Jangan Politikkan Isu Pendatang Tanpa Izin - Pairin
LABUAN, 9 Mei (Bernama) -- Isu pendatang tanpa izin di Sabah tidak sepatutnya dipolitikkan, sebaliknya ia adalah tanggungjawab semua pihak untuk menyelesaikan masalah yang berpanjangan itu.
"Isu itu tidak sepatutnya dipolitikkan atau diguna untuk kepentingan politik oleh sesetengah ahli politik," kata Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.
Sehubungan itu, Pairin yang juga Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) memberi amaran kepada parti politik lain agar tidak menyalahkan PBS kerana masalah pendatang tanpa izin di negeri itu.
Pairin berkata demikian bagi mengulas kenyataan ketua pemuda Parti Progresif Sabah (SAPP) Edward Dagul semalam yang mendakwa PBS gagal dalam agendanya menyelesaikan isu pendatang tanpa izin di Sabah.
Dagul juga meminta timbalan presiden PBS Dr Maximus Ongkili supaya meletak jawatan sebagai menteri Kabinet Persekutuan kerana mendakwa Ongkili gagal dalam tugasnya untuk membantu menyelesaikan isu itu di peringkat Persekutuan.
"Mana-mana parti politik boleh mengatakan apa sahaja mengenai isu itu. Sudah pasti, kami bersetuju bahawa isu itu perlu ditangani tetapi kita tidak perlu menuding jari kepada mana-mana pihak atas kegagalan menyelesaikannya.
"Sebelum ini, SAPP juga sebahagian daripada kerajaan. Kita tidak boleh hanya bercakap dan masalah itu selesai dengan segera," kata Pairin selepas melancarkan Pesta Keamatan 2011 di sini.
Pairin juga berkata adalah tidak wajar bagi ketua pemuda SAPP itu meminta Ongkili meletak jawatan kerana isu itu bukan tanggungjawab beliau seorang.
isu PATI sememangnya tidak perlu dipolitikkan. semua pihak haruslah berganding bahu untuk menyelesaikan permasalahan yang ada.
BalasPadamisu PATI sering menjadi bahan politik pada masa kini. ia tak harus dipolitikkan kerana ia adalah masalah semua pihak.
BalasPadamlebih baik memberi idea berbanding hanya mengkritk sahaja.
BalasPadamadlah lebih baik jika semua bekerjsama dalam menangani masalah PATI.
BalasPadamHarap isu pendatang tanpa izin ini boleh diselesaikan supaya tidak lagi ada perlunya dipolitikkan.
BalasPadamtanggungjawab untuk menyelesaikan isu PATI tidak boleh diletakkan pada satu pihak sahaja. bukan hanya pihak imigresen,polis malah semua rakyat perlu bekerjasama.
BalasPadamBetul, tidak ada gunanya meletakkan beban untuk menyelesaikan masalah ini hanya kepada PBS dan hanya kepada sebahagian individu sahaja. Ini adalah tanggungjawab bersama. Mereka hanya tahu mencari kesalahan dan menyalahkan orang lain tetapi tidak pernah membantu untuk menyelesaikan masalah ini.
BalasPadamIsu ini sudah lama dan semakin hari semakin ramai PTI yang datang dan bermastautin di Sabah. Walaupun pelbagai usaha yang dilakukan untuk menyelesaikan masalah ini namun penyelesaian itu adalah tidak secara total. Namun kita tidak boleh berputus asa. Bersama2lah kita memerangi PTI dan bebas dari mereka.
BalasPadamKita juga dikejutkan dengan peristiwa rompakan yang dilakukan oleh pendatang asing dan telah mengorbankan seorang pemamdu yang tidak bersalah. Ini memberi tamparan yang hebat kepada kita kerana perkara seperti ini akan berlaku lagi di masa hadapan jika masalah pokok tidak dapat diselesaikan dengan segera. Telah banyak kes jenayah yang dilakukan oleh pendatang asing dan menganggu kehidupan seharian masyarakat tempatan. Seperti yang sudah saya katakan diatas masalah ini tidak akan selesai jika kita semua tidak bersatu untuk menyelesaikan masalah ini.
