PELUPUSAN KAYU MADANG TEMPAT PATI CARI REZEKI
TERBAKAR ... punca asap daripada longgokan tayar buangan di Tapak Pelupusan Sampah Kayu Madang. Turut kelihatan puluhan ‘pondok’ kecil didirikan penceroboh yang mencari rezeki di tapak berkenaan.
TELIPOK 2nd August, 2011: Mengejutkan apabila ratusan individu dipercayai pendatang asing berkampung di tapak pelupusan sampah Kayu Madang, dekat sini sejak 10 tahun lalu dengan pihak berkuasa di- katakan tidak mampu berbuat apa-apa untuk menangani masa- lah itu.
Situasi itu terbongkar selepas wartawan New Sabah Times, mendapati terdapat berpuluh ‘objek’ asing seakan pondok diperbuat daripada kertas kotak dan cebisan khemah didirikan di serata tapak pembuangan sampah berkenaan, Ahad lalu semasa meninjau punca kepulan asap tebal yang menjulang tinggi dan dapat dilihat dari jarak sejauh lebih tujuh kilometer sehingga di kawasan Tuaran.
Kakitangan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) yang bertugas di pondok mengawal aliran keluar masuk kenderaan pengangkut sampah, memberi maklumat bilangan kehadiran orang asing ke kawasan tapak pelupusan sampah berkenaan bertambah berikutan pembukaan beberapa kilang ber- hampiran selain pewujudan penempatan semula di Telipok.
Selain itu, orang asing itu juga dipercayai menyewa rumah milik penduduk di kampung berhampiran untuk memudahkan mereka ‘beroperasi’ di tapak pelupusan sampah berkenaan.
Ujarnya, orang asing terbabit menjadikan tapak pelupusan sampah itu sebagai sumber mencari rezeki dengan memungut bahan-bahan yang boleh dikitar antaranya seperti aluminium dan besi.
“Kami tidak mampu berbuat apa-apa untuk menghalang kehadiran mereka sepanjang masa di sini,” kata kakitangan berkenaan dan tidak menafikan kebakaran yang berlaku mempunyai kaitan dengan penceroboh itu.
Kebakaran Ahad lalu yang bermula kira-kira jam 10.10 pagi melibatkan bahagian menempatkan tayar buangan dimana ribuan tayar pelbagai saiz dilonggokkan.
Semasa dihubungi kelmarin, Pembantu Penyelia Tapak Pelupusan Sampah Kayu Madang yang juga pengawas kawasan berkenaan, Cristaffer Tigang juga tidak menolak kemungkinan kebakaran yang berlaku akibat perbuatan khianat ‘pengunjung’ haram di tapak pelupusan itu.
Beliau turut memaklumkan kejadian kebakaran Ahad lalu merupakan yang ketiga dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini dan sehingga kelmarin pihaknya masih bertungkus lumus memadamkan kebakaran dengan pelbagai cara termasuk menimbus longgokan tayar yang dibakar menggunakan tanah.
“Sejak Ahad, kami telah mengambil pelbagai langkah termasuk membuat halangan untuk mengelakkan api daripada melarat tetapi tidak dapat melakukan lebih daripada itu disebabkan bahang api,” katanya.
Sehingga berita ini ditulis, kepulan asap masih dapat dilihat dari kawasan kebakaran namun beransur lemah berikutan langkah pencegahan oleh kakitangan pusat pelupusan berkenaan.
Ekoran kejadian itu katanya, beliau telah membuat laporan polis dan berharap kali ini pihak berkaitan mengambil langkah wajar untuk menangani pencerobohan membabitkan pendatang asing di kawasan itu kerana beberapa aduannya sebelum ini seakan-akan tidak mendapat perhatian oleh pihak berwajib.
Beliau turut menyatakan kebimbangan kehadiran ‘tetamu tidak diundang’ itu membawa padah kerana sebelum ini pihaknya pernah menerima ugutan apabila cuba menghalang mereka daripada memasuki kawasan berkenaan.
Selain itu tambahnya dikhuatiri keselamatan penceroboh terdedah kepada pelbagai bahaya kerana ada antara mereka yang membawa bersama ahli keluarga, pasangan dan anak kecil.
“Kita tidak mahu apabila berlaku sesuatu yang tidak diingini baharulah pihak bertanggungjawab mengambil tindakan,” katanya lagi.
Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Tuaran mengesahkan telah mengerah anggotanya untuk memantau kebakaran di tapak pelupusan berkenaan tengah hari dan malam Ahad lalu, namun sukar melakukan kerja pemadaman api kerana kawasan menempatkan tayar yang terbakar tidak dapat dimasuki jentera.
Pihak berkuasa perlulah membuat sesuatu untuk menangani masalah ini. Jangan biarkan ia berterusan.
BalasPadamJangan tunggu sampai perkara yang tidak diingini berlaku barulah bertindak.
BalasPadampekara ini perlu diberikan perhatian. tindakan yang bersesuaian perlu diambil.
BalasPadamjgn biarkan PATI berleluas di kawsan tersebut. tindakn segera perlu diambil.
BalasPadam..."Selain itu, orang asing itu juga dipercayai menyewa rumah milik penduduk di kampung berhampiran untuk memudahkan mereka ‘beroperasi’ di tapak pelupusan sampah berkenaan."..
BalasPadammereka yang menyewakan rumah kepada pati juga harus dikenakan tindakan.
Apa gunanya pihak berkuasa jika perkara ini didiamkan.
BalasPadamInikah kawasan yang selalu sy lalui setiap hari? memang kawasan ni timbunan sampah dan berbau tapi tiada pula nampak ada orang tinggal di sana.
BalasPadamsejak 10 tahun?kenapa pihak berkuasa tidak bertindak mengusir PATI ni? jadi, adakah mereka sudah mendaftar dalam program 5P?
BalasPadamPihak berkuasa harus berbuat sesuatu jangan tunggu kejadian tak diingini berlaku baru bertindak.
BalasPadamsetuju dengan poji, mereka yang menyewakan rumah/bilik kepada PATI ini juga harus diambil tindakan undang2 kerana berkomplot.
BalasPadamSudahlah masuk secara haram, tunjuk taiko lagi di sini. Pihak berkuasa pun tidak dapat kawal mereka? Siapa suruh biarkan jumlah mereka bertambah? Nah sekarang banyak sudah orang2 mereka. Kita sendiri jadi pelarian di negeri sendiri.
BalasPadamPATI yang suka buat masalah harus ditentang habis-habisan. Rosak Sabah ini dengan masalah2 yang akan ditimbulkan oleh mereka.
BalasPadamInilah PATI ini. Jangan biarkan mereka terus melakukan ikut suka hati mereka saja. Mengugut orang tempatan seperti kawasan itu mereka yang punya.
BalasPadamMemang pembawa masalah!!
BalasPadamMereka akan mencemari udara kita. Tak siap-siap mereka membawa masalah...
BalasPadamketika rakyat berterusan mendesak kerajaan supaya menyelesaikan masalah PATI di negeri ini, tidak patut ada kenyataan kononnya 'tidak mampu menghalang kehadiran mereka'..
BalasPadam