Selasa, Ogos 02, 2011

TANGGUH PROGRAM PENGAMPUNAN KERANA SISTEM BIOMETRIK BERMASAALAH?

Pertubuhan Majikan Dan Pekerja Gesa Kerajaan Tangguh Program Pengampunan

KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Pertubuhan majikan dan pekerja Isnin menggesa kerajaan supaya menangguhkan segera program pengampunan bagi 1.2 juta pekerja tanpa izin yang bermula hari ini.

Ini kerana langkah yang sedang dilaksanakan untuk mendaftar pekerja sah menggunakan sistem biometrik adalah tidak lengkap dan dipenuhi masalah.

"Pelaksanaan kedua-dua langkah ini secara serentak adalah tugas besar yang tidak berupaya dikendalikan oleh pihak berkuasa," kata Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) Shamsuddin Bardan kepada Bernama.

Cadangan asal adalah untuk memulakan program pengampunan pada 11 Julai namun ditangguhkan kerana Kementerian Dalam Negeri berdepan masalah untuk melantik ejen dan jentera untuk pendaftaran pula belum ditempatkan.

Sebaliknya kementerian memutuskan untuk melaksanakan Program Pendaftaran Biometrik Pekerja Asing Yang Sah, bermula dua minggu lepas dan masih dalam pelaksanaan dengan tiada tarikh akhir ditetapkan untuk menyiapkan proses itu.

Shamsuddin berkata pendaftaran pekerja yang sah menggunakan sistem biometrik yang sedia ada mengandungi terlalu banyak masalah dan ia perlu diatasi segera sebelum proses itu boleh diselesaikan.

Sehingga kini hanya 600,000 pekerja sah daripada anggaran kira-kira 1.2 juta pekerja yang telah didaftarkan.

image "Memandangkan terlalu banyak perubahan dibuat kepada program itu dalam masa lebih kurang sebulan, semua pemegang kepentingan -- majikan, pekerja, perwakilan asing, malah beberapa pegawai imigresen yang ditugaskan -- menjadi keliru," kata Pengarah Eksekutif Tenaganita Dr Irene Fernandes.

"Melainkan perancangan rapi dijalankan, keseluruhan usaha ini akan menemui kegagalan," tegas beliau.

Irene mengesyorkan agar Kementerian Dalam Negeri menyediakan garis panduan yang jelas mengenai program pengampunan dan memastikan ia mempunyai keupayaan untuk memantau proses pendaftaran supaya pekerja serta majikan tidak tertipu.

14 ulasan:

  1. Harap masalah sistem biometrik ini dapat diselesaikan segera supaya proses 6P ini dapat disempurnakan.

    BalasPadam
  2. Kementerian Dalam Negeri bertanggungjawab menyediakan garis panduan tersebut supaya proses itu dapat dipantau dengan efektif.

    BalasPadam
  3. seharusnya ada perancangan rapi agar tidak wujud masalah seperti ini.

    BalasPadam
  4. nampaknya sistem biometrik ni mempunyai masalah. bagaimana pula menjelang pilihanraya nanti?

    BalasPadam
  5. diharap program 6P tu berjaya mencapai sasarannya.

    BalasPadam
  6. harap program ini akan dapat diuruskan dengan sebaiknya agar matlamatnya akan dapat dicapai.

    BalasPadam
  7. Kenapa ada yang keliru? Kementerian dalam Negeri perlu memainkan peranan dalam hal ini.

    BalasPadam
  8. Masalah ini tidak boleh dipandang remeh. Kementerian dalam Negeri perlu segera selesaikan masalah ini agar tidak menimbulkan masalah yang kritikal pada masa hadapan.

    BalasPadam
  9. Apa beza kaedah 6P yang akan digunakan di Semenanjung dengan keadah 5P yang dibuat di Sabah?

    BalasPadam
  10. KDN perlu lebih teliti dan tegas dalam menangani isu PATI ini. Sehingga kini masalah PATI masih ditahap yang membimbangkan dan jenayah yang melibatkan PATI pun bertambah.

    BalasPadam
  11. Apa pun teruskan usaha untuk pengampunan ini. Biar lambat yang penting selesai.

    BalasPadam
  12. PATI masalah utama dalam negara kita. Harap mereka yang tidak datang akan dikenakan tindakkan undang-undang jika didapati bersalah.

    BalasPadam
  13. Memang menjadi keliru, begitu banyak pendatang asing. Janganlah mengizinkan mereka masuk ke negara kita lagi...terlalu banyaklah pendatang asing. Keselamatan pun akan terjejas. Harap boleh menyelesaikan masalah ini dengan segera.

    BalasPadam
  14. apa sebenarnya masalah yang timbul dari program pendaftaran pekerja asing?? cuba jelaskan..

    BalasPadam