Enam wanita warga Filipina dipenjara 9 bulan miliki cop Imigresen palsu
13th May, 2011 LABUAN: Enam wanita warga Filipina yang masing-masing berumur 21 hingga 39 tahun terpakasa merengkok dalam penjara selama sembilan bulan atas kesalahan memiliki pas lawatan (social visit) palsu dalam pasport mereka.
Timbalan Pengarah Imigresen (Ketua Bahagian Penguatkuasa) Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan Labuan, Husni Yaacob dalam satu kenyataan ringkasnya berkata, kesemua mereka yang dipercayai bekerja sebagai GRO telah mengaku salah selepas didakwa di Mahkamah Seksyen Wilayah Persekutuan Labuan, pagi kelmarin.
Mereka didakwa mengikut seksyen 56(1)(1) Akta Imigresen 1959/1963 atas kesalahan ada pemilikan cop pas lawatan (Social Visit) palsu dalam pasport mereka.
“Selain itu juga, Hakim Mahkamah Seksyen Duncan Sikodol yang mendengar kes itu turut mengarahkan supaya mereka dihantar pulang ke nagara asal (Filipina) selepas tamat menjalani hukuman,” katanya.
Menurut Husni lagi, hukuman penjara mereka bermula daripada mereka ditangkap pada 20 dan 21 April lalu.
Enam wanita warga Filipina yang dipercayai bekerja sebagai GRO itu ialah Juvanil Nator Abogado (21), Genevieve Navata Alaba (31), Jannice Dogayo Barde (26), Barnadette Soliman Ortiz (30), Isabel Nator Abogado (19) dan Alza De Los Reyes Galagala 39 tahun.
Pendakwaan di lakukan oleh Pegawai Pendakwa Jabatan Imigresen Labuan, Puan Marliza Masniz Martin.
Saya yakin bukan sekadar 6 orang saja yang menyalahgunakan pas lawatan di Labuan. Teruskan operasi mengejut.
BalasPadamya hantar mereka balik selepas menjalani hukuman. Mereka tidak sepatutnya berada di Labuan.
BalasPadamTapi tidak akan ada penawaran jika tidak ada permintaan. Pandai2 lah rakyat labuan memikirkan yang buruk dan baik.
BalasPadamJangan salah guna pas
BalasPadamharap lebih banyak lagi kes seperti ini akan dapat dibongkarkan dan dikenakan tindakan.
BalasPadamteruskan usaha untuk membanteras masalah seperti ini.
BalasPadambila lagi kerajaan Filipina akan tubuhkan konsulnya di Sabah? sudah terlalu banyak kes berlaku yang melibatkan warga Filipina.
BalasPadamoperasi seperti ini harus diteruskan lagi.
BalasPadamrasanya ramai lagi warga asing yang masih berada di Labuan yang tidak dapat dikesan kerana dilindungi oleh pihak-pihak tertentu.
BalasPadamBagus kalau pihak immegrisin dapat mengesan mereka yang mengunakan cop palsu ini. Harap perkara sebegini perlulah diteruskan.
BalasPadamTeruskan operasi kerani saya yakin pasti ramai lagi yang buat hal mcm ni. huhu
BalasPadamAppaun taniah jugalah kepada usaha pihak berkuasa menahan mereka yang guna cop palsu ini.
BalasPadampasti ramai lagi yang menggunakan cop palsu seperti ini, operasi seperti ini harus lebih giat dijalankan.
BalasPadamtahniah,, akhirnya pihak imigresen bertindak setelah berkali2 masalah ini diajukan.. teruskan operasi sehingga Labuan benar2 bersih dari sebarang aktiviti haram..
BalasPadam