Harga Gula Naik 20 Sen Mulai Selasa
PUTRAJAYA, 9 Mei (Bernama) -- Kerajaan Isnin mengumumkan kenaikan harga gula sebanyak 20 sen daripada RM2.10 kepada RM2.30 sekilogram mulai Selasa.
Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Mohd Zain Mohd Dom berkata langkah untuk merasionalisasikan harga runcit gula itu dibuat selaras dengan keputusan mesyuarat Majlis Ekonomi hari ini.
"Kerajaan telah membuat keputusan untuk merasionalisasikan subsidi dan dalam hal ini, Majlis Ekonomi menetapkan subsidi tanggungan kerajaan untuk gula perlu diturunkan lagi," katanya kepada pemberita di sini.
Beliau berkata walaupun berlaku kenaikan, harga runcit gula di Malaysia masih rendah berbanding negara serantau seperti Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina.
Sebagai contoh, katanya harga runcit gula di Indonesia ialah RM3.80 sekilogram, Singapura (RM3.61), Thailand (RM2.31) dan Filipina (RM4.50).
Mohd Zain berkata sebelum merasionalisasikan harga runcit gula itu dibuat, kerajaan terpaksa menanggung subsidi sebanyak RM400 juta setahun.
Dengan kenaikan harga gula sebanyak 20 sen, kerajaan masih menanggung subsidi sebanyak RM283.4 juta setahun dan penjimatan sebanyak RM116.6 juta setahun boleh diguna untuk pembangunan lain, katanya.
Beliau berkata kebanyakan gula yang berada di pasaran negara diimport dari Australia dan Brazil.
Kerajaan sudah cakap ini adalah usaha mengurangkan subsidi secara berperingkat.
BalasPadamkenaikan harga gula tersebut adalah kerana pengurangan subsidi.
BalasPadamdalam keadaan kenaikan harga barangan ni, kita seharusnya mula berjimat cermat dan bijak dalam berbelanja, beli barang yang prlu sahaja.
BalasPadamtiada pilihan lain..kita perlu sentiasa bijak dalam menguruskan perbelanjaan.
BalasPadamharap tiada peniaga yang akan menaikkan harga barangan lain pula.
BalasPadamKurangkan pengambilan gula. Jangan terlalu bergantung kepada gula kerana dimasa akan datang harganya juga akan meningkat. Tidak mustahil untuk itu berlaku .
BalasPadamBERMULA 16 Julai 2010, subsidi bahan api, terutama petrol, diesel dan LPG juga gula akan dikurangkan sebagai sebahagian daripada pelaksanaan berkala program rasionalisasi subsidi Malaysia. Langkah ini akan memberikan impak minimum terhadap individu keluarga, tetapi kesannya pengurangan lebih daripada RM750 juta perbelanjaan kerajaan di antara masa ini dan sehingga hujung tahun ini.
BalasPadamJika subsidi berterusan pada tahap sekarang, kita mungkin akan menghadapi beberapa masalah:
BalasPadamHutang kerajaan akan meningkat – hutang Malaysia telah berkembang sebanyak lebih 10 peratus sejak 1997. Kita mesti mengurangkan perbelanjaan bagi memastikan kita mempunyai sumber yang mencukupi bagi pelaburan masa hadapan.
Ia akan melambatkan aspirasi kebangsaan untuk menjadi negara berpendapatan tinggi dan ekonomi maju pada 2020.
Ia akan mengurangkan daya tarikan di kalangan pelabur asing – syarikat antarabangsa lebih tertarik kepada negara yang menyediakan peluang perniagaan yang sama dan menggunakan sepenuhnya harga pasaran. Pelaburan asing terhadap kilang dan perniagaan menyediakan pekerjaan dan peluang kepada rakyat Malaysia.
Oleh kerana rasionalisasi subsidi berkaitan dengan perancangan transformasi secara keseluruhan, tidak melakukan rasionalisasi subsidi bukanlah satu pilihan.
Lagipun pengurangan gula adalah baik untuk kesihatan dan ini adalah usaha untuk kearah hidup yang sihat.
BalasPadamjadi,kita sepatutnya tidak menyalahkan kerajaan dengan kenaikan harga gula ini kerana rasionalisasi subsidi (gula) adalah untuk membantu ekonomi negara juga.
BalasPadamHarap2 RM116.6 juta setahun betul2 sampai ke sasaran.
BalasPadamnaik rm0.20 lagi harga gula. Minyak dan gula merupakan barang yang naik pada bulan ini. Selama ini naik saja bila mahu turun harga barang.
BalasPadamHarga gula naik baguslah. Maka kesihatan rakyat pun semakin terjamin. Kerana kurangkanlah gula dalam makanan.
BalasPadamkerajaan juga perlu berjimat dengan mengurangkan pembaziran dan menghapuskan rasuah dikalangan pemimpin. tidak ada gunanya rakyat dipaksa berjimat sedangkan para pemimpin dengan rakus menghabiskan duit rakyat.
BalasPadamjika kenaikkan harga barang ini berterusan sedangkan pendapatan rakyat di negara ini masih ditahap yang sama, semakin ramailah penduduk miskin di negara ini. kerajaan juga patut menghapuskan cukai2 yang membebankan rakyat bagi mengimbangi kuasa beli dengan kenaikan harga barangan ini.
BalasPadamIni kerana subsidi gula dihapuskan secara berperingkat.
BalasPadam