Selasa, Ogos 02, 2011

FACEBOOK WUJUDKAN GENERASI YANG PENTINGKAN DIRI SENDIRI, KURANG PEKA & KEINGINAN SEPERTI KANAK-KANAK ?

FB lahir generasi penting diri sendiri

LONDON 1 Ogos - Pengenalan laman web Facebook dan Twitter mewujudkan satu generasi yang terlalu memikirkan diri sendiri, kurang pemerhatian dan mempunyai keinginan seperti kanak-kanak kerana sentiasa memerlukan maklum balas mengenai kehidupan mereka, kata saintis.

Pendedahan berulang kali kepada laman-laman web jaringan sosial menyebabkan pengguna mempunyai krisis identiti dan sentiasa mahukan perhatian seperti seorang kanak-kanak.

Seorang profesor farmakologi di Universiti Oxford, Baroness Greenfield mempercayai perkembangan 'persahabatan' di Internet dan permainan komputer mungkin memberi kesan mengubah 'otak'.

Keadaan itu akan menyebabkan kurangnya daya tumpuan dan sentiasa ingin memuaskan keinginan dengan segera, selain kemahiran bukan lisan yang teruk.

Lebih 750 juta orang di seluruh dunia menggunakan Facebook untuk berkongsi gambar dan video selain pergerakan dan apa yang difikirkan mereka manakala berjuta-juta orang turut menjadi pengguna Twitter.

Bekas pengarah badan penyelidikan di Royal Institution, Baroness Greenfield berkata, apa yang menjadi kebimbangan adalah apa yang diperkatakan dalam Twitter.

''Kenapa seseorang perlu mengambil tahu apa yang orang lain makan untuk sarapan pagi? Ia mengingatkan saya kepada seorang kanak-kanak kecil yang menyatakan lihat ibu saya sedang lakukan perkara ini, saya sedang buat ini,'' katanya.

Ahli akademik itu mencadangkan pengguna Facebook merasakan perlunya mereka menjadi 'selebriti kecil' yang diperhatikan dan dikagumi oleh orang lain setiap hari.

Mereka melakukan apa sahaja yang menjadi perkara yang boleh dimuatkan dalam Facebook kerana ia merupakan satu-satunya cara untuk mendefinasikan diri mereka.

''Ia seperti orang ramai yang tinggal di satu dunia yang bukannya satu dunia sebenar tetapi dunia di mana apa yang penting adalah apa orang ramai fikir tentang anda.

''Fikirkan apa kesannya kepada masyarakat jika orang ramai lebih bimbang mengenai apa yang difikirkan orang lain mengenai diri mereka daripada apa yang mereka fikirkan tentang diri mereka sendiri,'' ujarnya.

18 ulasan:

  1. ya sememangnya benar..kebanyakan pengguna Facebook merasakan perlunya mereka menjadi 'selebriti kecil' yang diperhatikan dan dikagumi oleh orang lain setiap hari.

    BalasPadam
  2. ya,betul. jadi kurang2kanlah masa dengan facebook.jangan jadikan keutamaan dalam kehidupan harian.

    BalasPadam
  3. Jangan la terlalu main facebook...pergi la berjumpa dengan orang yg sebenar...nnt lama2 muka pun macam buku suda :)

    BalasPadam
  4. penggunaan facebook kena ada hadnya dan jgnlah sampai memudaratkan diri dan orang lain.

    BalasPadam
  5. Mungkin. Tapi ada yang guna FB untuk sentiasa keep in touch dengan kwn2 & saudara mara. Ada juga yang buat business. Ini bergantung bagaimana seseorang tu mengaplikasikan FB dalam kehiudpan.

    BalasPadam
  6. kalau mahu menggunakan facebook pun janganlah sampai keterlaluan. apa pun, setiap pekara pasti ada baik dan buruknya. yang penting perlu bijak dan perlu ada hadnya.

    BalasPadam
  7. Persoalannya bagaimana anda mengadaptasikan FB/Twitter dalam kehidupan yang nyata. Sekiranya secara positif maka outcome pun positif juga.

    BalasPadam
  8. People should spend less time on FB and spend more time with friends face to face.

    BalasPadam
  9. FB is now a new place for sex predators to find their victims. So watch what you post in FB. There seriously no need to tell ur fb friends your whereabouts.

    BalasPadam
  10. Bila guna FB atau Twitter, sendiri mahu ingatlah. Harus tahu membezakan yang positif dan negatif. Jangan sampai ketagih nak mengahdap Fb/Twitter saja.

    BalasPadam
  11. I somehow find that it is true. Facebook do make everyone especially teenagers think most for themselves than others. It is also a distraction in everyone's life as it can be very addictive.

    BalasPadam
  12. I find it annoying to see teenagers updating their status about everything they do. When they are emo, they want to let people know that they are in a bad mood. It's like they need love and care.

    BalasPadam
  13. People should know that facebook is like a drug, it can be very addictive and it is hard to stop playing it. Time can be wasted for spending time on unnecessary stuff.

    BalasPadam
  14. We're entering a new generation where teenagers wants everything from iphone to branded goods. I can't imagine what the world will turn into in the future. Hopefully the moral education can really manage the attitude and personalities of these children.

    BalasPadam
  15. Hahhaha.. I love FB.. Tapi taklah sampai tahap mementingkan diri sendiri. hhaha

    BalasPadam
  16. Kita sendiri perlulah pandai menggunakan FB dengan tujuan betul.

    BalasPadam
  17. Sentiasa update FB. Jika boleh setiap saat dan ketika mereka akan update. Betul juga kata dalam artikel ini. Jadi perlukah kita??!!

    BalasPadam
  18. the most i hate is, sometimes there are people who use this FB to smear others..

    BalasPadam