Ahad, Mei 01, 2011

HANTAR PULANG BANDUAN ASING KE NEGARA ASAL

Hantar pulang banduan asing ke negara asal

2011/05/01 Cadangan bakal dibentang di Parlimen tidak lama lagi

KUALA LUMPUR: Sebahagian besar daripada 9,300 banduan asing yang kini berada dalam penjara di seluruh negara akan dihantar pulang ke negara asal mereka secara berperingkat.

Proses itu dicadangkan Jabatan Penjara dan kini menunggu masa dibentangkan di Dewan Rakyat untuk perbahasan pada sesi persidangan akan datang sebelum digubal sebagai Akta Pemindahan Banduan Antara Negara.

Ketika ini, jumlah warga asing membabitkan 30 peratus daripada 34,400 keseluruhan banduan yang ditempatkan di 31 penjara dan pusat tahanan seluruh negara dengan sebahagian besar daripada mereka warga Indonesia seramai kira-kira 6,000 orang.

Ketua Pengarah Penjara, Datuk Wira Zulkifli Omar, ketika mengulas perancangan itu, berkata pihaknya sudah bersedia melaksanakan undang-undang baru itu sekiranya ia diluluskan.

“Apabila ada akta, baru kita boleh buat perjanjian dengan negara asal banduan berkenaan berasaskan konsep sama-sama menang. Maknanya, kedua-dua negara terbabit secara langsung dalam melaksana program ini.

“Pelaksanaan sistem ini akan menjadi agenda besar jabatan ini di peringkat antarabangsa dalam usaha kita menjadikan Penjara Malaysia bertaraf dunia,” katanya kepada Berita Minggu.

Ketika ini, kerajaan menanggung kos RM325,000 sehari membabitkan keseluruhan 9,300 banduan warga asing, meliputi kos rawatan, pemulihan, pegawai serta keperluan lain. Jika separuh daripada mereka dihantar pulang menjalani hukuman atau pemulihan di negara asal, kerajaan mampu menjimatkan RM162,000 sehari atau hampir RM2 juta setahun.

Pada peringkat awal, Jabatan Penjara akan mengutamakan banduan yang boleh menjalani hukuman di negara asal berdasarkan sistem sama, misalnya sistem parol yang membenarkan banduan menghabiskan tempoh hukuman di luar tembok penjara.

“Kalau negara mereka ada sistem sama (parol), ia sebenarnya lagi mudah. Contohnya Thailand, Iran dan Arab Saudi guna sistem parol. Di Indonesia, mereka ada sistem lain tetapi fungsinya hampir sama. Apa yang penting kita utamakan banduan yang insaf, mahir dan boleh berdikari dengan harapan mereka tidak mengulangi jenayah lagi,” katanya.

Penghantaran pulang banduan warga asing juga boleh mengurangkan kesesakan di penjara tertentu seperti di Sandakan, Tawau dan Kota Kinabalu yang dipenuhi banduan asing.

Walaupun jumlah keseluruhan 34,400 banduan sedia ada masih di bawah kapasiti penjara yang boleh memuatkan 41,000 tahanan, masalah kesesakan masih berlaku di penjara tertentu kerana banduan tidak boleh dipindahkan ke tempat lain.

24 ulasan:

  1. This will require the cooperation from the other neighboring countries as well.

    BalasPadam
  2. memang patut banduan asing dihantar ke negara asal mereka.

    BalasPadam
  3. kalau terus berada di negara ini, kerajaan terpaksa menanggung beban kos perbelanjaan semata-mata untuk banduan warga asing ini sedangkan ramai lagi rakyat yang di luar sana lebih perlu untuk dibantu .

    BalasPadam
  4. Tepat, mantap & sesuai banduan asing ni dihantar ke negara asal. Ramai lagi dorang ni daripada banduan tempatan. Bikin kasi abis beras ja.

    BalasPadam
  5. ya..memang wajar banduan asing di hantar kenegara mereka.

    BalasPadam
  6. kos untuk menguruskan banduan asing di negara ini adalah besar. maka, cadangan yang dikemukakan ini adalah baik.

    BalasPadam
  7. kos nak uruskan bandung asing ni bukan sikit2. byk wang dibazirkan untuk mereka sahaja. hantar mereka balik lekas2.

    BalasPadam
  8. banduan asing harus dihantar pulang ke negara asal...

    BalasPadam
  9. menguruskan banduan asing hanya membazirkan wang rakyat..lagipun mereka bukan warganegara..

    BalasPadam
  10. menghantar pulang banduan asing ke negara asal akan memberikan kebaikan kepada jabatan penjara dna negara..mengurangkan kos serta mengurangkan kesesakan di penjara.

    BalasPadam
  11. kalau boleh percepatkan lagi proses ini.. semakin lama mereka dalam penjara, semakin banyak wang kerajaan yang digunakan..

    BalasPadam
  12. bercakap soal warga asing,, Sabah lebih memerlukan perhatian.. bukan setakat banduan, malah yang masih bebas berkeliaran di negeri ini juga mesti dihantar pulang serta merta.

    BalasPadam
  13. They should be send back to their home countries.

    BalasPadam
  14. Memang menyusahkan pendatang asing ini. Datang dinegara orang lepas itu kena tangkap. Makan ditanggung, lepas itu dihantar balik pun ditanggung. Jadi kita mengharapkan negara mereka akan memberikan peruntukkan untuk semua kos pendatang ini.

    BalasPadam
  15. Itu sudah pasti. Pastikan para pendatang akan dihantar kembali kerana ini akan memberikan beban kepada negara nanti. Hantar mereka dan pastikan mereka tidak akan datang kembali ke negara kita. Saya cadangkan satu idea lebih baik kerajaan melakukan satu cara yang dapat kita gunakan untuk akan datang. Contoh kita buat tanda kepada para pendatang yang dihantar, maka bila mereka datang kembali dan ditangkap yang kedua kali, tanda itulah menjadi bukti mereka pernah datang. Maka mereka yang datang secara haram berkali-kali perlulah dikenakan hukuman yang ditetapkan.

    BalasPadam
  16. jika mereka dihantar balik cepat2 lagi bagus, tak juga susahkan kita.

    BalasPadam
  17. Sampai bila kita mahu menjaga kebajikan pendatang ini. Sehinggakan kita yang menghadapi kerugian nanti. Hantar mereka ini secepat mungkin bagi memastikan bajet dibuang dengan begitu saja menampung pendatang ini.

    BalasPadam
  18. They should be sent back, and make sure that they are not allowed to come back to Malaysia without proper documentation.

    BalasPadam
  19. Tapi perairan Sabah tetap akan dikunjungi juga.

    BalasPadam
  20. This is good but can we assure they are not coming back?

    BalasPadam
  21. Kebanyakan penghuni penjara ni adalah dari golongan PTI.

    BalasPadam
  22. Kes2 jenayah yang berlaku di Sabah tetap akan menjadi tatapan jika mereka dibiarkan begitu saja.

    BalasPadam
  23. baik mereka dihantar balik dari menyusahkan kita di sini.

    BalasPadam