Sekolah mesti dibina lebih teliti
MIRI 20 Feb. – Kerajaan mahu projek pembinaan bangunan-bangunan sekolah dibuat secara lebih teliti dengan mengutamakan ciri-ciri keselamatan bagi mengelak berlakunya masalah seperti retakan kepada struktur bangunan.
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, kajian terhadap tanah khususnya di kawasan tanah tinggi misalnya, perlu diberi tumpuan utama bagi memastikan bangunan sekolah itu tahan lama.
Sebagai contoh katanya, Sekolah Kebangsaan (SK) Long Luping dan SK Long Sukang di Lawas yang menelan kos pembinaan berjuta-juta ringgit, namun tidak sampai tujuh tahun bangunan sekolah itu tidak dapat digunakan kerana masalah pemendapan tanah yang menyebabkan bangunan retak.
“SK Long Luping misalnya, siap pada 2005 dengan membabitkan kos RM5 juta, namun akhirnya dua bangunan tidak dapat digunakan iaitu blok pentadbiran dan asrama.
“Masalah utama adalah kerana pemendapan tanah disebabkan kebanyakan sekolah tersebut dibina di atas tanah tinggi iaitu di kawasan pergunungan.
“Jadi, kita berharap masalah ini tidak berulang pada masa hadapan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui semasa melawat Sekolah Menengah (SM) Sains Miri dekat sini kelmarin.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai punca utama kebanyakan sekolah-sekolah di Sarawak mengalami masalah keretakan di bangunan sehingga tidak dapat digunakan.
Mohd. Puad berkata, untuk mengatasi masalah itu, kementerian telah meluluskan peruntukan RM3.5 juta bagi SK Long Luping dan RM2.5 juta lagi untuk SK Long Sukang bagi mengatasi masalah cerun yang mendap dan menaik taraf kemudahan di sekolah itu.
Katanya, tender untuk SK Long Luping akan dibuka minggu depan, manakala SK Long Sukang yang melibatkan pembinaan bangunan sekolah pasang siap pula sudah 40 peratus dilaksanakan dan dijangka siap sepenuhnya tahun depan.
Semasa lawatan itu, beliau turut mengumumkan peruntukan RM2 juta dengan RM1.4 juta untuk membina bangunan kelas sementara dan RM600,000 lagi digunakan untuk kajian pemendapan tanah di Sekolah Menengah (SM) Sains Miri.
Beliau menambah, pembinaan kelas sementara itu melibatkan empat blok bangunan yang diperbuat daripada fiber komposit yang mempunyai lapan buah bilik kelas, tambahan kepada 12 bilik kelas yang sedia ada.
Sebelum ini, pelajar dan kakitangan SM Sains Miri diarahkan berpindah ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinjar, Baram berikutan terdapat bangunan yang retak dan tidak selamat digunakan tetapi ia dibatalkan.
“Oleh sebab cadangan berpindah itu dibatalkan, maka kementerian bersetuju meluluskan peruntukan tersebut untuk membina bangunan sementara menunggu bangunan kekal,” katanya.
Pada lawatan itu juga, beliau turut mengumumkan peruntukan RM510,000 untuk membantu Sekolah Menengah Agama Miri di Bakam selepas bumbung asrama terbakar tahun lalu.
Pembinaan bagunan mesti dibuat dengan teliti supaya tahan lama dan juga kukuh.
BalasPadamjika pembinaan dibuat tidak teliti ia bukan sahaja merugikan, malah mengamcam keselamatan orang ramai.
BalasPadamAdalah penting untuk memastikan keselamatan para pelajar dan cikgu terjamin semasa berada dalam bangunan sekolah.
BalasPadamPastikan projek pembinaan bangunan-bangunan sekolah dibuat secara lebih teliti.
BalasPadamya, pastikan bangunan sekolah dibina dengan lebih teliti agar bangunan selamat dan tahan lama.
BalasPadamharap bangunan sekolah yang memerlukan penambahbaikan dapat dilakukan dengan segera.
BalasPadamHarap masalah selopah ini akan dapat diselesaikan. Keselamatan adalah perkara yang penting sekali diambil kira.
BalasPadamPastikan bangunan yang dibina lebih kukuh dan tahan lama. Ini tidak akan menyusahkan mana-mana pihak kelak. Biarlah bina bangunan yang boleh bertahan lama dan terjamin keselamatan kepada murid-murid dan juga selesa untuk pembelajaran.
BalasPadampembangunan dengan teliti dan mengunakan barangan yang berkualiti perlu bagi memastikan bangunan tahan dan stabil. Sekiranya mengunakan barangan yang tidak berkualiti tidak mustahil bangunan itu retak dan bermasalah masa terdekat. tapak juga perlu dikaji terlebih dahulu sebelum pembinaan.
BalasPadamSangat bersetuju dengan apa yang telah dikatakan. Semestinya sekolah dibina agar tahan lama. Peruntukan juga seharusnya diberi lebih oleh kerana bahan2 pembinaan juga sudah meningkat.
BalasPadamIngatlah bahawa sekolah amat penting untuk pembangunan generasi kita.
BalasPadamoleh sebab itu kerajaan sendiri perlu memastikan pihak yang dipertanggungjawabkan untuk membina bangunan sekolah itu benar2 teliti dan mengutamakan ciri2 keselamatan.
BalasPadamharp selepas ini pembangunan akan dijalankan dgn lebih teliti.
BalasPadambukan sahaja bangunan sekolah malah semua bangunan2 lain..
BalasPadamkeselamatan harus diutamakan..
BalasPadamkehilangan nyawa tidak boleh diganti dengan wang ringgit dan kata2 simpati..
BalasPadampemantauan pembinaan bangunan sekolah oleh pihak berwajib harus dilakukan..
BalasPadamPembinaan bangunan harus lebih teliti bagi memastikan bangunan itu kukuh dan tahan lama.
BalasPadamPihak berkenaan juga harus rajin membuat pemantauan bagi memastika kerja2 pembinaan berjalan lancar dan sempurna.
BalasPadamSaya yakin jika peruntukan yang diberikan dimanfaatkan sebaik mungkin, pasti tidak ada masalah yang timbul nanti. Lain cerita kalau bencana alam.
BalasPadamFaktor keselamatan harus ditekankan dalam pembinaan banguna kerana bermula daripada aspek keselamatan secara tak lansung aspek lain seperti keselesaan juga turut terjamin.
BalasPadamSemoga perkara ini mendapat perhatian sewajarnya demi kebaikan semua pihak.
BalasPadamKeteguhan dan keselamatan bagunan perlulah diutamakan.
BalasPadamMemang la.Setiap bangunan mesti dibina dengan selamat dan teguh.
BalasPadamCome on, we deal with human beings here.
BalasPadamSetiap sekolah harus mempunyai struktur yang kuat untuk memastikan pelajar2 dapat menikmati kelas.
BalasPadamParents are paying school fees also.
BalasPadamItu adalah semestinya.
BalasPadamBagunan mesti dibina secara teliti, baru ada kualiti.
BalasPadamJangan memandang ringan dengan perkara seperti ini. Apa jua projek kerajaan mestilah dibuat dengan teliti.
BalasPadam