Sabtu, Ogos 20, 2011

KERIS AJAIB “SANTAN LANANG BETINO” MAMPU BERDIRI SENDIRI & MENAKUTKAN BINATANG BUAS?

Keris ajaib peninggalan kerajaan Sriwijaya

KERIS dinamakan Santan Lanang Betino milik Omansyah ini bukan sahaja boleh berdiri sendiri tetapi ‘berkuasa’ meredakan kemarahan.

TEBING TINGG, Sumatera Utara – Sebilah keris di wilayah ini dilaporkan bukan sahaja mampu berdiri sendiri, bahkan turut mempunyai kuasa ajaib.

Omansyah, 28, pemilik keris yang dikenali sebagai Santan Lanang Betino itu memberitahu, dia memperoleh keris itu daripada bapa saudara sulungnya lima tahun lalu.

Dia bagaimanapun tidak berapa jelas tentang asal usul keris yang mempunyai tujuh luk dan 30 sentimeter panjang itu, tetapi mengikut sejarah, keris itu adalah peninggalan kerajaan Sriwijaya yang dimiliki oleh golongan atasan.

“Saya sendiri tidak mengetahui asal-usul keris ini kerana bapa saudara saya enggan menceritakannya,” katanya kepada Tribunnews.com.

Omansyah berkata, keris itu mempunyai kuasa ajaib iaitu boleh menenangkan perasaan orang yang sedang marah.

“Apabila ada pergaduhan, saya sering gunakan keris ini bagi mendamaikan keadaan kerana ia mampu meredakan kemarahan kepada sesiapa yang melihatnya.

“Binatang buas juga akan lari jika melihat keris ini,” ujar Omansyah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan