Isnin, Februari 21, 2011

KEMENTERIAN DIMINTA MENYERAP SEMUA GURU SANDARAN TIDAK TERLATIH (GSTT) BAGI MENGATASI MASALAH KEKURANGAN GURU DI SABAH

Diminta timbang serap GSTT

KOTA KINABALU 20 Feb. - Kementerian Pelajaran diminta menimbang untuk menyerap semua Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) yang telah ditamatkan kontrak baru-baru ini bagi mengatasi masalah kekurangan guru di Sabah.

Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata, bagi mengatasi masalah itu juga kementerian itu diminta memberikan keutamaan dan peluang kepada guru berasal dari negeri ini berkhidmat di Sabah.

"Jadi kita perlu bertanya kalau ada kekosongan dan kekurangan guru kenapa pula GSTT yang memang mempunyai ijazah itu dilepaskan.

"Malah saya juga ingin bertanya, kalau ada kekurangan di sini (Sabah) kenapa pula budak-budak kita dihantar ke Semenanjung," katanya.

Beliau menjelaskan demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran kem kesihatan dan kempen derma darah sempena ulang tahun ke-25 Parti Bersatu Sabah di Megaloong Mall di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Pembangunan Sumber dan Teknologi Maklumat negeri, Datuk Dr. Yee Moh Chai.

Baru-baru ini seramai 500 GSTT di negeri ini tidak disambungkan perkhidmatan selepas kontrak mereka tamat.

Tegas Pairin, usaha menampung kekurangan guru di negeri ini tidak akan dapat diselesaikan dengan hanya mengimport guru-guru dari Semenanjung.

Malah katanya, pelantikan guru-guru dari Sabah juga lebih efektif memandangkan mereka lebih memahami keadaan dan situasi di negeri ini.

"Kita tidak lagi perlu memindahkan guru-guru daripada tempat lain (Semenanjung) ke sini kerana kita tahu banyak di antara mereka yang datang ke sini tidak begitu selesa kerana tidak biasa dengan keadaan di sini," jelas beliau.

Sementara itu, Pairin berharap Kementerian Pelajaran melakukan tindakan segera bagi mengatasi masalah kekurangan guru di negeri ini yang telah berlarutan sejak sekian lama.

Beliau berharap lebih ramai rakyat negeri ini diberi peluang untuk mengikuti latihan perguruan seterusnya mengisi kekosongan guru.

34 ulasan:

  1. Setuju, buat masa ini seluruh negara sedang menghadapi kekurangan guru. Guru sandaran boleh diserap untuk mengisi kekosongan juga kerana mereka mempunyai pengalaman walaupun tidak terlatih. Kalau boleh, guru sandaran ini boleh dihantar menjalani kursus pendek supaya memenuhi standard.

    BalasPadam
  2. Guru Sandaran tidak terlatih juga patut diberikan peluang untuk menyumbang usaha dalam pendidikan.

    BalasPadam
  3. guru Sandaran tidak terlatih perlu diberi peluang untuk diserap kerana mereka jg telah mempunyai pengalaman mengajar.

    BalasPadam
  4. guru dari sabah juga perlu diberi keutamaan untuk mengajar di Sabah kerana mereka lebih memahami keadaan di sini.

    BalasPadam
  5. cadangan ini patut dipertimbangkan bagi mengatasi masalah kekurangan guru.

    BalasPadam
  6. perlantikan guru-guru dari Sabah juga dapat membantu mengatasi kekurangan guru di negeri ini.

    BalasPadam
  7. Sebaiknya berikanlah peluang kepada rakyat Sabah itu sendiri mengisi kekurangan guru dinegeri mereka itu.

    BalasPadam
  8. Bagi saya tidak perlulah selalu mengimport guru dari Semenanjung datang mengajar dan mengisi kekurangan guru di Sabah. Berikanlah kepada GSTT dan juga pelajar lepasan ijazah di negeri ini. Sampai bila kekurangan itu diisi oleh orang luar. Bila orang jati Sabah untuk mendidik orang mereka sendiri.

    BalasPadam
  9. sebaiknya cadang ini perlu dipertimbangkan. Kerajaan negeri perlu memikirkanya. Bagi menangani masalah kekurangan guru maka tidak salah jika GSTT diserap semula.

    BalasPadam
  10. Satu cadangan yang bernas. Sementara menunggu guru yang terlatih tamat pembelajaran, saya rasa adalah perlu bagi guru sandaran tidak terlatih diteruskan kontrak mereka.

    BalasPadam
  11. Walaubagaimanapun, masih boleh dibincangkan apa keputusan yang terbaik untuk menyelesaikan masalah kekurangan guru di Sabah.

    BalasPadam
  12. baru2 ini Timbalan Menteri Pelajaran ada membuat penjelasan bahawa kementerian beliau akan memutuskan untuk mengkaji semula kedudukan 500 GSTT di negeri ini. apa2pun saya harap semua GSTT lepasan ijazah akan diberi ruang untuk diserap sebagai guru tetap terutama bagi menampung keperluan kekurangan guru di sekolah menengah.

