Sabtu, Julai 09, 2011

6P: Bayaran Maksimum RM35 Untuk Daftar, RM300 Untuk Proses Pemutihan - Lee Chee Leong

6P: Bayaran Maksimum RM35 Untuk Daftar, RM300 Untuk Proses Pemutihan - Lee Chee Leong

PUTRAJAYA, 8 Julai (Bernama) -- Bayaran maksimum RM35 akan dikenakan untuk mendaftar pekerja asing dan RM300 bagi caj perkhidmatan proses pemutihan jika dibuat menerusi 348 syarikat yang dilantik, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Lee Chee Leong.

Beliau berkata bagaimanapun majikan tidak akan dikenakan caj terbabit jika berurusan terus dengan Jabatan Imigresen.

"Namun begitu, untuk pemutihan majikan perlu membuat beberapa pembayaran bagi setiap pekerja yang ada permit kerja sah termasuk bayaran levi dan bon jaminan berdasarkan sektor dan negara asal, caj Pas Lawatan Kerja Sementara dan insurans," katanya kepada pemberita, di sini Jumaat.

Beliau turut mengingatkan majikan agar tidak membuat sebarang pembayaran kepada mana-mana pihak selagi tarikh rasmi untuk setiap proses di bawah Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja/Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P) itu diumumkan.

Katanya kerajaan juga sedang menyediakan mekanisme bagi menangani isu pekerja asing yang sah yang lari daripada majikan asal dan cuba mendaftar di bawah Program 6P untuk mencari majikan baru.

Mengenai 348 syarikat pengurus yang dilantik itu, Lee berkata mereka dipilih oleh jawatankuasa khas yang bersidang pada 13 Jun dan 6 Julai lepas daripada 1,390 permohonan yang diterima.

Jawatankuasa itu dianggotai 17 wakil dari pelbagai jabatan dan kementerian termasuk Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Sumber Manusia serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Lee berkata kerajaan akan memberikan maklumat lengkap berhubung setiap proses termasuk senarai syarikat pengurus yang dilantik, lokasi kaunter pendaftaran, cara dan kaedah pendaftaran serta maklumat lain melalui media massa dan laman web kementerian.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh dikemukakan kepada sekretariat program di Bahagian Hal Ehwal Dalam Negeri, katanya.

19 ulasan:

  1. Saya rasa cara ini tidak sesuai untuk menangani masalah ini. Sebaiknay Pendatang asing ini dihantar balik terus.

    BalasPadam
  2. Bayaran? adakah akan disambut baik oleh para warga asinng & majikan

    BalasPadam
  3. 6P tidak akan menyelesaikan isu PATI secara berterusan..bahkan kemungkinan akan ada lebih banyak kemasukkan PATI di negara kita.

    BalasPadam
  4. apakah kerajaan tiada cara lain yang lebih agresif?

    BalasPadam
  5. mengapa tidak tubuhkan RCI untuk menyelesaikan isu PATI di sabah?

    BalasPadam
  6. semoga 6P ini betul-betul berkesan dalam menangani masalah PATI di Sabah.

    BalasPadam
  7. sebaiknya jika golongan majikan mengutamakan untuk mengambil pekerja tempatan berbanding daripada mengambil pekerja asing.

    BalasPadam
  8. harap perlaksanaan 6P ini akan dapat menangani masalah pati yang berlaku dinegara ini.

    BalasPadam
  9. semoga program ini berjaya mencapai sasarannya.

    BalasPadam
  10. tidak hairan jika ada majikan yang tidak akan mendaftarkan pekerjanya kerana adanya bayaran yang akan dikenakan. pasti ada syarikat2 yang dilantik juga akan mengambil kesempatan mengenakan caj lebih.

    BalasPadam
  11. Sekiranya majikan terbeban dengan bayaran tersebut, kemungkinan selepas ini lebih ramai rakyat tempatan diambil bekerja.

    BalasPadam
  12. Pastinya masih ada majikan yang menyeludup PATI bekerja dengan mereka tanpa permit.

    BalasPadam
  13. Harap program ini akan membuahkan sesuatu yang positif.

    BalasPadam
  14. Apapun, kita tunggu dan lihat sajalah nanti.

    BalasPadam
  15. Jangan ada yang ambil kesempatan mengaut keuntungan lebih melalui program ini.

    BalasPadam
  16. But in Sabah only 5P. Hopefully this will be a success or at least lessen down the PATI problems.

    BalasPadam
  17. Kenapa lagi mahu kos pembayaran lagi? Apa tujuan semua ini?

    BalasPadam
  18. Mungkin jika pembayaran sebegini dibuat tidak mustahil ramai yang tidak berkerjasama melakukan pemutihan ini.

    BalasPadam
  19. jika program 6P ini dapat dilaksanakan dengan teliti, jujur, telus dan bersungguh2, saya yakin, masalah PATI dan pekerja asing boleh diselesaikan tanpa perlu menunggu masa yang lama.

    BalasPadam