BalasPadamisu PATI ni tidak pernah selesai kerana ia berpunca dari rakyat sendiri. Bila ada kes baru buat serbuan. Bidang kuasa PATI ini bergantung kepada Imigresen, kemudian baru pihak polis. Tiada arahan yang jelas dan konsisten tentang pelaksanaannya. Polis bukan boleh suka suka pergi serbu, perlu ada arahan operasi dari KDN baru boleh serbu. Melainkan ada kes jenayah.Operasi yang dinamakan khusus untuk tangkap PATI ini membataskan kuasa dan tugas polis. Polis yang ronda-ronda pun bukan boleh cek ( periksa ) pekerja asing ini secara suka hati. Ini semua karenah birokrasi yang telah wujud sekian lama di negara. Kalau di England, kalau seseorang membuat kesalahan tetap salah tak kira apa pangkat sekalipun. Sebab itu polis di Britain boleh saman anak raja sekali pun.Rasanya kerajaan kurang ‘susahkan’ PATI ni bergerak. Mesti kerap buat rondaan, terutamanya di kawasan “hitam” bagi pendatang asing tanpa izin. Jika kita susahkan mereka (PATI) ini bergerak untuk cari makan, rasanya ‘panas’ juga mereka untuk tinggal di Malaysia.Kita sebagai rakyat Malaysia pun kena main peranan. Jangan takut untuk laporkan kehadiran PATI. Jika ada yang mengetahui PATI yang berniaga. Boikot sahaja. Rasuah juga semakin menjadi-jadi dikalangan pihak berkuasa. Bukan semua, sebahagian besarnya begitu. Selain itu, tiada permit kerja tetapi tetap mengambil pekerja asing untuk bekerja. Maka berbondong-bondonglah mereka datang dengan pas lawatan hingga tamat tempoh.
BalasPadamJadi, SAPP sepatutnya tidak boleh menyalahkan PBS ataupun sesiapa pihak saja di atas kegagalan menyelesaikan masalah PATI ini. pencarian dan pelaksanaan strategi penyelesaian secara berterusan mengenai isu ini adalah tanggungjawab semua pihak.
BalasPadamAiyaa..kalo tidak mahu isu ni dipolitikan, serius, komited & konsisten la kasi selesai ni isu.
BalasPadamSAPP tidak perlulah menjadikan ini isu peribadi parti tersebut. Ini bukan berkaitan politik atau tidak, tapi tanggunjawab bagi seseorang pemimpin. Memang tanggungjawab pemimpin untuk menangani masalah ini.
BalasPadamEdward Dagul,
BalasPadamPATI bukan masalah kecil yang berlaku di Sabah dan bukan masalah baru yang berlaku. PATI ini sudah berpuluh-puluh tahu belum dapat diselesaikan. Cuba tanya YTL sendiri, beliau dapat selesaikan masalah PATI dulu semasa dia menjadi KM?Tidak..Langsung tidak pernah memperdulikan masalah PATI. Kenapa dahulu tidak suruh YTL itu bersungguh-sungguh menyelesaikan masalah ini?Kenapa baru sekarang baru dibangkitkan.
Kalau dilihat sekarang, bermacam-macam ops telah dilakukan bagi menangani masalah ini. Lori polis dengan muatan Pendatang sering dilihat di Kota Kinabalu buat masa ini. Harap OPS ini akan terus dilaksanakan bagi menangani masalah PATI yang semakin bertambah.
BalasPadamkalau SAPP benar2 serus terhadap masalah PATI kenapa tidak masuk ke kampung2 atau ladang2 atau setiap pelusuk Sabah mencari PATI kemudian buat laporan?? kalau sekadar cakap2 di media budak sekolah pun boleh buat.
BalasPadamSAPP hanya tahu cakap sahaja tapi yang buat tindakan siapa? jadi tidak payah la ba buat tuduhan atau minta pemimpin itu ini letak jawatan jika SAPP sendiri tidak mampu selesaikan masalah ini.
ketika SAPP sibuk jual ubat di media, jabatan imigresen sabah sedang giat menjalankan operasi memburu PATI dua kali seminggu..
BalasPadamkalau terdesak pun mahu dapat sokongan, agak2 la.. tunjukkan lah kemampuan bertindak bukannya kemampuan bercakap..
tanpa kerjasama semua pihak terutamanya rakyat, mana2 parti politik di Malaysia belum tentu mampu menyelesaikan masalah PATI dalam masa yang singkat dan berkesan..
BalasPadamIndeed.
BalasPadamSAPP tahu bising saja tapi tiada tindakan..sama juga seperti Yong teck lee menjadi KM sabah dulu..
BalasPadamnampaknya SAPP cuba mempolitikkan isu PATI sebagai alat politik mereka memandangkan ura-ura PRU akan diadakan awal..
BalasPadamrakyat tidak perlu percaya apa jua yang dikatakan oleh SAPP.
BalasPadamisu PATI seharusnya tidak dipolitikkan kerana ianya adalah tanggungjawab bersama semua pihak..menyalahkan kepada satu2 pihak tidak membawa sebarang kemajuan kepada usaha menyelesaikan isu ini.
BalasPadamSAPP adalah parti yang mementingkan diri sendiri..rakyat harus tolak SAPP.
BalasPadamIsu ini telah lama dipolitikkan.
BalasPadamWe have to stop jeopardizing the situation.
BalasPadamIsu PTI ni boleh dikategorikan sebagai isu lapuk.
BalasPadamWhat's the best thing to do?
BalasPadamMasalah PATI sememangnya perlu diselesaikan. Tapi jangan hanya pandai mempolitikkan isu ini tanpa memberikan sebarang cara penyelesaiaan.
BalasPadam