    BalasPadam
  13. peluang harus diberikan kepada anak2 sabah untuk berkhidmat di sabah..

    BalasPadam
  14. saranan ini harus dipertimbangkan oleh kementerian pelajaran kerana bukan sahaja boleh membantu mengatasi masalah kekurangan guru di sabah bahkan mengurangkan pengangguran khasnya di kalangan siswazah dan meningkatkan taraf hidup mereka selari dengan NKRA..

    BalasPadam
  15. "Malah katanya, pelantikan guru-guru dari Sabah juga lebih efektif memandangkan mereka lebih memahami keadaan dan situasi di negeri ini."

    saya setuju..tiada yang lebih memahami selain daripada penduduk asal..

    BalasPadam
  16. diharap pihak kementerian akan membuat keputusan yang tepat dan memuaskan hati semua pihak khasnya kepada para GSTT..

    BalasPadam
  17. Punya best. Untungnya siapa yang jadi guru sandaran sekarang ni.

    BalasPadam
  18. Bagi saya cadangan ini patut diberi pertimbangan sewajarnya dalam usaha mengatasi kekurangan guru di Sabah.

    BalasPadam
  19. Saya pun setuju mike dengan kenyataan "...pelantikan guru-guru dari Sabah juga lebih efektif memandangkan mereka lebih memahami keadaan dan situasi di negeri ini."

    BalasPadam
  20. Kalau boleh, pribumi Sabah patut diberi keutamaan utk berkhidamta di tempat sendiri. Barulah best:)

    BalasPadam
  21. Apapun terpulanglah pada pihak yang mempunya autoriti untuk membuat keputusan.

    BalasPadam
  22. Menyerap guru sandaran tidak terlatih lebih baik daripada langsung tiada guru untuk mengajar.

    BalasPadam
  23. Teachers should be done locally to rsolve the teacher shortage in Sabah.

    BalasPadam
  24. Kenapa ingin menggunakan khidmat guru dari Semenanjung?Adakah kita tidak berkemampuan?

    BalasPadam
  25. I personally think there are more qualified teachers in Sabah instead of Peninsula.

    BalasPadam
  26. Betul tu. Jangan jadikan kurang guru sebagai alasan untuk menidakkan kemampuan mereka.

    BalasPadam
  27. They seem so jealous with our local teachers.

    BalasPadam
  28. Baik gunakan guru tempatan daripada mengambil guru dari luar negeri.

    BalasPadam
  29. seharusnya beri peluang kpd anak muda tmptn utk bkdmat di negeri sendiri.

    BalasPadam
  30. Anak Sabah patut diutamakan.

    BalasPadam
  31. disebalik pemberhentian GSTT ada tersirat makna tertentu..sejak dari dulu lagi guru2 sabah selalu dihantar ke pedalaman termasuk gstt lepas tu diberhentikan..yang dapat keutamaan mereka yang datang dr luar..semua elaun yang tinggi diterima.sekarang elaun hidup susah mo dikurangkan tapi elaun guru dr luar tidak dikurangkan sedang gaji mereka sudah cukup tinggi..tinggalpun berkongsi rumah sewa..bayaran sedikit tapi elaun perumahan dapat lebih tinggi..kita fikirlah sendiri..

    BalasPadam
  32. elaun guru luar juga sangat besar..mereka hidup senang di sabah..dapat beli rumah besar..sedangkan guru sabah elaun perumahan pun cuma 2 ratus lebih sedangkan ramai yang ada beli rumah..bukan menidakkan tapi saya rasa perlu adil kerana tugas dan kelulusan adalah sama..mengapa wujud perbezaan sedangkan kita berada di tempat sendiri.saya tidak kisah kalau gaji mereka lebih tinggi tapi sebenarnya kita juga layak mendapatkannya berdasarkan kelulusan dan tuntutan kerja..

    BalasPadam
  33. saya juga pernah menjadi GSTT sekolah menengah selama 4 tahun..apabila saya mendapat latihan dan dipostingkan,alhamdulillah,saya rasa saya dapat menjalankan tugas dengan baik ..ini mungkin kerana saya begitu menghargai dan bersyukur kerana sudah menjd guru tetap..saya faham perasaan adik2 GSTT..mereka ini sebenarnya punya semangat dan pengalaman..jadi saya sangat menyokong sekiranya mereka di serap terus..kelulusan pun sudah ada.tinggal diberikan latihan saja...jadi tidak ada alasan mengapa mereka tidak diberi peluang..masa temuduga GSTT pun mengalahkan pengambilan guru maktab..bagilah peluang..saya yakin GSTT ini adalah antara yang bakal melahirkan guru2 terbaik..Insya Allah.

    BalasPadam
  34. GSTT juga boleh memberi perkhidmatan yang baik dalam sektor pelajaran. Berilah mereka peluang.

    BalasPadam