Maimah berharap nasibnya, anak-anak terbela
Maimah Tui bersama salah seorang anaknya di rumah mereka di Kota Belud.
KOTA BELUD 7 Julai – Ibarat menunggu buah yang tak jatuh. Begitulah nasib yang dialami oleh seorang ibu tunggal, Maimah Tui, 41, dari Kampung Tanjung Pasir, Sembirai dekat sini.
Maimah yang telah menjadi ibu tunggal semenjak 11 tahun lalu kerana kematian suami akibat kanser tulang, kini tinggal bersama empat orang anaknya di dalam sebuah rumah uzur.
Katanya, dia berusaha untuk mendapat bantuan daripada pihak berkenaan di sini, namun permintaannya tidak mendapat perhatian dan membuatkannya begitu sukar untuk membesarkan anak-anaknya.
“Saya telah beberapa kali memohon bantuan kebajikan untuk ibu tunggal, bantuan membaiki rumah dan Bantuan Kanak-Kanak (BKK) untuk anak-anak saya yang bersekolah, namun permintaan saya itu tidak mendapat perhatian,” katanya yang ditemui di sini semalam.
Menurutnya, semua anaknya bersekolah dan tiga daripadanya bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan 1, Kota Belud.
Jelasnya, selain terpaksa menanggung pembiayaan sekolah anak-anak, dia juga terpaksa membayar sewa pengangkutan sebanyak RM90 sebulan.
Apa yang menyedihkan katanya, anak sulungnya kadang kala tidak dapat bersekolah kerana terpaksa membantunya mencari nafkah hidup.
“Kadang kala dia tidak dapat ke sekolah kerana terpaksa bekerja sebagai pencuci kereta bagi membantu saya menyara keluarga,” katanya.
Pendapatan bersih Maimah adalah sebanyak RM10 sehari, hasil daripada jualan sayur-sayuran yang dibelinya daripada orang kampung di Bypass Kota Belud-Jawi-jawi.
“Saya tidak minta berlebihan, jika kerajaan dapat membatu saya membaiki rumah yang diduduki, saya sudah berasa sangat bersyukur,” katanya penuh mengharap.
Sementara itu, seorang penduduk, Ibrahim Abas, 55, berkata, nasib Maimah sekeluarga sewajarnya dibantu oleh pihak berkenaan dan rumahnya juga harus dibaiki kerana sudah tidak selamat untuk diduduki.
“Saya telah beberapa kali membantu Maimah membuat tiang pendua untuk enam batang tiang rumahnya yang reput dimakan anai-anai, namun rumah tersebut tetap berada dalam bahaya,” kata Ibrahim.
kadang2 orang yang layak mendapat bantuan tidak pula mendapat bantuan. memang rasa tak adil. jadi, kerajaan perlu memandang serius perkara ini kerana ia soal kebajikan rakyat.
BalasPadamMaimah sekeluarga perlu diberi bantuan. kehidupan mereka amat naif.
BalasPadamkeluarga ini memang wajar dibantu bagi membolehkan mereka menjalani kehidupan yang lebih baik.
BalasPadamMungkin maklumat yang diberikan tidak lengkap menyebabkan bantuan tidak dapat disalurkan.
BalasPadamsemoga pihak yang berkenaan memberi bantuan yang sewajarnya kepada keluarga ini..
BalasPadamHarap orang sebegini perlulah diambil perhatian. Bantulah mereka yang benar-benar memerlukan.
BalasPadamHarap selepas ini bantuan dapat diberikan kepada Maimah sekeluarga.
BalasPadamPunya kesian. Macam mana la hal ini boleh terlepas pandang. huhu
BalasPadamSemoga perkara ini mendapat perhatian sewajarnya.
BalasPadamHarap pihak berkuasa akan berusaha membantu keluarga miskin seperti Maimah.
BalasPadamBukan senang untuk seorang ibu tunggal untuk menjaga keluarganya dengan pendapatan yang rendah. Harap bantuan akan dihulurkan kepada mereka.
BalasPadamketua kampung patut bertanggungjawab terhadap setiap penduduk kampungnya. bantulah mana2 keluarga yang memerlukan bantuan.. keluarga ini sepatutnya cukup layak menerima bantuan2 yang disediakan oleh kerajaan.
BalasPadam