Sabtu, Julai 16, 2011

DEMONSTRASI BANTAH KENAIKAN TARIF ELEKTRIK

Pemuda SAPP Adakan Demonstrasi Bantah Kenaikan Tarif Elektrik

KOTA KINABALU, 15 Julai (Bernama) -- Sekumpulan Pemuda Parti Maju Sabah (SAPP) mengadakan demonstrasi secara aman bagi membantah kadar baru tarif elektrik oleh Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) di perkarangan Kompleks Membeli Belah Karamunsing, iaitu berdepan dengan ibu pejabat SESB, di sini, Jumaat.

Kumpulan penunjuk perasaan itu yang memakai kemeja-T berwarna kuning dan diketuai oleh Ketua Pemuda SAPP, Edward Dagul, menuntut SESB supaya berlaku adil kepada rakyat Sabah dengan menyediakan bekalan elektrik yang terjamin pada kadar yang berpatutan.

Anggota exco Pemuda SAPP, Md Nazib Maidan Dalli kemudian menyerahkan sebuah memorandum yang dialamatkan kepada Pengerusi SESB, Tan Sri Leo Moggie, kepada salah seorang pegawai SESB.

Dalam memorandum berkenaan, Pemuda SAPP menegaskan kadar tarif baru akan memberi kesan langsung kepada rakyat dengan peningkatkan kos kehidupan penduduk.

Perhimpunan itu diawasi oleh 50 anggota polis yang diketuai oleh Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Ahmad Sofi Zakaria.

Kumpulan penunjuk perasaan itu kemudian bersurai pada pukul 11.15 pagi.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Ahmad Sofi berkata polis segera menyekat jalan utama ke bangunan SESB sebaik sahaja dimaklumkan mengenai rancangan demonstrasi itu bagi mengelak sebaran kejadian tidak dingini.

"Saya menasihatkan mereka supaya bersurai selepas menyerahkan memorandum kepada SESB...tiada siapa ditahan dalam insiden itu," katanya.

Kadar tarik elektrik di Sabah dan Labuan dinaikkan sebanyak 15 peratus mulai hari ini dan hanya menjejaskan pengguna yang bil bulanan mereka melebihi RM77.

Pada Sabtu lepas, Menteri Tenaga, Teknoloji Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Chin Fah Kui ketika mengumumkan penyusuan semula tarif berkenaan berkata kadar baru itu tidak akan menjejaskan kira-kira 275,000 isi rumah.

----

Penstrukturan tarif elektrik Sabah munasabah

"Kami telah menerima memorandum bantahan kenaikan tarif elektrik daripada Parti Maju Sabah (SAPP). Kita akan lihat dan teliti kandungannya.

"Secara umumnya, kerajaan telah mengambil kira semua faktor sebelum buat keputusan (tarif elektrik) di Sabah. Kita akan beri maklum balas sedikit masa lagi kepada SAPP,"

Pengarah Urusan SESB, Datuk Ir. Baharin Din

16 ulasan:

  1. Bolehkah bantah kenaikan tarif elektrik dengan cara ini?

    BalasPadam
  2. Baik kita tunggu dan lihat sajalah.

    BalasPadam
  3. "Kadar tarif elektrik di Sabah dan Labuan dinaikkan sebanyak 15 peratus mulai hari ini dan hanya menjejaskan pengguna yang bil bulanan mereka melebihi RM77."

    Jadi maknanya kami tidaklah dikenakan bayaran pada kadar tarif terkini sebab rm30 saja sebulan. kenaikan ini juga dilihat mendorong kita untuk lebih berjimat cermat dalam penggunaan tenaga elektrik.

    BalasPadam
  4. demonstrasi semakin menjadi budaya rakyat Malaysia kebelakangan ni. adakah ia satu tindakan yang wajar untuk memperlihatkan ketidakpuasan hati rakyat?

    BalasPadam
  5. jgn ja ganggu ketenteraman awam.

    BalasPadam
  6. Kenapa mesti buat demonstrasi?

    BalasPadam
  7. bagi pengguna yang bil elektriknya tidak mencecah RM77 sebulan tidak perlu bimbang kerana kenaikan tidak melibatkan mereka.

    BalasPadam
  8. Kita mengharapkan tariff elektrik ini dapat difikirkan semula. Jangan biarkan masalah ini membebankan rakyat.

    BalasPadam
  9. kenaikan tarif eletrik baru ini amat membebankan rakyat..

    BalasPadam
  10. rasanya kenaikan tarif elektrik ini tidak wajar dilakukan kerana kerap kali gangguan elektrik berlaku..

    BalasPadam
  11. SESB seharusnya memikirkan kesan kenaikkan tarif eleektrik kepada rakyat..sekarang semua harga barang naik, minyak pun naik..menaikkan tarif eletrik ternyata bukan satu langkah bijak dari kerajaan sedangkan dasar gaji minimum masih ditangguhkan dan tidak diberi perhatian..

    BalasPadam
  12. seharusnya SESB berusaha membasmi kecurian eletrik agar tidak mengalami kerugian yang tinggi...bukannya mengambil langkah mudah dengan menyusahkan dan membebankan rakyat melalui kenaikan tarif lektrik..

    BalasPadam
  13. Bagaimanapun perlu diingat bahawa tarif Sabah adalah yang paling murah di asia,bagi semua pengguna/rakyat perlu lah adil kpd SESB............

    BalasPadam
  14. jika negeri ini tidak aman, salahkan SAPP kerana merekalah yang bertanggungjawab membiasakan demonstrasi jalanan di sabah. biasanya di negara2 lain, rakyat sendiri akan bangkit dan berhimpun memprotes tindakan kerajaan, tapi di Malaysia semua itu diatur oleh parti politik.

    BalasPadam
  15. why are you guys so paranoid of assembly/demonstration? it's allowed for in our constitution. It's part and parcel of a democratic country. geez!!!!

    BalasPadam
  16. at least guna cara yang paling profesional untuk menyampaikan bantahan. bukannya membuat provokasi..

    BalasPadam