung kes seorang pembantu rumah rakyat Filipina ditemui mati dengan kesan lebam di badan dan hentakan di kepala di rumah majikannya di Jalan Gasing, Petaling Jaya, pada 23 Julai lepas.
"Motif kejadian berpunca dari sikap cemburu," kata Mohd Adnan.
Katanya polis percaya telah berjaya menyelesaikan kes berkenaan dengan tertangkapnya semua suspek itu.
pembunuhan ini amat kejam, pembunuhnya harus dikenakan hukuman paling berat.
BalasPadamharap kes-kes tersebut akan dapat diselesaikan dan mereka yang bersalah akan mendapat hukuman yang sewajarnya.
BalasPadamwarga asing ni memang sangat teruk. harap pembunuh tersebut segera dikenalpasti.
BalasPadamjika program 6P ini masih tidak mampu menyelesaikan masalah pendatang asing di negara ini, sedangkan masalah yang disebabkan oleh mereka semakin meruncing, bukan sahaja saya malah seluruh rakyat Malaysia akan beranggapan bahawa ada sesuatu yang tidak kena dalam pentadbiran kerajaan.
BalasPadamPembuhunan yang kejak. Harap suspek akan dapat ditangkap oleh pihak polis dan mestilah dikenakan tindakkan undang-undang yang berat.
BalasPadamHarap mereka yang terlibat akan mendapat hukuman undang-undang yang setampil.
BalasPadam