Selasa, Ogos 02, 2011

DI BELASAH HINGGA MATI KERANA MENGUTUK DI FACEBOOK

Kutuk di Facebook undang padah

Lelaki maut dibelasah abang kenalan wanita

KULIM 2011/08/02: Akibat mengutuk hal peribadi keluarga kenalan wanitanya melalui laman sosial Facebook, seorang lelaki dibelasah hingga mati menggunakan topi keledar oleh dua lelaki yang dipercayai abang wanita itu.

Mangsa, Mohd Amran Romli, 20, dimasukkan ke Hospital Kulim selepas kejadian jam 8 malam, Jumaat lalu, di Taman Tiram, Lunas dekat sini, dan disahkan mati akibat pendarahan dalaman kepala, kelmarin.

Mohd Amran dikatakan diserang dua lelaki iaitu abang kepada kenalan wanitanya, masing-masing berusia 25 dan 26 tahun di belakang sebuah pasar raya di taman itu.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh, berkata dalam pergaduhan itu kepala mangsa dihentak dengan kuat menggunakan topi keledar oleh suspek, menyebabkannya pengsan dan dikejarkan ke Hospital Kulim.

“Mangsa mengenali wanita itu melalui Facebook, tetapi selepas berhubung melalui laman berkenaan beberapa lama, hubungan mereka mula menghadapi masalah.

“Sejak itu mangsa dikatakan sering mengganggu kenalan wanitanya melalui Facebook, selain turut mengutuk hal peribadi keluarganya. Wanita itu kemudian mengadu perbuatan mangsa kepada dua abangnya.

“Sebaik mengetahui hal itu, abang wanita terbabit merancang satu perjumpaan dengan mangsa di belakang sebuah pasar raya untuk menyelesaikan masalah itu.

Bagaimanapun, berlaku pertengkaran dan mangsa dihentak dengan topi keledar sebelum pengsan,” katanya ketika di hubungi di sini, semalam.

Beliau berkata, mangsa tidak sedarkan diri sejak dimasukkan ke hospital dan meninggal dunia petang kelmarin akibat perdarahan di kepala.

Kedua-dua suspek ditahan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh.

18 ulasan:

  1. beginilah akibatnya..kerana mulut badan binasa.

    BalasPadam
  2. di facebook pun kena beretika juga. jangan mengutuk orang sampai boleh jadi kes bunuh.

    BalasPadam
  3. Fuuu...ni kali la...jangan la terlalu ikut perasaan, nnt free2 masuk jail huhu...

    BalasPadam
  4. kekerasan bukan cara nak selesaikan masalah.

    BalasPadam
  5. inilah kesannya jika terlalu mengikut emosi..sudah jadi kes polis sendiri juga yang susah.

    BalasPadam
  6. Salah sendiri juga telampau emosi.

    BalasPadam
  7. Mentang2 Facebook ini di alam maya saja, ia bukan tiket untuk mengutuk mencaci hal orang lain.

    BalasPadam
  8. I hope people learn from this incident. Neway, this problem should resolve using aggressiveness. It only make things worser.

    BalasPadam
  9. This is insane. Facebook is making all this trouble!!

    BalasPadam
  10. Inilah belasannya menggangu orang lain.

    BalasPadam
  11. Wanita pun janganlah sampai meminta abang sendiri pergi membunuh orang. Ini memang salah mereka. Sendiri pun kena.

    BalasPadam
  12. Kini, semua orang adalah begitu tidak bertolak ansur. Suka cari gaduh, ini balasannya.

    BalasPadam
  13. Ni lah manusia.. Salah sendiri pun mahu salahkan FB juga. huhuhu

    BalasPadam
  14. Terlampau mengikut emosi sudah kedua-dua abang wanita tersebut. Tapi mangsa sendiri pun salah juga, siapa suruh mengganggu orang lain dan mengutuk hal rumah orang?

    BalasPadam
  15. Jangan keterlaluan dalam perbuatan sendiri, akhirnya sendiri yang susah juga.

    BalasPadam
  16. Pengajaran kepada mereka-mereka diluar sana. Jangan menyalah gunakan kemudahan yang ada dengan memberikan kata-kata kurang sopan dan sebagainya.

    BalasPadam
  17. Facebook juga yang dapat nama..

    BalasPadam